17,158,522 total views, 4,062 views today

Imbasan 2014 – My Life as Bro Framestone

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Baby Fisha Masjid Universiti Teknologi Petronas
Tahun 2014 bakal meninggalkan dan tahun 2015 akan menjelma.

So kali ini, Bro nak buat sedikit imbasan sepanjang tahun 2014 – My Life as Bro Framestone. Walaupun kehidupan Bro tiada apa-apa yang istimewa, pasti ada secebit memori indah yang mungkin Bro terlupa.

Jom layan Imbasan 2014 – My Life as Bro Framestone : Travel, Parenting & Lifestyle Blogger Malaysia.

January 2014

iPad Mini Dari P1

Permulaan tahun 2014 dengan memenangi iPad Mini dari P1 (Packet One Networks). Alhamdulillah, murah rezeki tahun ini.

Ini merupakan kali kedua, Bro memenangi hadiah yang sama dari P1 dalam tempoh masa sebulan. Kali ini sewaktu majlis P1 OMA CNY Dinner Gathering.

iPad Mini David Teo MiG
Satu penghargaan buat Bro sebagai seorang blogger bila menerima penghargaan istimewa dari Mr. David Teo, CEO Metrowealth International Group atas sokongan Bro terhadap mereka selama ini.

Dapat iPad Mini lagi, patutlah PR mereka beriya-iya call untuk pastikan Bro dapat hadirkan diri pada Majlis Kesyukuran Dan Sambutan Tahun Baru Cina Metrowealth (MiG) tempoh hari.

Terima kasih Bro ucapkan kepada David Teo dan ahli keluarga MiG yang selama ini memberi kepercayaan kepada Bro.

February 2014

Mr. Mama - Jaga Fisha
Pertama kali menjadi Mr. Mama dalam hidup dimana kena jaga Baby Fisha dan puan isteri pula pergi bekerja.

Takde susah mana pun nak jaga, cuma waktu ini Baby Fisha rajin membuang he…23x Oh itu bukan masalah bagi Bro. Cuma pembuangannya terlalu banyak dan Bro kena sentiasa check takut bocor.

Tapi memang bocor pun.

Masa nak tukar pampers siap boleh terberak lagi. Selamat dah lapik awal-awal he…23x Maybe sebab ini kot, Baby Fisha lebih manja dengan Bro dari dengan Ummi dia.

Denaihati MSMW2014 iPad Mini

Majlis penyerahan iPad Mini kepada pengasas Denaihati Network selaku penganjur SBB2014 yang berlangsung pada 8 Mac 2014.

March 2014

SBB 2014 - Sepetang Bersama Blogger

Rezeki #SBB2014 – Menang tempat ke-2 Top Affiliate (Oh rupanya selama ini, gua memang ada ilmu tentang affiliate. Tapi kenapa gua tak amalkan).

Alamak…!!! Ter”reveal” nama sebenar he…23x

April 2014

Yeo's 80 Days Drink To Cash Winner

Masih ingatkah anda dengan “Yeo’s 80 Days Drink to Cash Contest” tempoh hari.

Tahniah kepada beberapa orang rakan blogger yang memenangi contest ini. Malangnya Bro tak menang, tetapi Puan Isteri ada menang salah satu hadiah saguhatinya.

May 2014

Cabaran Raja Tarik F&N 2014

Aksi Bro membuat teh tarik untuk melayakkan diri menyertai cabaran Raja Tarik F&N 2014.

Aksi je lebih…!! Tapi….

Movie Day Out Blogger Filem Animasi SuperSquad
Event khas anjuran Bro sendiri – Movie Day Out : Animasi SuperSquad.

Terima kasih kepada rakan-rakan blogger yang sudi memberi kerjasama menjayakan event ini. Harap tahun 2015, akan ada event seperti ini lagi 🙂

Filem Awak Nak Kahwin Dengan Saya

Awak Nak Kahwin Dengan Saya?

Kalau la ada wanita yang sudi cakap macam itu pada Bro sekarang he…23x Macam la ada yang berani cakap macam tue dekat suami orang. Kalau suami orang cakap dekat awek comel macam dalam gambar ini, sure ada punya.

Gambar bersama penulis skrip filem ini sewaktu mempromosikan Filem Awak Nak Kahwin Dengan Saya?

*** Iklan Sebentar ***

Filem Awak Nak Kahwin Dengan Saya

“Awak Nak Kahwin Dengan Saya?”, blogger Deq Noor bertanya.

June 2014

Talk di UiTM Puncak Alam

Bro dijemput untuk bagi talk mengenai pemasaran pada abad ke-21 di UiTM Puncak Alam, digandingkan bersama dengan Aiman Azlan.

July2014

Photoshoot Iklan Bersama Alam Wakaka dan Namee Roslan
Photoshoot untuk “model iklan” bersama Namee Roslan dan beberapa selebriti Malaysia.

Model iklan?

Iklan apakah? Oh yang itu, kena refer bulan Ogos/September 2014 ek he…23x

Twitter Bro Frameston Khairy Jamaluddin
Parody Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dari Bro Framestone dan Nurfarhana Che Saat.

Ianya bukan dirancang….

Tetapi tak sangka Bro buat parody, ada pula yang memahami dan melayan kerenah Bro he…23x Ok, who next..!!

Monopod Selfie

Ini salah satu kenangan yang tidak dapat dilupakan,

Bila gambar Selfie Keluarga Mertua Masuk Astro Awani. Tak sangka gambar raya yang bro tweet menjadi viral seketika dan terus masuk Astro Awani. Rasanya Bro tahu kerja siapa ini.

Ada sesiapa mengenali saudara Aiman Azlan?

August 2014

Blogger Bro Framestone Blogger Voice
Yeahhh…!! Dah lama muka Bro tak masuk TV.

Kali ini dijemput untuk menjayakan program Blogger Voice di TVi. Satu penghargaan bila diberitahu, Bro dipilih untuk jadi blogger pertama untuk episod pertama rancangan ini.

Wah wah wah….!!!

Astro pun dah lama tak jemput Bro… He…23x

Spritzer 25 Years - Bro Framestone Famous Malay Blogger in Lifestyle and Traveling
Satu penghargaan buat diri Bro sebagai blogger kerana terpilih menjadi duta untuk mempromosikan kempen 25 tahun Spritzer yang berlangsung di Sunway Pyramid dari 20 – 24 Ogos 2014.

Untuk menjayakan kempen bertemakan “Who Drinks Spritzer?” menampilkan 15 personaliti terkemuka dari beberapa bidang.

September 2014

Majlis Perkahwinan Rakan Sekolah Ahmad Danial Abdul Rahman
Rasanya bertahun dah kot tak lepak dengan bekas rakan sekelas, sesekolah dan seasrama. Last lepak masa Bro kahwin tempoh hari dan sewaktu kami duduk satu rumah sewa (sebelum Bro kahwin)

Dan baru tadi bro teringat. Semua rakan-rakan ini rupanya sekelas dan mamat yang kahwin tue, rupanya ketua kelas kami he…23x

Last jumpa dia masa exam PMR kot.

FamTrip Bersama AirAsia Indonesia

Bro menyertai FamTrip sempena Lake Toba Festival 2014 bersama AirAsia Indonesia dengan kerjasama Kementerian Pariwisata dan Ekonomi Kreatif, Indonesia.

#PrayForQZ8501

October 2014

Blogilvy Sijil Penghargaan Bro Framestone
Menerima sijil penghargaan dari pihak Ogilvy yang selama ini berkerjasama dengan Bro sejak tahun 2011 lagi sewaktu Blogilvy – Bloggers Appreciation Day.

Ini merupakan kali kedua, Bro dapat sijil penghargaan sebagai seorang blogger.
Pesta convocation Universiti Teknologi Petronas 2014
Adik Bro paling bongsu sekali telah menamatkan pengajian di Universiti Teknologi Petronas.

Selepas ini, fokus pada family mertua pula.

Rasanya semua adik ipar Bro belum habis belajar lagi. Malah ada yang masih dibangku sekolah lagi.

Dataran Bandaraya Johor Bahru (3)

Akhirnya dapat juga Bro menjejak kaki kali kedua di Johor Bahru (kali pertama datang pergi tengok orang kahwin je). Terima kasih kepada Rakan Blogger Johor Bahru yang sudi menerima kehadiran Bro di sana.

Bila next nak lepak lagi?

Oh lupa, ada sorang dah pindah duduk Kuala Selangor 🙂

November 2014

Selamat Hari Jadi dan Ulang Tahun Perkahwinan
Ulang tahun perkahwinan Bro dengan puan isteri yang ke-2 tahun disambut sekali dengan buzday puan isteri dan buzday Baby Fisha.

Kan senang kalau sambut semuanya sekali he…23x

Blogilvy Nur Elfisha Bro Framestone
Inikah yang dinamakan sebagai rezeki seorang blogger?

Dalam masa kurang 24 jam. Mendapat 3 khabar gembira yang mampu buat Bro tersenyum dan rasa berbaloi menjadi seorang blogger sejak tahun 2006.

Bersama Aida Sue Penulis Wanista
Akhirnya dapat juga berbual dan bergambar dengan rakan blogger – Aida Sue. Selama ini, hanya berkomunikasi melalui facebook dan twitter sahaja.

Sedangkan ada beberapa kali bertemu, tetapi tak bertegur. Sombongkah kami?

Parody Blogger Hasrul Hassan
Nampaknya, ada blogger yang mencuri identiti Bro Framestone sehinggakan ada beberapa orang rakan blogger terkeliru dengan gambar yang diupload beliau.

Nampak gaya, untuk tahun 2015 – Bro perlu bina identiti tersendiri sehingga orang nak tiru pun tak boleh he..23x terutama tang perut.

December 2014

#ChillaxWithNestle! Bersama Rakan Blogger
#ChillaxWithNestle! bersama rakan blogger di Ben’s Restaurant, Bangsar Shopping Centre.

Majlis ini bertujuan untuk mendekatkan Blogger dengan pihak Nestle yang ingin mendekati dan berkenalan dengan blogger yang akan bekerjasama pada tahun 2015 ini.

Selfie Bersama Dato' Sri Hasan Malek
Selfie Bersama Dato’ Sri Hasan Malek, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Sporting sungguh Dato’ Sri bila bergambar dengan blogger seperti kami.

Beliau ditemui sewaktu Bro menghadiri Majlis pelancaran Shell Win Free Fuels.

** Akan dikemaskini dari masa ke semasa **

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

20 thoughts on “Imbasan 2014 – My Life as Bro Framestone

  1. hu3..banyak juga kenangan manis bro sepanjang 2014..semoga di tahun 2015 akan lebih manis dan terus maju kehadapan perut bro

    1. Harapnya macam itu la.

      Kalau ikutkan macam ada je kenangan manis tetapi Bro tak pernah atau terlupa nak kongsikan di blog ini. Tak pasal-pasal susah Bro nak recall balik 🙁

  2. Tahniah Bro… Di atas rezeki yang diperolehi sepanjang tahun 2014….. Semoga lebih murah rezeki pada tahun 2015…

    1. Harapnya macam itu la… Buat masa sekarang, belum ada rezeki nak berjumpa dengan mu 🙁

  3. memang murah rezeki ko tahun ni bro….
    alhamdulillah…
    blogging pun untung jugak kannn??

    1. Alhamdulillah…. Kalau betul caranya insya’lah ada pulangnya….

  4. Banyak menang gajet sepanjang tahun 2014. Tanniah. 🙂

    1. Harap tahun ini juga begitu 🙂

  5. Alhamdulillah… banyak kenangan manis sepanjang 2014.. tahniah bro Syukri eh.. Bro!!! hehee.
    Semoga 2015 membawa lebih kejayaan dari tahun2 sebelumnya buat Bro sekeluarga… aamiin.
    Selamat Tahun Baru 2015 & Salam ceria selalu… 🙂

  6. Semakin hebat Bro Framestone ni. Semoga berjaya di masa akan datang, terutamanya pada 2015.

  7. Murah Rezeki Bro ni.. mudah2an tahun 2015 lebih murah rezeki lagi…

  8. Great, hope you have a good 2015 too

  9. penuh dengan kenangan yang manis sepanjang 2014… 😀

  10. wow hebatnya….tahniah..semoga tahun baru ini lebih success

  11. Tahun 2014 meninggalkan banyak kenangan pahit dan manis buat Bro Framestone … Semoga tahun 2015 buat terbaik untuk mu

  12. great year bro! semoga 2015 lagi hebat!

  13. perrrgghhh… memang banyak hebat lah bro nih. good luck for this year pulak.

  14. wah.. manyak ong itu tahun ma..congrat!^^ moga 2015 kita semua yg lebih baik ,indah dan lebih hebat lagi.” amin! chaiyokk daa

Leave a Comment