Pernah tak nombor telefon korang mati / tidak aktif / tamat tempoh sebab lupa nak topup?
Bro pernah hadapi & ada rakan-rakan juga hadapi masalah yang sama.
Benda ini biasa terjadi kepada mereka yang jarang guna nombor tersebut. Hanya topup sekali sekala. Kebiasaannya ianya merupakan nombor kedua, nombor kepada telefon kedua.
Dalam kes Bro,
Nombor yang tamat tempoh itu adalah nombor untuk business makanan yang Bro buat sekarang ini. Memang beli nombor itu khas untuk urusan business secara whatsapp.
Disebabkan hanya guna wifi sahaja, memang jarang topup. Selalunya 2 bulan baru topup, itu pun topup RM1 sebab nak nombor itu sentiasa aktif.
Malangnya tengah seronok ada banyak whatsapp masuk, sekali tengok network tulis no service. Macam pelik juga. Jenuh restart phone banyak kali siap keluar masukan balik sim kad.
Bila try call.. Sekali tak boleh (dia cakap apa entah). Terus roger Customer Service Digi melalui facebook, suruh dorang check apa masalah yang Bro hadapi. Rupanya, nombor yang Bro guna dah tamat tempoh pengaktifannya pagi tadi.
Memang cuak gila la..
Dah 2 tahun business pakai nombor ini, sekali burn macam itu je kalau tak dapat balik. Dah la banyak customer roger pakai nombor ini.
Iklan : Ini business yang Bro buat – Tauhu Begedil Sambal Kicap Parit King.
Kemudian Customer Service Digi bagitau masih sempat lagi nak selamatkan nombor ini dengan syarat kena pergi ke mana-mana Digi Store dalam tempoh 5 hari.
Yup, kena pergi ke Digi Store, bukannya cawangan Digi yang biasa kita biasa nampak. Sebab hanya Digi Store je ada hak untuk uruskan benda macam nie. Sekali Google, just ada 5 Digi Store sahaja dekat area KL & kesemuanya memang agak jauh dari rumah Bro T-T
Alhamdulillah Nombor Dapat Diselamatkan
Disebabkan masa agak suntuk, Bro paksa diri juga untuk ke Digi Store yang terdekat walaupun lebih 100 Km pergi balik.
Mereka kata nombor boleh diselamatkan tapi ambil masa 1 – 3 hari.
Mereka akan minta semua maklumat kita untuk pastikan nombor prepaid yang kita guna sebelum ini adakah ia didaftarkan atas nama kita atau tidak.
Untuk selamatkan nombor tersebut, kita dikehendaki menukar plan kepada postpaid (menangis tang nie), selepas 2 bulan baru boleh tukar kepada prepaid semula.
Sewaktu Bro otw balik, dapat call dari Digi Store untuk datang & ambil sim kad baru. Part ini, tidak dibenarkan wakil untuk ambil. Maka Bro patah balik ke sana walaupun waktu itu dah nampak bumbung rumah.
Akhirnya, Bro berjaya dapatkan balik nombor yang dah mati tue.
Cuma hingga kini, Bro masih belum tukarkan ia kembali kepada prepaid. Sebab belum berkesempatan nak ke Digi Store. Tak pasti pula boleh buat dekat cawangan Digi ke tidak.
Cara Dapatkan Kembali No Telefon Yang Tamat Tempoh
Maka ada baiknya Bro kongsikan pengalaman Bro sebelum ini untuk rujukan rakan-rakan or pembaca blog ini, bagi memudahkan korang dapat semula nombor tersebut.
Apa yang korang perlu buat untuk dapatkan semula no telefon yang dah tamat tempoh?
- Hubungi customer service untuk dapatkan kepastian lokasi mana yang mana boleh selamatkan no telefon tersebut.
- Pastikan nombor telefon tersebut didaftarkan atas nama siapa. Jika nama orang lain, maka orang tersebut yang kena pergi buat pemohonan.
- Prepare duit untuk upfront payment untuk bil postpaid. Ini kerena pihak Telco akan request anda daftar nombor untuk postpaid guna nombor asal anda.
- After 2 bulan, kita baru boleh request untuk tukar nombor kita dari postpaid kepada prepaid semula.
- Jangan lupa untuk pastikan nombor telefon anda kekal aktif. Sekurang-kurangnya topup RM1 sebulan sekali.
Kalau x salah, jika nombor kita tidak aktif selama 2 bulan lebih, ianya akan ditamatkan tempoh. After 5 hari, anda tiada hak untuk dapatkan kembali nombor anda sehingga ianya direlease kepada pasaran (jenuh la nak check hari2 kot2 dah boleh beli balik ke tidak nombor tadi).
BACA : Nak Beli vivo V20 atau vivo V20 Pro 5G? Mana Satu Lebih Berbaloi!
Jika tak nak perkara macam ini berlaku lagi, ada baiknya ikut tip dari kenalan Bro :-
- Install aplikasi telco – So kita boleh pantau tempoh jangka hayat kehidupan nombor kita. Bila rasa-rasa nak dekat tamat tempoh, pepandai la topup.
- Guna 2 sim kad pada 1 telefon – Kebanyakan telefon pintar zaman sekarang nie, support 2 sim kad lebih-lebih lagi pada mereka yang beli nombor hanya untuk layan whatsapp sahaja.
- Jika nombor itu amat bermakna bagi anda tapi jarang guna. Gunakan ia untuk call / sms nombor anda yang lagi satu, supaya nampak ia macam kekal aktif hahaha.
- Guna e-sim – Tak banyak telefon pintar support e-sim buat masa ini. Tapi kebanyakan pengguna yang pakai telefon support e-sim, memang tak pakai prepaid hahaha apa kelas.
***************
Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter
selalu kena isu ni utk no telefon anak2. asyik tukar je phone num depa..hahahah
Kena ajar anak untuk topup sendiri hahahaha
Selalu nombor anak2 la yang hilang ni huhu…tiba2 je dah mati
tue bukan tiba2.. itu lupa nak topup, maka dia pun mati dengan pelahan2
huwaa nangis! tengah tunggu staff Maxis tu call. Harap lah good news. RM98 sebulan pun takpelah pasrah.
Sebab terkezuttt, lupa tanya ada contract ke tak. sebab kawan yang ex- cust service Maxis tu cakap min 6 bulan. matilanakkk.
good thing is, dah beberapa hari tak shopping online -_- sebab takde tempat masuk TAC. semua saving acc, cc semua kat nombor tu
Alhamdulillah.. selamat duit.. kalau x pasti habis dok shopping online je
Agak agak mahal tak bayar tu? Saya baru tamat pagi ni. Semalam dah dapat mesej katanya akan ditamatkan, pastu dah topup sekali nengok ‘ failed ” tahu tahu pagi ni. Dah takde dlm perkhidmatan. Huhuhu
Harga lebih kurang macam pakai postpaid je.. Tapi terasa juga la
Nak dapat kan balik no lama
Tone wow