January 22, 2021

Peluang Usahawan PKS Lipatgandakan Jualan Akhir Tahun dengan Bincang Niaga Finale 2020

Bincang Niaga TV AlHjrah
Usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang belum meneroka cabang promosi perniagaan di stesen TV AlHijrah masih berpeluang untuk mengiklankan produk mereka di kaca televisyen stesen berkonsepkan gaya hidup Islam ini.

Ini kerana TV AlHijrah bakal melancarkan satu lagi edisi Bincang Niaga yang dikenali sebagai Bincang Niaga Finale 2020. Sesi Bincang Niaga Finale 2020 ini akan dilaksanakan pada Isnin, 30 November 2020 hadapan bermula jam 9 pagi hingga 6 petang.

Bincang Niaga Finale 2020 adalah peluang keemasan yang harus direbut usahawan PKS yang masih belum beriklan di TV AlHijrah kerana platform pengiklanan ini dilihat mampu membantu kumpulan peniaga tempatan melaksanakan pecutan akhir bagi menggandakan jualan mereka di penghujung tahun 2020 sehingga Februari 2021.

Sesi taklimat dan perkongsian ilmu bersama usahawan yang berminat untuk meneroka cabang promosi perniagaan ini akan diadakan secara atas talian sahaja bagi mengekang penularan Covid-19 gelombang ketiga yang sedang melanda negara.

Poster Bincang Niaga

Menerusi sesi itu nanti, para usahawan berpeluang untuk mempelajari teknik pengiklanan televisyen daripada pasukan pemasaran TV AlHijrah serta berpeluang bertanyakan soalan secara langsung tentang perniagaan.

Tambah istimewa, stesen ini juga akan menawarkan pakej Ramadan yang sangat menarik dan berbaloi. Pakej iklan platform media digital turut diperkenalkan kali ini.

Usahawan PKS yang berminat untuk memasarkan produk mereka di televisyen dengan pakej serendah RM3,500 hanya perlu menonton TV AlHijrah atau lawati facebook TV AlHijrah dan mendaftar menerusi kod imbasan QR yang disediakan.

Booking slot anda melalui link ini: https://www.tvalhijrah.com/bincangniaga/. Ayuh daftar segera kerana bilangan pakej yang ditawarkan adalah sangat terhad!

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *