April 30, 2024

Nak Beli vivo V20 atau vivo V20 Pro 5G? Mana Satu Lebih Berbaloi!

Antara Vivo V20 Vivo V20 Pro

Nampak macam sama, rupanya berbeza. Nama macam adik beradik kembar (diperkenalkan serentak) tapi rupa parasnya berbeza. Itu yang membezakan antara peranti terkini dari vivo iaitu vivo V20 & vivo V20 Pro.

Apa persamaan & apa pula perbezaannya?

Mana satu yang patut dibeli? Mana satu yang berbaloi untuk dibeli? Pening kepala nak buat keputusan?

Ok, hari ini Bro ingin kongsikan beberapa persamaan dan perbezaan yang perlu anda tahu mengenai vivo V20 & vivo V20 Pro. Sekurang-kurangnya, anda tahu yang mana satu sesuai untuk anda miliki.

BACA : vivo V20 SE Dilancarkan di Malaysia Pada Harga RM1,199

Persamaan & Perbezaan Antara vivo V20 & vivo V20 Pro

vivo V20 & vivo V20 Pro

Kalau ikutkan, tak banyak perbezaan antara kedua model vivo V20 dan juga vivo V20 Pro.

Cuma warna yang ditawarkan boleh membezakan kedua model ini, dimana vivo V2O hadir dengan dua pilihan warna iaitu Sunset Melody dan Midnight Jazz. Sementara, vivo V20 Pro pula didatangkan warna Moonlight Sonata dan Midnight Jazz.

Kedua-duanya hadir dengan skrin 6.44-inci AMOLED. Bagaimanapun, nampak perbezaan skrin pada bahagian kamera hadapan dimana bagi vivo V20 Pro mempunyai lekuk yang lebih besar bagi memuatkan dual-kamera padanya.

Telefon pintar V20 mempunyai kamera hadapan 44MP Eye Autofocus manakala V20 Pro pula dilengkapi dengan Eye Autofocus Dual Front Camera, yang terdiri daripada 44MP Super Definition Main Camera dan 8MP Super Wide-Angle Camera.

Ia memberi pengalaman baru kepada pengguna dalam keupayaan swafotonya.

Kamera Hadapan vivo V20 & vivo V20 Pro

Kedua-duanya hadir bersama 8GB RAM, dan storan 128GB dengan kapasiti bateri 4,000mAh untuk jangka hayat selama 8 jam bagi penggunaan sepanjang hari.

Melalu pengecasan pantas, 33W vivo Flash Charge membolehkan kedua peranti ini dicas penuh kurang dari tempoh satu jam.

Ini memberi kelebihan & menjimatkan masa kepada si pengguna yang banyak melakukan aktiviti seharian menggunakan telefon pintar.

Back vivo V20 & vivo V20 Pro
Terdapat tulisan ‘5G’ pada bahagian belakang vivo V20 Pro berbanding pada vivo V20, hanya ada tulis vivo sahaja.

Terdapat perbezaan ketara pada kedua-dua model ini terutamanya pada cip pemproses : Qualcomm® Snapdragon™ 720G (8nm) bagi vivo V20 manakala vivo V20 Pro pula Qualcomm® Snapdragon™ 765G (7nm).

Ini memberi sedikit kelebihan pada versi pro yang menyokong rangkaian 5G secara terbina.

V20 dan V20 Pro juga ditampilkan dengan rekaan ultra-nipis dan ringan. Ketebalan V20 Pro hanyalah 7.39mm dan beratnya pula cuma 170g, menjadikannya telefon pintar 5G ternipis di pasaran.

Manakala V20 pula mempunyai ketebalan 7.38mm dan berat 171g dan mempunyai rekaan ultra-nipis yang memberikan genggaman yang cukup selesa kepada penggunanya.

Main Camera vivo V20 & vivo V20 Pro

Dibahagian belakang kedua-duanya, terdapat tri-kamera belakang dengan konfigurasi 64-Megapixel (f/1.9) (utama) + 8-Megapixel (f/2.2) (lensa pelbagai guna) + 2-Megapixel (f/2.4) (kedalaman).

Komposisi kamera belakang 64MP-8MP-2MP ini, menampilkan ciri Super Night Mode pada lensa utamanya, pemandangan malam dengan bersudut lebar, dan Stylish Night Filter yang membolehkan pengguna untuk mengambil gambar yang mengagumkan di dalam senario pencahayaan yang malap.

Dual View Video vivo V20

Peranti ini juga menampilkan Dual-View Video yang membolehkan pengguna menggabungkan bahagian rakaman yang diambil menggunakan kamera depan dan juga belakang.

Sesuai sangat bagi mereka yang gemar merakam vlog menggunakan telefon pintar.

Manakala, 8MP Super Wide Camera bagi V20 Pro menawarkan Super Wide-Angle Selfie bersudut 105° (103.6° selepas pembetulan distorsi), dan digandingkan bersama algoritma pembetulan distorsi untuk menghasilkan gambar yang sangat lebar dan nampak semula jadi.

Terdapat kelebihan pada model V20 – di mana ianya hadir dengan sokongan sehingga tiga slot kad (nano SIM + nano SIM + microSD). Sekaligus, menjadikan ia sangat praktikal buat pengguna yang memiliki dua kad SIM. Berbeza pula dengan versi pro yang sekadar hadir dengan sokongan untuk dwi-sim nano tanpa slot kad microSD.

Sesuai tak Untuk Kaki Game Seperti PUBG?

PUBG vivo V20

Mesti ada yang tertanya sama ada kedua-dua peranti ini sesuai atau tidak untuk bermain game.

Bagi Bro yang gemar bermain permainan PUBG Mobile (playerunknown’s battlegrounds Mobile), merasakan ianya berbaloi untuk anda miliki walaupun ianya bukan high end bagi peranti gaming.

Dengan harga dan speksifikasi yang ditawarkan termasuk Ultra-Game Mode mampu memberi pengalaman optimum kepada anda ketika bermain.

Bagaimana pula dari segi harga?

Untuk pasaran Malaysia, vivo V20 ditawarkan pada harga RM1499, manakala vivo V20 Pro 5G pula ditawarkan pada harga RM1899.

Di sini dapat Bro simpulkan bahawa kedua-dua peranti ini mempunyai kelebihan mereka yang tersendiri.

Jika anda seorang yang gemar bermain permainan pada telefon pintar. Bro lebih cadangkan anda dapatkan vivo V20 Pro 5G. Manakala vivo V20 pula bagi mereka yang inginkan peranti dengan speksifikasi yang sama pada harga yang lebih murah.

Apa-apa pun, anda boleh dapatkan telefon pintar dari vivo Malaysia secara online di :-

  • vivo V20 Pro (8GB + 128GB) ~ RM1,899
  • vivo V20 (8GB + 128GB) ~ RM1,499
  • vivo V20 SE (8GB + 128GB) ~ RM1,199

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

One thought on “Nak Beli vivo V20 atau vivo V20 Pro 5G? Mana Satu Lebih Berbaloi!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *