April 29, 2024

Aplikasi Hawaya Membantu Lelaki & Wanita Muslim Mencari Jodoh di Malaysia

Pasang Poster Iklan Cari Jodoh

Hawaya – Aplikasi cari jodoh untuk membantu lelaki dan wanita Muslim membina hidup berkeluarga telah tiba di Malaysia.

Baru-baru ini, orang ramai mendengar sebuah kisah seorang jejaka meletakkan poster-poster di sekitar kawasan kediamannya dengan niat untuk mencari seorang suri hati, dan ada juga jejaka yang menggunakan laman Twitter mereka dan meletakkan resume untuk mencari jodoh diiringi dengan harapan agar ianya berkekalan.

Tambahan pula, satu kajian yang dijalankan pada tahun 2017 mendapati bahawa seramai 3 daripada 10 rakyat Malaysia adalah mereka yang masih aktif menggunakan ataupun pernah menggunakan aplikasi mencari jodoh dalam talian.

Kajian tersebut juga menunjukkan bahawa 29% rakyat Malaysia lebih cenderung untuk mencari bakal pasangan mereka menerusi penggunaan aplikasi dalam talian.

Ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia sudah lama bersedia dalam menggunakan teknologi sebagai cara untuk mencari pasangan hidup.

Aplikasi Cari Jodoh Hawaya

Hawaya Apps

Inilah yang menjadi inspirasi lahirnya Hawaya, aplikasi mencari jodoh dari Mesir. Hawaya diambil dari perkataan “Hawa”, yang membawa maksud “Cinta” dalam bahasa Arab.

Hawaya diilhamkan oleh Sameh Saleh pada tahun 2017, sebagai cara untuk membantu adik perempuannya mencari jodoh dengan cara yang mudah, selamat, dan selesa.

Sebagai platform mencari jodoh, Hawaya bertujuan untuk memperkasa umat Islam yang belum berpasangan bagi membina hubungan yang bermakna dan #carijodohdenganHawaya, disamping menghormati budaya dan tradisi agama Islam.

Hawaya menggunakan teknologi dan pendekatan saintifik untuk membina platform mencari jodoh yang sesuai dengan agama dan budaya. Pengguna yang log masuk ke aplikasi Hawaya perlu menjawab beberapa soalan mengenai pendidikan atau sektor pekerjaan, serta soalan-soalan berkenaan pilihan peribadi seperti hobi dan minat.

Aplikasi ini juga mementingkan keselamatan pengguna. Setiap profil perlu disahkan melalui proses ‘pengesahan selfie’ untuk menapis profil-profil palsu.

Sebagai tambahan, pengguna juga boleh mengaktifkan fungsi ‘Guardian’ untuk mengajak dan melibatkan ahli keluarga atau rakan yang dipercayai untuk turut serta dalam perbualan dengan pengguna yang lain dalam aplikasi Hawaya.

Antara fungsi lain yang disediakan Hawaya termasuklah:

  • ‘Blur Option’: Pengguna wanita mempunyai pilihan untuk mendedahkan gambar mereka hanya kepada pengguna yang mereka selesa menghubungi.
  • ‘Exclusive Mode’: Apabila dua pengguna dipadankan, mereka boleh memilih untuk memulakan perbualan eksklusif. Ini sekaligus akan menyahaktifkan semua perbualan mereka bersama pengguna-pengguna lain di dalam aplikasi. Melalui ‘exclusive mode’, pengguna mempunyai peluang untuk memberi tumpuan, berkenalan, dan berbual dengan lebih mendalam dengan hanya satu orang pada satu-satu masa.
  • Dengan niat untuk bina hubungan yang tulen dan jujur, Hawaya juga membantu dengan memberikan topik-topik pengenalan dan perbualan permulaan yang diperibadikan untuk membantu pengguna mengambil langkah pertama.

Hawaya Aplikasi cari jodoh

Dalam budaya Islam di Malaysia, ahli keluarga dan masyarakat akan menyarankan lelaki dan wanita mencari pasangan hidup dan mendirikan rumah tangga. Ianya sudah menjadi suatu kebiasaan, terutama sekali bagi lelaki dan perempuan yang sudah mencecah usia 30-an.

Untuk membantu kaum Adam dan Hawa dalam mencari pasangan yang tepat untuk membina hidup bersama, Hawaya akan memperkenalkan inisiatif yang dikenali sebagai program #sisterinhearts, dengan tujuan memudahkan perbincangan mengenai pencarian cinta dan pasangan yang tepat di dunia moden ini, sambil memberikan tumpuan utama kepada nila-nilai tradisi Islam dan adat Melayu serta menghormatinya.

Untuk maklumat lanjut mengenai Hawaya, sila layari:

Laman web: https://www.hawaya.com/
Laman Instagram: https://www.instagram.com/hawaya_app/.

Mulakan perjalanan #carijodohdenganhawaya anda untuk membina hubungan berkekalan dengan memuat turun Hawaya di Apple App Store dan Google Play Store.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

2 thoughts on “Aplikasi Hawaya Membantu Lelaki & Wanita Muslim Mencari Jodoh di Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *