LEGOLAND Malaysia Resort Meriahkan Musim Perayaan Dengan BRICK-TACULAR Holidays 2026
Sambutan Krismas tahun ini pastinya lebih meriah di LEGOLAND Malaysia Resort menerusi acara tahunan BRICK-TACULAR Holidays 2026 yang menawarkan pelbagai aktiviti menarik, hiburan secara langsung dan pengalaman menyeronokkan untuk seisi keluarga.
Berlangsung dari 13 November 2026 hingga 3 Januari 2027, sambutan kali ini bukan sahaja membawa kemeriahan Krismas, malah turut menawarkan pelbagai aktiviti sempena cuti hujung tahun dan sambutan Tahun Baharu 2027. Lebih menarik, pengunjung berpeluang memenangi hadiah menerusi cabutan bertuah dengan jumlah keseluruhan bernilai sehingga RM100,000.
Bantu Santa Selamatkan Sambutan Krismas!
Antara tarikan utama BRICK-TACULAR Holidays tahun ini ialah Santa’s Playtown, yang mengajak pengunjung membantu Santa dan kumpulan elfnya menyiapkan pelbagai tugasan menjelang Krismas.
Pengunjung boleh mendapatkan Elf Mission Card sebelum memulakan pengembaraan dengan menyertai beberapa cabaran menarik yang melibatkan aktiviti membina, mencari dan mencipta menggunakan LEGO.
Antara aktiviti yang disediakan termasuk LEGO Music Notes dan Letters to Santa. Pastinya pengalaman ini memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk menggunakan kreativiti sambil meluangkan masa berkualiti bersama keluarga.
Peluang Menang Hadiah Bernilai Sehingga RM100,000
Bagi menambahkan lagi kemeriahan, LEGOLAND Malaysia Resort turut memperkenalkan Advent Calendar Lucky Draw yang berlangsung dari 1 hingga 30 Disember 2026.
Pengunjung yang berbelanja sekurang-kurangnya RM199 untuk pembelian produk LEGO atau makanan dan minuman di dalam Theme Park layak menyertai cabutan bertuah harian ini.
Dengan jumlah hadiah keseluruhan bernilai sehingga RM100,000, pastinya peluang ini menjadikan kunjungan ke LEGOLAND lebih menarik.
Peminat LEGO Ferrari pula boleh menyertai pertandingan LEGO Ferrari Build & Race yang dibuka kepada pemegang Annual Pass. Peserta hanya perlu berkongsi hasil binaan LEGO Ferrari F50 mereka menerusi Instagram atau TikTok serta menghantar borang penyertaan.
Dua keluarga bertuah akan memenangi pengalaman eksklusif Ferrari di Maranello dan Modena, Itali, termasuk lawatan ke muzium Ferrari serta lawatan khas ke kilang Ferrari. Tarikh akhir pertandingan turut dilanjutkan sehingga 31 Mac 2027.
Pelbagai Hiburan dan Aktiviti Menarik Untuk Keluarga
Sepanjang tempoh sambutan, pengunjung turut disajikan dengan Live Festive Shows yang menampilkan watak-watak LEGO bertemakan perayaan menerusi persembahan muzik, gelak tawa dan aktiviti interaktif.
Pengunjung juga berpeluang bergambar bersama watak kegemaran mereka selepas persembahan berlangsung.
Di Elf Carnival pula, keluarga boleh mencuba pelbagai permainan karnival, melihat binaan LEGO bertemakan Krismas dan menghasilkan hiasan perayaan untuk dibawa pulang.
Jangan lepaskan peluang menyertai Build to Give Workshop yang mengajak pengunjung membina LEGO berbentuk hati sebagai sebahagian daripada inisiatif #BuildToGive untuk berkongsi kegembiraan dengan orang lain.
Sementara itu, pengunjung SEA LIFE Malaysia boleh menyertai The Elf on the Shelf Sea Star Search. Aktiviti interaktif ini membolehkan pengunjung mengumpulkan cebisan Sea Star, membina Christmas Sea Star Medallion dan menerima sijil eksklusif Christmas Star Certificate. Pengunjung juga boleh berkenalan dengan Seastar, maskot terbaharu keluarga SEA LIFE.
Persembahan Khas Krismas dan Waktu Operasi Lebih Panjang
Kemeriahan sambutan akan menjadi lebih istimewa dari 25 hingga 27 Disember 2026 menerusi beberapa persembahan tambahan seperti LEGO Band Jamboree, Cheer Squad Academy dan BRICK-TACULAR Festive March.
Selain muzik secara langsung dan persembahan tarian, pengunjung juga boleh menikmati perarakan khas bersama watak-watak LEGO.
Bagi memberikan lebih banyak masa kepada pengunjung menikmati semua tarikan, LEGOLAND Malaysia Resort turut melanjutkan waktu operasi Theme Park sehingga jam 8 malam pada hujung minggu sepanjang Disember dan sehingga jam 9 malam bermula 25 Disember 2026.
Sambut Tahun Baharu 2027 Dengan Pertunjukan 500 Dron!
Salah satu tarikan paling dinantikan ialah pertunjukan 500 dron berskala besar buat pertama kali di LEGOLAND Malaysia Resort sempena malam Tahun Baharu.
Pertunjukan selama 15 minit ini menggabungkan teknologi dron dengan penceritaan bertemakan LEGO, iringan muzik dan narasi khas yang akan menerangi ruang udara dengan elemen ikonik LEGOLAND.
Persembahan istimewa ini akan diakhiri dengan detik kiraan detik menyambut ketibaan tahun 2027.
Pada 31 Disember 2026, pengunjung juga boleh menikmati A Brick-Tastic New Year Jam yang menampilkan persembahan muzik secara langsung, tarian dan kemunculan watak-watak LEGO.
Nikmati Lebih Banyak Keistimewaan Dengan Annual Pass

Bagi keluarga yang merancang untuk berkunjung lebih daripada sekali, LEGOLAND Malaysia Resort Annual Pass turut menawarkan beberapa keistimewaan tambahan.
Pemegang semua jenis kad Annual Pass boleh membawa seorang rakan dengan diskaun 50% untuk tiket masuk harian serta menikmati diskaun pembelian produk LEGO.
Menurut Cs Lim, Naib Presiden LEGOLAND Malaysia Resort, BRICK-TACULAR Holidays dianjurkan bagi mengeratkan hubungan keluarga menerusi kreativiti, hiburan dan keajaiban musim perayaan.
Jadi, jika masih mencari destinasi menarik untuk menghabiskan cuti sekolah dan cuti hujung tahun bersama keluarga, BRICK-TACULAR Holidays 2026 di LEGOLAND Malaysia Resort pastinya boleh dimasukkan dalam senarai percutian anda.
Dengan pelbagai aktiviti menarik, persembahan istimewa dan pertunjukan 500 dron sempena Tahun Baharu, inilah masanya untuk mencipta kenangan manis bersama insan tersayang!
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari LEGOLAND Malaysia Resort Homepage atau ikuti Facebook dan Instagram.
Keyword :
- LEGOLAND Malaysia 2026
- BRICK-TACULAR Holidays 2026
- Krismas LEGOLAND Malaysia
- Aktiviti Krismas 2026
- Percutian keluarga di Johor
- Tempat menarik di Johor
- LEGOLAND Malaysia Christmas
- Pertunjukan dron LEGOLAND
- Sambutan Tahun Baharu 2027
- Cuti sekolah hujung tahun 2026


