August 9, 2022

Vietjet Antara 10 Syarikat Penerbangan Kos Rendah Terbaik Dunia 2022

Top 10 Vietjet

Terbukti Vietjet sebagai sebuah syarikat penerbangan kos rendah yang terbaik dalam industri, dengan penganugerahan Syarikat Penerbangan Nilai Terbaik Tahun 2022 (Value Airline of the Year) daripada AirlineRatings, sebuah laman web penilaian keselamatan dan produk penerbangan yang terkenal di dunia.

Vietjet juga telah disenaraikan antara10 Syarikat Penerbangan Kos Rendah Terbaik 2022 oleh AirlineRatings.

Sebagai bukti kepada kejayaan syarikat ini dan reputasinya yang mantap dari segi keselamatan, Vietjet telah mengekalkan penarafan tujuh bintang yang dianugerahkan oleh AirlineRatings untuk tahun kelima berturut-turut sejak tahun 2018, satu pengiktirafan tertinggi dalam keselamatan udara di dunia.

Vietjet juga telah meraih gelaran Syarikat Penerbangan Kos Rendah Paling Selamat di Dunia (World’s Top 10 Safest Low-Cost Airlines) bagi tahun 2022 melalui perbandingan dengan 385 buah syarikat penerbangan lain di dunia.

Anugerah-anugerah tersebut mengiktiraf Vietjet dalam rangkaian penerbangannya yang luas, tambang yang murah, strategi promosi unik, kepelbagaian perkhidmatan serta kepelbagaian pilihan yang mengikut citarasa peribadi pelanggan, sama ada bagi mereka yang menjalani kehidupan yang sibuk, yang mementingkan kesempurnaan, atau yang lebih santai.

Selain daripada Vietjet, syarikat penerbangan kos rendah lain yang disenaraikan antara 10 Terbaik AirlineRatings termasuk Ryanair, Fly Dubai, Southwest dan EasyJet.

Syarikat-syarikat ini telah dinilai berdasarkan kecemerlangan prestasi dan sumbangan penerbangan syarikat tersebut dalam usaha menawarkan kadar tambang udara lebih mampu dibeli di fasa pemulihan pasca-pandemik Covid-19.

Semua penilaian oleh AirlineRatings dilaksanakan berdasarkan ciri keselamatan, produk dalam penerbangan serta pematuhan SOP COVID-19 yang merangkumi 385 syarikat penerbangan dari serata dunia, dengan menggunakan sistem penilaian tujuh bintang yang unik.

Ia telah digunakan oleh jutaan pelanggan dari 195 negara dan telah menjadi standard bagi industri penerbangan dalam penilaian keselamatan, produk dan COVID-19.

Mengenai Vietjet

Mengenai Vietjet

Syarikat penerbangan era baharu, Vietjet bukan sahaja telah merevolusikan industri penerbangan di Vietnam malah ia telah menjadi syarikat penerbangan perintis di rantau Asia dan di seluruh dunia.

Dengan menitikberatkan pengurusan kos, operasi yang efektif serta prestasi yang cemerlang, Vietjet menawarkan pengangkutan udara dengan penjimatan kos dan tambang fleksibel serta kepelbagaian dalam perkhidmatan untuk memenuhi permintaan para pelanggan.

Vietjet adalah ahli sepenuhnya Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) dengan sijil Audit Keselamatan Operasi IATA (IOSA).

Sebagai sebuah syarikat penerbangan terbesar di Vietnam, syarikat ini telah menerima pengiktirafan tertinggi dalam bidang keselamatan dengan 7 bintang bagi tahun 2018 dan 2019 oleh laman web penilaian produk airlineratings.com.

Syarikat ini juga tersenarai sebagai salah sebuah 50 syarikat penerbangan terbaik di dunia bagi pengendalian kewangan dan operasi yang sihat oleh Airfinance Journal bagi tahun 2018 dan 2019.

Syarikat ini juga telah menerima gelaran Syarikat Penerbangan Kos Rendah Terbaik daripada organisasi terkenal seperti Skytrax, CAPA, Airline Ratings, dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.vietjetair.com

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *