Sempena sambutan ulang tahun ke-30 jalinan hubungan diplomatik antara negara Vietnam dan Kazakhstan, Vietjet telah mengumumkan penerbangan terus yang menghubungkan bandar raya terbesar Kazakhstan, Almaty dengan bandar Nha Trang – destinasi pelancongan Vietnam.
Penambahan penerbangan baharu dalam rangkaian penerbangan Vietjet yang meluas ini adalah tepat pada masanya, kerana ia memperingati hubungan diplomatik yang kukuh antara Vietnam dan Kazakhstan dan bakal mengeratkan lagi hubungan kedua-dua negara itu.
Majlis pengumuman tersebut telah diserikan oleh kehadiran Vo Thi Anh Xuan, timbalan presiden Republik Socialis Vietnam, pemimpin-pemimpin dari kerajaan Kazakhstan dan pegawai-pegawai kanan dari kedua-dua negara.
Perkhidmatan penerbangan dua kali seminggu ini bakal bermula pada bulan Oktober ini dengan masa penerbangan kira-kira 9 jam sehala.
Sebagai bandar raya terbesar serta merupakan pusat kewangan dan kebudayaan Kazakhstan, Almaty terkenal sebagai pusat tarikan pelancong. Para pelawat ke Almaty boleh menikmati ketenangan di kawasan dataran dan juga pergunungan yang terkenal dengan pemandangan yang hebat.
Tidak melupakan juga seni bina moden dan juga jalan-jalan sibuk yang mana pelawat ke negara ini boleh menjamu mata di tempat-tempat kebudayaan, kesenian unik dan juga landskap semula jadi yang indah.
Dengan iklim yang sederhana dan sinaran matahari sepanjang tahun, Nha Trang pula telah lama menjadi destinasi pilihan percutian dalam kalangan pelancong dari serata dunia untuk menikmati cuaca tropika, pantai yang indah dan pelbagai makanan yang unik di bandar ini.
BACA : Vietjet Antara 10 Syarikat Penerbangan Kos Rendah Terbaik Dunia 2022
Vietjet sentiasa berusaha untuk pulih dengan pantas daripada impak Covid-19 dan juga telah memacu pengembangan rangkaian penerbangannya di dalam dan ke luar negara. Tindakan yang pantas ini bertujuan untuk membantu memulihkan sektor pelancongan Vietnam dengan mempromosi destinasi dan laluan penerbangan baharu.
Setakat hari ini, Vietjet telah melebarkan sayapnya ke India, Jepun, Korea Selatan, Kazakhstan, dan bakal memperkenalkan Eropah dan Australia ke dalam senarai destinasi penerbangannya tidak lama lagi.
Laluan penerbangan terus telah berjaya meningkatkan pertukaran ekonomi, kebudayaan, dan sosial antara negara, yang telah memainkan peranan yang penting dalam proses pemulihan pasca-pandemik negara tersebut.
Pesawat-pesawat Vietjet yang moden mencerminkan imej bendera kebangsaan Vietnam dan juga irama Hello Vietnam, sebuah lagu yang telah menjadi popular di kalangan rakan-rakan Vietjet dari serata dunia.
Lagu ini mengirimkan satu pesanan kepada dunia, mengalu-alukan kehadiran mereka ke Vietnam, sebuah negara yang indah, ramah dan mesra untuk dikunjungi.
Untuk maklumat lanjut mengenai Vietjet, anda boleh layari www.vietjetair.com