Annyeonghaseyo!
Adakah anda peminat hidangan korea yang pedas? Jom kita mulakan pengembaraan Around the World sambil berSarang-K bersama Marrybrown.
Kini anda boleh nikmati menu K-Crunch Marrybrown – hidangan berinspirasikan Korea yang akan menggamit selera dengan keenakan gabungan rasa pedas dan manis.
Ianya boleh anda dapatkan di semua cawangan Marrybrown seluruh Malaysia.
Marrybrown berbesar hati menyajikan menu ayam rangup yang disalut dengan sos Gangjeong yang manis dan pedas. Penggemar ayam Marrybrown boleh menikmati menu K-Crunch Marrybrown yang berkualiti sambil berimaginasi dalam suasana di Korea yang mengujakan!
Bagi pengemar ayam Marrybrown,
Anda boleh dapatkan K-Crunch Chicken Combo yang didatangkan dengan 2 ketul ayam rangup yang disalut dengan sos Gangjeong yang manis dan pedas.
Hidangan ini turut disajikan bersama kentang goreng dan minuman K-Fizz berperisa “yuzu” dan markisa yang menyegarkan, harga bermula dari RM20.90.
Bagi penggemar burger pula,
Anda boleh nikmati kelazatan K-Crunch Chicken Burger Combo, daging ayam rangup yang disaluti sos Gangjeong bersama kepingan keju yang diapit bun hitam.
Ia juga dihidangkan bersama kentang goreng dan minuman K-Fizz, dengan harga bermula dari RM16.90.
Sekiranya anda meinginkan hidangan menyelerakan dengan sedikit kelainan, anda boleh cuba Kimchi Rice Bowl Combo yang berharga dari RM13.10 adalah pilihan yang terbaik.
Hidangan nasi Kimchi bersama ketulan ayam goreng dengan sos Gangjeong dan telur rebus, pasti memikat selera anda.
Jika anda mahu menikmati kesemua menu, K-Crunch Box Meal adalah pilihan yang ideal!
Dengan harga bermula dari RM26.50, ianya lengkap dengan K-Crunch Chicken Burger, 1 ketul K-Crunch Chicken, 2 ketul Chicken Dumpling, kentang goreng dan minuman K-Fizz.
Anda juga boleh menambah K-Crunch Chicken Dumpling and Cheesy Sausage yang berharga dari RM7.90 untuk hidangan yang lebih memuaskan.
Apa tunggu lagi, jom mulakan pengembaraan Around the World sambil berSarang-K di cawangan Marrybrown berdekatan anda hari ini.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari https://marrybrown.com/ serta laman social Marrybrown.
tengok pada sos memang bersarang kalau pekena ni…cara marrybrown sekat sedikit pandangan orang ramai dengan fast food lain