April 24, 2024

Hanya RM1 Untuk Anda Membawa Pulang HUAWEI Mate 50

HUAWEI Mate 50

Hanya RM1, anda berpeluang untuk membawa pulang hadiah misteri – HUAWEI Mate 50 dengan membuat pra-tempahan sekarang.

HUAWEI secara rasmi mengumumkan Pra-tempahan eksklusif untuk Siri Mate 50 yang akan dilancarkan tidak lama lagi, sebelum pelancaran rasmi dan pengumuman harga kepada semua rakyat Malaysia.

Anda kini berpeluang untuk memenangi HUAWEI Mate 50 pada hanya RM1 bermula hari ini hingga 2 November 2022.

Anda oleh membuat permohonan pra-tempahan mereka dengan hanya RM1 untuk berpeluang menikmati hadiah misteri seperti HUAWEI Mate 50, HUAWEI FreeBuds 4i, HUAWEI Band 6 dan banyak lagi dengan jumlah hadiah keseluruhan bernilai sehingga RM15,000 melalui Laman Web Rasmi HUAWEI.

Pengumuman pemenang harian akan dibuat pada 21 Oktober 2022 sehingga 3 November 2022.

RM1 HUAWEI Mate 50

Sempena ulang tahun ke-10 sejak pelancaran pertama siri Mate, siri HUAWEI Mate 50 merupakan telefon pintar dipacu prestasi perdana terbaharu yang merangkumi teknologi terkini dan inovasi yang lebih berkuasa berbanding sebelum ini.

Telefon flagship ini memperkenalkan Kaca Kunlun sekeras batu (dianugerahkan dengan pensijilan kaca tahan jatuh lima bintang pertama dari Switzerland SGS), bermaksud peranti ini adalah 10 kali ganda lebih baik dari segi ketahanan, dalam menghadapi hentaman dan rintangan retak.

Siri Mate 50 juga dilengkapi dengan ciri-ciri inovatif seperti Kamera Ultra Aperture XMAGE dan Mod Kecemasan Bateri Rendah, dan banyak inovasi yang lain.

Ciri-ciri mantap ini dipertingkatkan lagi oleh sistem operasi EMUI 13, yang akan dilancarkan buat pertama kalinya pada Siri Mate 50 untuk menawarkan pelbagai perkhidmatan pintar yang lancar.

Semua telefon pintar HUAWEI dilengkapi dengan kedai aplikasi Huawei sendiri, AppGallery, yang mempunyai penawaran aplikasi yang dinaik taraf sambil memastikan pengalaman pengguna yang selamat dan lancar.

Daripada aplikasi yang memenuhi keperluan harian penting kepada yang sesuai untuk hiburan semasa perjalanan dan banyak lagi, AppGallery menawarkan pelbagai tawaran serba boleh yang sentiasa berkembang untuk memenuhi keperluan pengguna yang semakin versatil.

Klik di sini untuk membayar deposit RM1 sekarang sehingga 2 November 2022 untuk pra-tempah Siri HUAWEI Mate 50 dan untuk menjadi antara yang pertama untuk memiliki HUAWEI Mate 50 Series untuk merasai sendiri “Teknologi Hitam” yang paling berkuasa dan canggih!

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *