March 29, 2024

Jom ke K-FOOD Fair 2022 di Sunway Pyramid Mall

K-FOOD Fair 2022

Acara K-FOOD Fair 2022 yang menyeronokkan kini kembali di ibukota, dibawakan oleh Perbadanan Perdagangan Agro-Perikanan & Makanan Korea dan Kementerian Pertanian, Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar Korea Selatan.

Bagi mereka yang berminat untuk merasai makanan Korea dan mengetahui budaya Korea, kunjungi K-FOOD Fair di Blue Concourse, Sunway Pyramid Mall mulai 21 Oktober hingga 24 Oktober 2022; dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

Masuk adalah percuma!!!

Antara aktiviti yang menanti sepanjang empat hari pesta berlangsung:

  • Sesi Demo Masakan Korea oleh chef selebriti, Jia Le Woh (atau Chef Jiale)
  • Rasai makanan sewaktu Sesi Open Kitchen
  • Zon pengalaman istimewa seperti permainan tradisional Korea dan pakaian Hanbok
  • Persembahan tarian cover K-Pop oleh Kueendom dan Kingsman
  • Persembahan Taekwondo oleh Pasukan Arena dengan sentuhan Korea
  • Persembahan nyanyian dari Sarah Suhairi, yang pernah bekerjasama dengan Blimey, seorang Youtuber Korea
  • Pertandingan K-Pop Cover Dance serta sesi Random Play Dance
  • Sesi permainan dengan influencer terkenal (Nura, Hilmi dan Alisya)

Sekiranya anda berminat untuk membeli produk Korea pula, terdapat lima pengedar di gerai-gerai bazar sepanjang pesta tersebut. Lima pengedar produk Korea itu ialah Tian An Trading Sdn Bhd, Nguan Seng (1990) Sdn Bhd, KMT Jaya Sdn Bhd, Sing Long Food Product Sdn Bhd, dan Khaishen Trading Sdn Bhd.

Hari kedua bakal menyaksikan pusingan awal untuk Pertandingan K-Pop Cover Dance, dengan 10 kumpulan / peserta solo bersaing untuk menjadi juara. Bagi pusingan akhir, hanya lima peserta kumpulan / solo yang akan layak bertanding.

Para juri termasuk seorang wakil dari aT Kuala Lumpur Centre, Iylia dari Kueendom dan Kingsman, dan juga Pengajar Tarian K-Pop Profesional, Snow.

Bagi orang ramai yang gemar menari, acara ini juga akan mengadakan sesi Random Play Dance bersama penari.

K-FOOD Fair 2022 Activities

Untuk hari ke-3, antara aktiviti kemuncak termasuk sesi permainan bersama influencer iaitu Hilmi, Nura, dan Alisya. Sesi permainan ini akan bermula pada jam 3.30 petang hingga 5.30 petang. Orang ramai akan dijemput oleh mereka untuk bermain bersama.

Setiap seorang influencer akan memilih empat orang dari khalayak ramai secara rawak sebagai ahli kumpulan mereka. Ketiga-tiga kumpulan kemudiannya akan bersaing dalam dua jenis permainan; iaitu Teka Imej dan Teka Gerak Isyarat Badan.

Pemenang akan menerima baucar beli-belah atau beg beli-belah strawberi K-FOOD Fair yang eksklusif.

Pada hari yang terakhir ini, pengunjung bakal menyaksikan pusingan akhir Pertandingan K-Pop Cover Dance. Lima peserta (kumpulan atau solo) yang berjaya ke pusingan ini akan bersaing untuk menjadi pemenang utama dan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai di antara RM1,000 hingga RM5,000.

Jom ke K-FOOD Fair 2022

Jangan ketinggalan untuk bermain permainan tradisional Korea sepanjang empat hari pesta berlangsung, seperti Tuho, Dalgona, Ddakji dan Jegichagi. Sesi Kuiz Korea melalui Kahoot juga akan dianjurkan di pesta ini, dan pemenang akan menerima baucar hadiah atau Beg Strawberi K-FOOD Fair yang istimewa.

Seterusnya ialah persembahan tarian cover K-pop oleh Kueendom dan Kingsman yang mengikuti rentak lagu-lagu K-pop popular oleh BTS, Blackpink, EXO, PSY, TVXQ dan New Jeans. Terdapat dua persembahan setiap hari pada masa yang berbeza.

Sesi demonstrasi memasak yang interaktif oleh Chef Jiale akan diadakan setiap hari; dengan satu demo di atas pentas dan satu lagi merupakan sesi dapur terbuka di mana pengunjung boleh menikmati air tangan Chef Jiale.

Beliau akan memasak masakan Korea dan hidangan fusion dengan sentuhan Korea menggunakan produk Korea daripada pengedar di Malaysia. Demonstrasi masakan akan diakhiri dengan sesi cubaan makanan untuk orang ramai.

Untuk maklumat lanjut tentang Pesta K-FOOD 2022 ini, sila layari www.mykfoodfair.com

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

One thought on “Jom ke K-FOOD Fair 2022 di Sunway Pyramid Mall

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *