April 26, 2024

Kini Lebih Jimat Bila Makan Di Luar Bersama pandapro

Order foodpanda

Korang biasa order makanan melalui aplikasi foodpanda? Korang dah upgrade kepada pandapro ke belum?

Kalau belum, apa kata korang upgrade kepada pandapro untuk nikmati lebih penjimatan dan masa yang sama berpeluang untuk Boleh Menang Rumah Kondominium 3-bilik!

Sejak pendemik melanda negara, kita dah terbiasa untuk order makanan hantar ke rumah berbanding makan diluar. Dan ini mungkin menyukarkan anda untuk mengetahui kehadiran kedai makan terbaharu sekitar kediaman anda.

Oleh itu, foodpanda Malaysia pastinya tidak mahu anda terlepas peluang menerokai beberapa buah kedai makan terbaharu di kawasan tumpuan yang popular di sekitar anda. Dengan pandapro, kini anda boleh memenuhi citarasa anda sambil menikmati diskaun tetap 25 peratus untuk bil makan di rumah anda.

Nah! Inilah yang dinamakan meraikan diri dengan cara panda!

“Saya pasti ramai yang merindui untuk menikmati sajian di restoran semasa pandemik seperti juga restoran yang merindui untuk melayan pelanggan. Dengan adanya manfaat menikmati sajian di restoran, kami harap lebih ramai pelanggan akan mengunjungi restoran untuk menikmati sajian kegemaran masing-masing dengan orang tersayang,” – Jay Ar, Pengarah Komersial Kanan foodpanda Malaysia.

Delifrance Publika

Anda boleh melihat ciri-ciri makan di restoran pada senarai restoran-restoran popular.

Bro bercakap tentang kedai makan popular seperti Dave Deli, Santan, Carls Jr, Syed Bistro dan banyak lagi. Bro juga tidak ketinggalan untuk luangkan masa makan disalah satu restoran yang dicadangkan pada aplikasi foodpanda sambil menikmati diskaun yang ditawarkan.

The Bee Publika

Untuk menebus diskaun, anda perlu menjadi pengguna pandapro. Kemudian anda perlu klik pada pilihan ‘Dine-In’ yang tersedia di aplikasi utama foodpanda dan pilih tawaran yang diingini.

Setelah membuat pilihan, anda dikehendaki untuk mengimbas ID penebusan di restoran untuk pengesahan tawaran dan diskaun akan ditunjukkan semasa pembayaran. Sejujurnya ini merupakan transaksi tanpa sentuh yang mudah.

Dengan pandapro, membolehkan sesiapa sahaja jadi seperti seorang yang pro. Pelan langganan ini bukan sahaja menawarkan tawaran yang menarik tetapi juga penjimatan yang hebat.

Para pelanggan pandapro juga boleh menikmati faedah-faedah lain yang menarik termasuk :-

  • Penghantaran percuma untuk pesanan lebih RM25 untuk 30 pesanan sebulan
  • Diskaun 15%untuk restoran-restoran terpilih
  • Diskaun tambahan 5% untuk pesanan yang diambil sendiri di restoran-restoran yang mengambil bahagian
  • Diskaun 20% untuk pandamart bagi tempatan melebih RM45 dengan 2 baucar sebulan.

Bukan itu sahaja!

Pastikan anda sentiasa bersedia dengan tawaran istimewa termasuk tawaran promosi sehingga 35% untuk rakan kongsi terpilih sempena sambutan Krismas dan Tahun Baharu yang akan tiba tidak lama lagi.

Tunggu apa lagi? Hanya sentuh pada aplikasi untuk melanggan pandapro dan nikmati diskaun menarik lebih daripada 700 buah restoran di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari www.foodpanda.com

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *