September 25, 2023

Aston Martin Raikan Penampilan Sulung i8 Vantage GT4 Bersama Peminat

i8 Vantage GT4

Aston Martin Racing Asia, raikan penampilan sulung i8 Vantage GT4 di Thailand Super Series 2022 menerusi acara gilang-gemilang bersama peminat di Litar Antarabangsa Sepang, Malaysia.

Untuk pengetahuan anda,

Dalam perlumbaan pertama penuh aksi dan mendebarkan yang diadakan antara 27 Oktober hingga 30 Oktober di Litar Antarabangsa Chang di Buriram, Bangkok, i8 Vantage GT4 yang dipandu Adam Khalid telah berjaya menduduki tempat ketiga dalam Kelas GTC Production.

Aston Martin i8 Vantage GT4 merupakan sebuah kereta yang dibina khusus untuk perlumbaan litar yang ekstrem.

Ia berjaya mempamerkan prestasi tinggi dengan enjin V8 4.0 liter yang lebih besar dan suspensi yang dinaik taraf, sekaligus menyediakan pakej aerodinamik yang lebih baik di arena.

Aston Martin i8 Vantage GT4

Adam Khalid i8 Vantage GT4
Bersama Adam Khalid, Pemandu Pasukan Aston Martin i8 Vantage GT4

“Saya berterima kasih kepada Aston Martin Racing Asia dan penaja kami kerana telah memberikan kepercayaan kepada saya untuk memandu i8 Vantage GT4 ke tahap maksima di Thailand Super Series 2022.

Saya berasa bangga dapat bekerjasama dengan pasukan yang hebat dan berpeluang membawa pengalaman ini pulang ke Malaysia. Di sinilah tempat saya mula mengembara dengan sokongan ramai pemandu yang berpengalaman,” – Adam Khalid, Pemandu Pasukan Aston Martin i8 Vantage GT4.

Beliau berharap dapat mencipta sejarah dengan i8 Vantage GT4 dalam perlumbaan seterusnya pada bulan Disember.

Berjaya menawan lebih 20 penamat podium dan meraih pelbagai kemenangan dalam kerjaya perlumbaannya, Adam telah membuat pendakian menakjubkan dalam tangga perlumbaan auto Asia.

Dalam jangka masa yang singkat, beliau merangkul anugerah “Rookie of the Year”, menjuarai Festival Kelajuan sebanyak tiga kali dan menjadi pemenang dua kali Kejohanan Endurance Malaysia. Pengalamannya kini melonjak jauh apabila beliau merentas batasan dengan i8 Vantage GT4.

Semasa acara di Litar Antarabangsa Sepang, para peminat telah berpeluang untuk mendekati dan menyaksikan kehebatan i8 Vantage GT4 melalui interaksi langsung bersama pemandunya, Adam Khalid dan pasukan perlumbaan beliau.

With Weiron Tan Aston Martin Racing Asia
Bersama Weiron Tan, Pengetua Pasukan Aston Martin Racing Asia

Peminat bertuah diberi peluang eksklusif, sekali seumur hidup menaiki satu-satunya i8 Vantage GT4 yang dipandu mengelilingi Litar Antarabangsa Sepang oleh Weiron Tan, Pengetua Pasukan Aston Martin Racing Asia.

Kedudukan Aston Martin Racing Asia sebagai perintis dan visinya untuk menguasai arena perlumbaan diperkukuhkan dengan sokongan berterusan daripada para penaja, media, pempengaruh dan peminat dari seluruh dunia.

Ditunjang usaha R&D, teknologi, sumber dan pengalaman yang luar biasa, i8 Vantage GT4 bersedia untuk mencatat sejarah dalam baki pusingan Siri Super Thailand 2022.

“Ini adalah masa yang sangat menarik untuk Aston Martin Racing Asia. Kemunculan pertama i8 Vantage GT4 dalam Siri Super Thailand 2022, dengan kerjasama penaja sokongan kami, kami berasa teruja dapat berkongsi kegembiraan bersama seluruh rakyat Malaysia.

i8 Vantage GT4 direka untuk mempamerkan ketelitian, kewibawaan dan keseronokan di litar lumba. Kami sangat gembira dapat menyampaikan emosi ini kepada para peminat di Sepang,” – Weiro Tan, Pengetua Pasukan Aston Martin Racing Asia.

Weiron Tan Aston Martin Racing Asia
Weiron Tan, Pengetua Pasukan Aston Martin Racing Asia, dan Sanjay Pattis, CEO EMTREZ

Untuk terus meraikan penampilan sulung i8 Vantage GT4 yang istimewa dalam Thailand Super Series 2022, seorang pemenang bertuah bakal memiliki Aston Martin Vantage GT4 dan pendaftaran percuma dalam Program Pengalaman Latihan Perlumbaan serta hadiah-hadiah lain bernilai sehingga USD1,000,000.

Untuk maklut lanjut mengenai Aston Martin i8 Vantage GT4, anda boleh layari laman web www.astonmartinracingasia.com.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *