April 26, 2024

Festival Ramadan Klang 2015 di GM Klang Meriah

Festival Ramadan Klang 2015 di GM Klang
Festival Ramadan Klang 2015 di Pusat Pemborong GM Klang mendapat sambutan yang mengalakkan dari pengunjung GM Klang.

Ianya telah berlangsung mulai 26 Jun sehingga 12 Julai 2015 membolehkan pengunjung mendapat lebih pilihan untuk memeriahkan hari raya mereka tahun ini.

Festival Ramadan Klang kali ini mendapat kerjasama dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Projek Iqra’ dan Women International Network (WIN).

Pada majlis perasmian Festival Ramadan Klang 2015.

Turut dihadiri sendiri oleh Pengarah Urusan Gamuda GM Klang Sdn Bhd sendiri selaku penganjur iaitu Yang Berbahagia Dato’ Lim Seng Kok disamping Yang Berusaha Dr. Leong Khai Hin, Pressiden Klang Chinese Chamber of Commerce Industry (KCCCI) dan wakil-wakil yang menjayakan festival kali ini.

Festival Ramadan Klang 2015

Festival Ramadan Klang 2015 kali ini berkonsepkan ‘balik kampung’ menyediakan lebih kurang 120 buah gerai jualan barnagan persiapan raya dan juga juadah berbuka puasa.

Para pengunjung bukan saja berpeluang membeli belah tetapi juga dapat berhibur melalui program-program yang diadakan sepanjang 17 hari festival ini berlangsung.

Diantaranya program berunsurkan ilmiah seperti tazkirah Ramadan, Malam Selawat Rasul bersama AL-Mawlid dan Habib Najmuddin, dan bacaan Al-Quran oleh pelajar-pelajar Taffiz.

Festival Ramadan Klang 2015 di GM Klang
Bacaan ayat suci Al-Quran sebelum masuknya waktu berbuka.

Tidak lupa juga program santai seperti persembahan akusitik dan nasyid, sesi bermoreh bersama selebriti Malaysia dan tidak lupa juga aktiviti untuk kanak-kanak.

Festival Ramadan Klang 2015 di GM Klang

Sesi kanak-kanak beramah mesra dengan maskot-maskot karektor popular di Malaysia.

Cer teka, siapa mereka?

Selain bergambar, ada beberapa aktiviti yang dijalankan bersama maskot ini. Diantaranya sesi soal jawab berkaitan cerita yang dibawa oleh karaktor-karektor popular ini.

Nampak gaya, kena banyak tengok kartun selepas ini.

Sebelah malamnya pula diadakan persembahan dari beberapa selebriti yang terkenal di Malaysia.

Festival Ramadan Klang 2015 di GM Klang

Festival Ramadan Klang 2015 di GM Klang

Peserta Projek Iqra’ Diraikan

Untuk pengetahuan anda, peserta-peserta Projek Iqra’ pada tahun ini telag memilih Pusat Pemborong GM Klang sebagai salah satu destinasi untuk projek mereka.

Melalui Projek Shopping Raya ini, mereka berpeluang untuk membeli persiapan raya di Pusat Pemborong GM Klang melalui sumbangan yang diterima oleh pihak Projek Iqra’.

Istimewanya, mereka diberi peluang untuk membeli barangan yang mereka inginkan pada harga yang lebih murah sebagai satu usaha untuk membantu meringankan beban mereka.

Pusat Pemborong GM Klang turut memberi duit raya kepada setiap peserta yang terlibat.

Festival Ramadan Klang 2015 di GM Klang

Duit raya turut diberikan kepada anak-anak yatim dari Persatuan Maahad Tahfiz Al-Munirah yang turut diraikan pada majlis tersebut.

Festival Ramadan Klang 2015 di GM Klang

Bagi pelanggan yang hadir,

Mereka boleh dapatkan bubur lambok yang mula diedarkan seawal 6 petang secara percuma.

Menurut Dato’ Lim Seng Kok,

Festival ini mensasarkan objektif untuk merapatkan hubungan kemasyarakatan.

Festival Ramadan Klang 2015 di GM Klang

Jadi pengisian program sepanjang festival ini dipenuhi dengan elemen-elemen yang dapat memupuk nilai-nilai murni dikalangan masyarakat dan seterusnya diharapkan dapat membentuk sebuah masyarakat yang harmoni.

Festival ini akan bermula jam 3 petang pada Isnin hingga Jumaat dan seawal 11 pagi pada SAbtu dan Ahad dan berakhir pada jam 11 malam.

Dalam masa yang sama, operasi perniagaan Pusat Pemborong GM Klang akan dilanjutkan sehingga pukul 10 malam setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sepanjang festival ini berlangsung.

Festival Ramadan Klang 2015 di GM Klang

Jom sama-sama kita meriahkan Festival Ramadan Klang 2015 bersama keluarga sempena hari raya yang bakal tiba ini.

Pusat Pemborong GM Klang
Bandar Botanic, GM Klang Wholesale City, Jalan Kasuarina 1,
41200 Klang, Selangor, Malaysia

Phone : +60 3-3325 1788

Website : www.gmklang.com

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

One thought on “Festival Ramadan Klang 2015 di GM Klang Meriah

  1. Rakan sepejabat yang meniaga ambil barang di GM Kelang. Katanya murah tetapi nak ke sana jauhlah pula. Untunglah orang sekitar Kelang sebab ada GM Kelang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *