February 7, 2025

Festival Gempita Hulubalang Melayu Dataran Segamat

Festival Gempita Hulubalang Melayu di Dataran Segamat
Pertubuhan Komuniti Belia 1 Malaysia telah menganjurkan Festival Gempita Hulubalang Melayu di Dataran Segamat pada 12 Jun 2015.

Festival ini melibatkan seramai 500 pesilat dari 12 pertubuhan silat yang terdapat di daerah Segamat, Ledang dan Muar.

12 pertubuhan silat yang terlibat adalah :-

  1. Silat Sendeng
  2. Silat Gayong
  3. Silat Singkalong Helang Putih
  4. Silat Cimandi Sunting dan Mega
  5. Silat Harimau
  6. Silat Cimandi
  7. Silat Lok 9
  8. Silat Jawa
  9. Gerak 1 Betawi
  10. Silat Gayong Kalimah Selatan
  11. Silat Berembang Warisan
  12. Silat Gerak Lincah

Selain pertubuhan silat, turut terlibat sama menjayakan festival ini dari Sungai Buluh Bikers Club dan Segamat Bikers Club

Festival Gempita Hulubalang Melayu di Dataran Segamat

Tujuan festival ini diadakan untuk mengangkat kembali martabat persilatan Melayu lama yang sekian lama hilang dek zaman.

Kekurangan golongan belia yang ingin meneruskan perjuang memartabatkan seni mempertahankan diri ini menyebabkan ianya makin hilang dan dilupai.

Festival Gempita Hulubalang Melayu di Dataran Segamat

Festival Gempita Hulubalang Melayu turut menerima kehadiran artis tempatan seperti Nasir Bilal Khan (Tanah Kubur) dan Ruzaidi Abd Rahman (Pelakon/Pesilat Negara). Tidak lupa juga kepada pelakon Azlan Komeng yang juga merupakan pesilat.

Kehadiran mereka bukan sahaja memeriahkan, bahkan menyemarakan lagi kehanggatan Festival Gempita Hulubalang Melayu.

Festival Gempita Hulubalang Melayu di Dataran Segamat, Johor

Selain itu, terdapat beberapa pameran diadakan disini,

Antaranya adalah pameran dari majalah silat, senjata seperti keris, parang dan tombak serta demontrasi membuat sarung keris dan golok.

Festival Gempita Hulubalang Melayu Dataran Segamat

Festival Gempita Hulubalang Melayu di Dataran Segamat, Johor

Bro yang merupakan bekas pesilat dan juga jurulatih muda Silat Seni Gayung Malaysia tidak melepaskan peluang ini untuk datang membuat liputan di Festival Gempita Hulubalang Melayu.

Turut hadir bersama beberapa orang rakan blogger dari Kuala Lumpur.

Festival ini dimulakan dengan konvoi bermotor oleh Sungai Buluh Bikers Club yang datang dari Kuala Lumpur dan Segamat Bikers Club.

Kemudian diikuti oleh perarakan perbarisan oleh pesilat bagi setiap gelanggang masuk ke dataran mengikut pertubuhan.

Festival Gempita Hulubalang Melayu di Dataran Segamat, Johor

Perarakan ini dikepalai oleh Nasir Bilal Khan (Tanah Kubur) dan Ruzaidi Abd Rahman (Pelakon/Pesilat Negara) bersama-sama mahaguru silat.

Sebelum persembahan bermula, upacara istiadat pembukaan gelanggang dimulakan oleh wakil dari PESAKA Segamat.

Kemudian diikuti oleh persembahan tari festival oleh wakil-wakil gelanggang dengan tari yang digubah khas oleh PESAKA Segamat.

Ianya dilakukan serentak oleh semua wakil gelanggang sebagai simbolik penyatuan gelanggang persilatan.

Tetamu yang hadir turut disajikan dengan persembahan jurus silat dari setiap gelanggang persilatan yang menyertai Festival Gempita Hulubalang Melayu ini.

Festival Gempita Hulubalang Melayu di Dataran Segamat, Johor

Festival Gempita Hulubalang Melayu di Dataran Segamat, Johor

Festival Gempita Hulubalang Melayu di Dataran Segamat

Paling mendapat sambutan,

Anak kecil berusia 3 tahun dari Pertubuhan Seni Silat Panglima Bugis, tanpa segan dan silu mempersembahkan aksi silat beliau berseorangan diatas gelangang.

Walaupun masih kecil, beliau mampu mengingati setiap pergerakan dalam silat yang diajarkan kepada beliau.

Kredit video buat Naomielicouz.

Festival Gempita Hulubalang Melayu di Dataran Segamat, Johor

Maka berakhirnya sudah aktiviti pada sebelah petangnya.

Gambar beramai-ramai sebelum bersurai untuk bersiap sedia untuk upacara pada sebelah malamnya pula.

Malam Kemuncak Festival Gempita Hulubalang Melayu

Festival Gempita Hulubalang Melayu di Dataran Segamat, Johor

Pada malam kemuncak Festival Gempita Hulubalang Melayu,

Ianya telah dirasmikan oleh YB Norshidah Bt Ibrahim – ADUN Buloh Kasap yang mewakili Datuk Ayub bin Rahmat – ADUN Kemelah merangkap Exco Kesihatan dan Rekreasi Negeri Johor.

Turut sama, Presiden Pertubuhan Komuniti Belia 1 Malaysia (PKB1M), En Razale Bin Ahmad.

Festival Gempita Hulubalang Melayu di Dataran Segamat, Johor

Festival Gempita Hulubalang Melayu di Dataran Segamat, Johor

Tetamu yang hadir pada malam ini, disajikan dengan persembahan silat dari artis jemputan dan mahaguru.

Berbagai aksi mencuit hati dipamerkan oleh artis dan mahaguru ketika mereka bersilat di gelangang. Yang pasti, tetamu yang hadir tidak berganjak sehingga aktiviti sebelah malamnya selesai.

Festival Gempita Hulubalang Melayu di Dataran Segamat, Johor

Selain itu,

Terdapat juga persembahan pertempuran senjata yang mampu memukau penonton dari pesilat-pesilat yang hadir.

Presiden Pertubuhan Komuniti Belia 1 Malaysia (PKB1M), En Razale Bin Ahmad

Menurut Presiden Pertubuhan Komuniti Belia 1 Malaysia (PKB1M), En Razale Bin Ahmad,

Tujuan diadakan Festival Gempita Hulubalang Melayu, bagi memberi pendedahan kepada golongan belia tentang aktivti sihat dan kepentingan mengekalkan tradisi turun menurun melalui silat.

Dalam masa yang sama, ianya dapat mengurangkan gejala yang kurang sihat dari kalangan belia, terutamanya belia Melayu.

Dengan aktiviti seperti ini, dapat mengeratkan perpaduan sesama belia dalam masa yang sama mengukuhkan intergriti sesema Melayu walaupun berlainan fahaman politik mahupun ilmu persilatan.

Festival Gempita Hulubalang Melayu tamat pada pukul 12 tengah malam dengan persembahan penutup dilakukan oleh pelakon Azlan Komeng.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

One thought on “Festival Gempita Hulubalang Melayu Dataran Segamat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *