Baru-baru ini singgah sebentar di Restoran Tempayan yang terletak di Bandar Baru Sg Buloh untuk berjumpa dengan rakan-rakan blogger yang dah lama tak jumpa.
Alang-alang berjumpa, perkena Lempeng Kari Ayam yang turut disajikan disini sebegai pilihan untuk minum petang pada harga RM4.
Rasa macam dah lama tak perkena lempeng.
Bukan dekat rumah, tak pernah masak. Cuma, agak rare nak jumpa lempeng dijual diluar lagi-lagi sejak duduk di pinggir ibu kota.
Memang enak menikmati lempeng diwaktu petang, sambil perkena kopi O panas, lagi-lagi waktu hujan.
Perghhhh…!!! Baru terasa feelnya.
Disebabkan, waktu Bro pergi tak hujan. Order lagi sepinggan cucur udang yang terserlah udangnya.
Tak perlu nak korek-korek mencari udangnya. Yang pasti, ianya enak dicicah dengan sos yang disediakan. Tak cukup, boleh order lagi.
Sepinggan hanya RM2 sahaja.
Sebut pasal udang, nie Bro nak habaq mai pada hampa semua…..!!!
Sekiranya anda datang ke Restoran Tempayan Sungai Buloh pada hujung minggu, jangan lupa perkena Mee Udang Tempayan.
Nampak tak udang dekat situ?
Nampak tak….!!! Nampak tak….!!!
Bagi peminat Mee Udang, anda boleh try Mee udang Tempayan di sini pada harga RM15, Special pula pada harga RM20.
Malangnya menu ini hanya ada pada hujung minggu sahaja.
So, sekiranya anda berada di kawasan berdekatan atau terlalu di sekitar Bandar Baru Sg Buloh. Anda boleh try menu yang ditawarkan disini.
Tak susah pun nak cari tempat nie, hanya perlu waze “Restoran Tempayan Sungai Buloh”
Restoran Tempayan Sungai Buloh
7398 Tingkat Bawah, Jln 1A/3 Bandar Baru Sg Buloh
Sungai Buluh, Selangor, Malaysia
Facebook : Restoran Tempayan
No Tel : 03 6151 2221, Fax: 03 6151 2221
Bicara Bro : Jangan tanya apa kami buat dekat sini.
Tapi sini memang port yang strategik bagi anda yang ingin bersembang “business” dengan kawan-kawan sambil menikmati lempeng dan cucur udang sebagai pilihan untuk minum petang.
Lempeng kari ayam tidak pernah rasa tetapi lempeng kelapa parut memang best giler.
Nasib badan aku terlindung dengan Bro! hahahha… selamat2…