Bosan menikmati roti canai biasa setiap hari. Pasti rasa nak sesuatu yang berbeza, lebih-lebih lagi jika anda sememangnya penggemar roti canai.
Apa kata, anda mencuba sesuatu yang berbeza dengan menikmati sarapan pagi berupa roti canai tetapi berbeza pada warnanya.
Jeng jeng jeng….
Roti canai apakah itu? Berwarna-warna lagi.
Roti Canai Hipster Pak Yop
Idea datang sendiri dari anak kepada pemilik asal Restoran Pak Yop Corner Tip Top yang terletak di Pantai Dalam, yakni Puan Siti Hajar Amran.
Bro sendiri berkesempatan datang ke sini untuk merasai apa keistimewaan yang terdapat pada Roti Canai Hipster Pak Yop ini.
Kalau menikmati Roti Canai Hipster Pak Yop, jangan lupa perkena juga Teh Ais Special yang popular di Restoran Pak Yop Corner Tip Top ini.
p style=”text-align: center;”>**** iklan di Bro Framestone *****
Ingin iklan anda, dipamerkan di blog Bro Framestone seperti ini. Anda boleh PM Bro Framestone di FB.
Aksi Si Penebar Roti.
Rasanya sama sahaja seperti roti canai biasa, ianya dijual pada harga RM1 sekeping.
Yang bezanya hanya pada warna yang terdapat pada roti canai ini. Malangnya, ianya agak terhad dan disediakan jika ada permintaan (Korang kena order sendiri).
Begitu juga jika korang nak try Roti Canai Hipster Pak Yop dengan cheese.
Bukan apa,
Risau korang terkejut je bila order roti canai… Tertiba dapat roti canai yang pelik siap ada warna lagi.
Kadangkala tak semua orang boleh terima benda yang pelik sikit dekat dunia nie.
Selamat Bro nie salah seorang yang meminati makanan yang pelik sikit (janji halal). Niat nak merasa itu yang menyebabkan Bro datang sendiri ke Restoran Pak Yop.
Terima kasih kepada rakan Bro…. Nurfarhana kerana sudi memperkenalkan Roti Canai Hipster Pak Yop yang berwarna warni pada Bro.
Sanggup dari Rawang, datang ke sini.
Selain Roti Canai, terdapat juga hidangan yang anda boleh nikmati disini bila bersarapan pagi.
Antaranya Nasi Lemak dan juga Lontong.
Sekiranya anda tercari-cari tempat untuk breakfast, makan tengahari ataupun dinner. Anda boleh datang ke sini.
Pak Ayob Tip Top Corner
Pantai Dalam, 59200 Kuala Lumpur,
Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter
kreatif betul roti canainya..best tak bro..
Mungkin suatu hari akan ada roti canai berperisa strawberry, durian dan sebagainya berbanding warna.
Roti canai pun boleh buat hipster juga yea?
waahhhh,,, kelihatannya lezaattt,,,,
cuma tak nampak perkataan sedap disitu..ohoh
best giler…sayang pulak nak makan…hehehe
Pantai Dalam tu area mne?
aiyo, roti canai pun hipster haha. eh dekat pantai dalam. dekat je ngan office aku
roti canai warna warni nampak sedap ni… tak jumpa lagi kat kedah ni… nak g rawang jauh la pulak
Ini dekat Pantai Dalam, berdekatan Bangsar. Bukan dekat Rawang