April 17, 2024

Grilled Butter Chicken Katsu Henshin Kembali Beraksi di The Chicken Rice Shop

Grilled Butter Chicken Katsu Henshin

Henshin…!!!

The Chicken Rice Shop (TCRS) kembali dengan menu Grilled Butter Chicken Katsu Henshin. Hidangan istimewa ini boleh didapati dari cawangan TCRS seluruh negara mulai 7 November 2022 hingga 8 Januari 2023.

Baru-baru ini, Bro sempat luangkan masa bersama makan bersama kawan-kawan di cawangan The Chicken Rice Shop, Sunway Pyramid.

TCRS Grilled Butter Chicken Katsu Henshin

Alang-alang kami order set C Grilled Butter Chicken Katsu Henshin dimana set ini untuk 4 orang makan. Dalam set ini, kami dapat :-

  • 1x Grilled Butter Chicken Katsu Henshin
  • 1/4 Ayam (Boleh pilih : Roast/Steamed/Soy Sauce)
  • Nyonya Pai Tee (besar)
  • Penang Rojak (besar)
  • Penang Famous Chicken Rolls
  • Pak Choy with Oyster Sauce (besar)
  • 4x Nasi
  • 4x Soup of The Day

Kenapa Grilled Butter Chicken Katsu Henshin?

Kenapa Grilled Butter Chicken Katsu Henshin

Kalau ikutkan, sudah 15 tahun Grilled Butter Chicken diperkenalkan di The Chicken Rice Shop, cuma kali ini ia didatangkan kembali dengan citarasa baharu yang pasti memukau.

Grilled Butter Chicken Katsu Henshin ini merupakan kombinasi terbaik antara isi ayam dan tepung roti katsu.

Manakala perkataan Henshin pula datang dari bahasa jepun (yang bermaksud transformasi) dan ia kerap digunakan apabila watak-watak superhero jepun berubah daripada manusia biasa kepada adiwira yang hebat dan berkuasa.

Grilled Butter Chicken Katsu Henshin baharu ini lebih rangup, lebih berperisa dan pasti memikat citarasa korang. Ia turut disempurnakan lagi dengan salutan sos mentega keemasan dengan taburan daun kari dan cili merah.

Passion Henshin

Untuk melengkapkan hidangan Grilled Butter Chicken Katsu Henshin ini, korang boleh add-on minuman Passion Henshin pada harga RM3.90.

Atau, korang boleh pesan air ini secara A la Carte pada harga RM9.90

Cosplay The Chicken Rice Shop IOI City Mall

Kejutan di The Chicken Rice Shop IOI City Mall dimana Pemain Cosplay tempatan hadir dan memeriahkan kempen ini dengan mengejutkan pelanggan dengan menghidangkan Grilled Butter Chicken Katsu Henshin kepada mereka.

Ianya sempena meraikan pelancaran makanan kegemaran orang ramai ini yang kini kembali dengan resipi yang istimewa.

Selain menjamu pelanggan dengan hidangan yang pasti akan menawan hati keluarga dan rakan-rakan mereka, TCRS juga akan mengadakan Cabaran #GBCKatsuHenshin di platform media sosial mereka.

Di mana korang berpeluang memenangi baucar TCRS untuk menikmati Grilled Butter Chicken Katsu Henshin di outlet TCRS terdekat.

Untuk maklumat lanjut tentang Grilled Butter Chicken Katsu Henshin dan Cabaran #GBCKatsuHenshin, sila layari www.thechickenriceshop.com atau halaman Facebook The Chicken Rice Shop.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *