October 10, 2024

David Teo Buat Comeback Dengan Lagu ‘My Love My Baby’

B5 feat David Teo

David Teo buat comeback guysssss….!!!

Sebelum ini, lagu nyanyian beliau pernah viral seperti lagu Kacang, Lagu Kawan Lama dan Lagu Besar Kepala yang diterbitkan oleh Metrowealth International Group (MIG), kini MIG kembali menerbitkan sebuah lagu yang berjudul My Love My Baby.

Cuma kali ini, David Teo tidak keseorangan.

Beliau berganding bersama kumpulan baru B5 sebagai penampilan khas yang turut dianggotai oleh Dai Fuad, Suhaimi Azmi, Chumiee dan Aaliyah Natasha.

Kumpulan B5
Dari kiri : Dai Fuad, Suhaimi Azmi, Chumiee dan Aaliyah Natasha.

Siapa pula mereka ni? Dari mana pula datangnya?

Untuk pengetahuan korang, keempat-empat ahli kumpulan B5 ini terdiri dari artis dibawah naungan MIG yang dipilih berdasarkan bakat nyanyian dan kemudian digandingkan sebagai satu kumpulan.

Lagu My Love My Baby

B5, David Teo dan Amy Ukays

My Love My Baby ini sebuah lagu yang ditulis oleh salah seorang ahli kumpulan B5, yakni Dai Fuad dan turut di bantu oleh Amy Ukays sebagai composer.

Konsep lagu My Love My Baby ini merupakan sebuah konsep yang diinspirasikan hasil gabungan David Teo dan juga Amy Ukays sendiri. Selain mengetengahkan konsep latin, lagu ini juga turut membawa konsep baharu yang cuba disampaikan oleh B5.

“Lagu ini merupakan sebuah lagu yang awalnya hanya dijadikan sebagai hiburan kepada diri sendiri, namun setelah lagu ini siap sepenuhnya, saya melihat lagu My Love My Baby ini lebih dekat dan kerap terjadi di sekeliling kita pada masa kini iaitu sebuah perjalanan dan permulaan cinta.” – Dai Fuad

Lagu ‘My Love My Baby’ ini sudah berada di beberapa platform digital seperti ITUNES, SPOTIFY, INSTAGRAM dan juga TikTok.

Manakala Official Music Video pula, akan mula ditayangkan secara rasmi di Akaun Youtube Metrowealth Pictures pada 12 November 2022 (Sabtu).

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *