July 24, 2024

Demam Bola Sepak dengan Kempen World Cup Ikut sooka

Kempen World Cup Ikut sooka

Nikmati potongan harga sebanyak 25% untuk pelan sooka VIP TV dan saksikan kesemua 64 perlawanan secara live Piala Dunia FIFA Qatar 2022™.

sooka, aplikasi penstriman aksi sukan LIVE dan kandungan hiperlokal – kini kembali untuk meraikan Piala Dunia FIFA Qatar 2022™ yang bakal tiba.

Kempen World Cup Ikut sooka memberi peluang kepada para peminat bola sepak untuk menonton kesemua 64 perlawanan Piala Dunia FIFA Qatar 2022™ secara langsung, terus daripada peranti mudah alih anda ataupun TV pintar untuk aksi daripada pasukan kegemaran anda melalui skrin yang lebih besar.

Piala Dunia FIFA Qatar 2022™ tidak boleh dilepaskan kerana Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo bertembung buat kali terakhir untuk peluang menjulang trofi Piala Dunia.

Para peminat tegar bola sepak boleh melanggan pelan sooka VIP+Sports pada RM41.90 sebulan dan menonton kesemua 64 perlawanan. Untuk pengalaman tontonan yang lebih hebat melalui skrin TV Pintar terpilih, peminat boleh menikmati diskaun 25%* pada pelan TV VIP sooka hanya pada RM62.90 sebulan.

Promosi ini terhad sehingga 18 Disember 2022.

Peminat juga boleh mengikuti pelbagai program bola sepak eksklusif sooka seperti 'Borak sooka Botak' dan 'Old Skool sooka Bola'. Selain itu, pelanggan juga boleh memilih untuk mendapatkan Pas Perlawanan hanya pada RM9.90 setiap perlawanan sepanjang kejohanan.

sooka Bekerjasama dengan Maxis, Shopee, dan Sharp

Kempen World Cup Ikut sooka juga memperkenalkan kerjasama dengan Maxis, Shopee, dan Sharp. Maxis, penaja penyiaran Piala Dunia FIFA Qatar 2022™, akan memberikan sejuta Pas Perlawanan Live sebagai sebahagian daripada Jualan Hujung Tahun mereka yang akan bermula pada 20 November.

Sharp menawarkan langganan percuma selama sebulan untuk pelan sooka VIP TV melalui pembelian mana-mana Sharp Android TV, dan para pelangggan akan dapat menikmati promosi sooka di platform Shopee yang akan datang tidak lama lagi.

Muat turun aplikasi sooka daripada Apple Store atau Google Play Store, atau tonton aplikasi sooka melalui TV pintar Samsung, LG, Sharp dan Sony. Kesemua pelan langganan sooka adalah bebas kontrak dan tanpa komitmen.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *