Zalora bekerjasama dengan Naelofar Hijab melancarkan koleksi tudung – Naelofar For Zalora.
Koleksi ini telah dilancarkan dengan menampilkan tutorial hijab dan pameran fesyen, juga dengan kerjasama Lifebuoy telah diadakan di Hilton Kuala Lumpur.
Majestic Love – Koleksi Eksklusif Raya 2015
Koleksi sulung eksklusif bagi Raya 2015, Majestic Love mempunyai pilihan yang menarik seperti selendang yang diinspirasi daripada keindahan centa dan kasih sayang.
Koleksi ini diperbuat daripada unsur-unsur lembut dan keras, menampilkan rekaan instant shawl atau selendang segera dengan elemen bunga dan kristal Swarovski.
Terdapat 24 warna yang merangkumi pilihan warna pastel, gelap dan terang.
Peneraju fesyen tudung terkemuka di Malaysia, Naelofar Hijab telah berkembang pesat di bawah naungan pengasasnya, pelakon dan pengacara, Noor Neelofa.
Kerjasama dengan Zalora membolehkan jenama tersebut lebih dikenali dalam pasaran atas talian dan mempunyai potensi yang lebih luas untuk lebih terdedah kepada para pelanggan.
Koleksi Naelofar For Zalora boleh didapati di www.zalora.com.my bermula 11 Jun, khusus untuk hijabista di seluruh Malaysia untuk berpeluang memiliki hijab keluaran Naelofar sempena musim perayaan ini.
Bicara Bro : Memang menarik hijab keluaran Naelofar yang diperagakan disini.
Paling menarik bila dapat bersembang dengan rakan blogger adik beradik kembar iena dan ida mansor. Rasa dah lama tak jumpa mereka. Asik bersembang dengan whatsapp je.
nellofa cantekk sangat
Bro pulak? Henseemmmmmm sangat kan…..
alaaaa xde gmbr bro bergambr dngan nelofa ke
Tak sempat nak bergambar… Kena ke tempat lain.
bagus juga tak sempat, kang tak pasal pasal meroyan aku sbb bro bergambar dengan nelofa