Setelah bertahun-tahun mengenali Dayang Deno yang merupakan rakan blogger merangkap SLE / Lupus Fighter. Baru hari ini berpeluang bertemu dengan beliau di Royal Floria Putrajaya 2015.
Tujuan Bro turun ke Royal Floria Putrajaya 2015 adalah semata-mata nak berjumpa dengan beliau.
Dalam masa yang sama nak usha “bunga” yang di”pamer”kan disana.
Walaupun ramai orang yang hadir pada hari terakhir Royal Floria Putrajaya 2015, sedikit pun tak mematah semangat Bro untuk bertemu dengan Dayang Deno.
Cuma terkilan bila melihat bunga yang kurang segar masih dipamerkan disini.
Oh, Bro bukan nak cerita pasal Royal Floria Putrajaya 2015, tetapi tentang Dayang Deno
Dayang Deno – SLE / Lupus Fighter
Menurut Dayang Deno, ramai juga yang gagal jumpa tempat dimana beliau berada. Eh, apa yang sebenarnya Dayang Deno buat di Royal Floria Putrajaya 2015?
Kita tunggu Dayang Deno kongsikan di BRO – Blog Retis Official.
Blogger dari Terengganu yang agak lama juga Bro kenali.
Blogger comel cute miut nampak seperti pelajar berumur 12 tahun sedangkan kenyataannya beliau telah berumur 26 tahun (tahun 2015)
Kenapa beliau nampak muda?
Ini semua kerana penyakit SLE yang beliau hadapi sejak berumur 10 tahun lagi. Ini bermakna sudah 16 tahun beliau menyidapi SLE.
Penyakit SLE (Systemic Lupus Erythematosus) ini boleh membawa maut, dimana sehingga kini masih belum ditemui penawar untuknya. Dan pesakit terpaksa bergantung pada ubat-ubatan untuk memperlahankan SLE.
Kadangkala sembang dengan Deno buat Bro rasa sebak.
Macam mana dia boleh bertahan selama ini. Boleh mengusik dan melawak dengan Bro. Nampak ceria memanjang walaupun tiap-tiap hari terpaksa buat dialisis sendiri dirumah. Apa-apa pun teringin sangat nak berjumpa dengan beliau.
Beliau antara blogger yang aktif mempromosikan tentang kesedaran mengenai SLE di blog dan sanggup turun padang.
Ada masa, jemput singgah ke blog beliau – www.dayangdeno.com
muka muda. macam gua la, muka baru 12 tahun
Choiiiiii sangat…..
hahahahaha terima la hakikat ini bro
Ape yg dyang bt tu bro..
Nanti Bro kongsikan di Blog Retis Official
Rajin bro menjejaki rakan-rakan blogger.. Semoga Dayang Deno terus tabah menghadapi dengan penyakit SLE…
Selagi berpeluang, maka gunakan peluang yang ada ini sebaik mungkin.
Esok lusa kita tak tahu sama ada masih ada peluang atau tidak seperti mana peluang yang kita lepaskan hari ini.
saya ada sorang kawan yang isteri dia sakit LUPUS, xtahula kategori yang sama ke tak, dia kata dah lebih kurang 7 tahun (tu cerita beberapa tahun yang lalu, sekarang mungkin dah jadi 9 ke 10 tahun).
Di sebalik dugaan tu, dia adalah seorang yang berjaya dalam perniagaan dia dan isteri dia, dia tu salah seorang yang menjadi inspirasi saya bila saya down.
p/s: ingat nak buat satu entri dalam ni, nasib baik perasan yang ni ruang komen… hahahaha
Boleh je, tiada masalah…. Asalkan ianya memberi manfaat kepada semua :)
oho..baru tau ada penyakit ni..patut la..ingatkan betul-betul umur dia 12 tahun…