January 24, 2025

Jom ke Bazaar Ramadhan Rasa Kasih Aidilfitri di Bukit Bintang

Bazaar Ramadhan Rasa Kasih Aidilfitri

Bagaimana persiapan raya anda?

Jom kita ke Bazaar Ramadhan Rasa Kasih Aidilfitri di Malaysia Grand Bazaar, Pusat Bandar Bukit Bintang dari 9 April hingga 24 April 2022.

Jati, jenama beras terkemuka Malaysia dengan kerjasama Malaysia Grand Bazaar, bersama ecoBrown’s, AirAsia SANTAN, KHIND, CHJ Motors dan Gracshaw dengan bangganya memperkenalkan Bazaar Ramadhan Rasa Kasih Aidilfitri.

Hadir dengan lebih 80 gerai yang menawarkan kepelbagaian makanan dan minuman, barangan runcit, hasil seni dan kraf, koleksi busana raya, peralatan rumah dan banyak lagi jenama tempatan yang trending dan viral!

Acara yang julung kali dianjurkan di Malaysia Grand Bazaar di Pusat Bandar Bukit Bintang ini akan berlangsung dari 9 April hingga 24 April 2022 dari 10 pagi hingga 10 malam setiap hari, bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia.

Bazaar yang berkonsep unik ini menghimpunkan usahawan Malaysia yang menawarkan produk tempatan dengan sentuhan moden yang jelas.

Ia adalah bazaar yang mesti dikunjungi pada bulan Ramadhan ini, jadi simpan tarikh, pilih pakaian anda dan bersedia untuk membeli-belah! Parkir adalah percuma untuk pengunjung-pengunjung Rasa Kasih Aidilfitri Jati X MGB.

Jati menerajui Rasa Kasih Aidilfitri untuk menyokong dan mempromosi jenama dan perniagaan Malaysia, menggalakkan perbelanjaan domestik dengan memberi perhatian kepada perniagaan tempatan sambil mendidik dan meningkatkan kesedaran tentang kepelbagaian barangan dan perkhidmatan Malaysia yang berkualiti.

Pelbagai Aktivti Buat Pengunjung Bazaar Ramadhan Rasa Kasih Aidilfitri

Setiap pengunjung boleh menerima beg cenderahati dengan produk Jati Signature dan produk ecoBrown’s serta baucar dengan hanya melengkapkan ‘treasure hunt’ gerai-gerai di bazaar. Tiada pembelian diperlukan untuk giveaway ini. Terdapat juga pemberian sampul Raya eksklusif yang setiap pengumpul pasti akan mahu tambah dalam koleksi mereka.

Terdapat banyak peraduan seperti peraduan Tangkap Gambar & Menang yang menawarkan hadiah mingguan Khind Intelligence Cooker bernilai RM148, dan Jati Signature Pusa Finest Basmathi Rice (2kg) bernilai RM25.50 dengan hanya mengambil gambar di acara tersebut dan menyiarkannya ke laman sosial anda menggunakan tanda pagar #JatiMalaysia #MGB #JATIxMGB.

Buat pose terbaik anda, klik, siarkan dan anda boleh menjadi salah seorang daripada pemenang bertuah!

Peraduan Beli & Menang memerlukan pembelian dari gerai ecoBrown’s, AirAsia SANTAN, Khind, CHJ Motors atau Gracshaw untuk bertanding bagi hadiah yang merangkumi 3X motosikal berjenama bernilai RM13,000 dan 10X topi keledar motosikal berjenama bernilai RM2,200.

Bazaar Ramadhan Rasa Kasih Aidilfitri telah menarik perhatian para selebriti termasuk Sazzy Falak, Bella Astillah dan Maryam dari duo Durian Kimchi, yang kesemuanya akan berada di pelancaran pada Sabtu, 9 April 2022. Jangan lepaskan peluang untuk bertemu dengan personaliti ini.

Jadilah rakyat Malaysia yang sejati, sokong jenama tempatan, mulakan dengan menuju ke Bazaar Ramadhan Rasa Kasih Aidilfitri di Malaysia Grand Bazaar, Pusat Bandar Bukit Bintang dari 9 April hingga 24 April 2022.

Jangan lupa untuk ikuti Facebook Jati dan di Instagram @jatirice.

Nota Kaki : Bro juga akan ada di sana nanti bersama selebriti yang turut hadir. Tengah fikir, nak shopping apa dekat sana nanti.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *