SUUNTO 5 Peak : Lebih ringan, nipis, tahan lebih lama – Pengembaraan Bermula Di Sini dengan jam tangan sukan GPS baharu yang direka untuk melengkapi perjalanan anda ke arah kecergasan.
Apabila bercakap mengenai jam tangan sukan, setiap peminat tegar kecergasan pastinya bersandarkan kepada standard emas ini: Jam tangan yang direka bentuk dan padat dengan ciri terbaik namun tidak menghalangnya dengan penggunaan yang rumit.
SUUNTO, peneraju global dalam jam tangan sukan, komputer selaman dan instrumen ketepatan, terus menjadi penanda aras menerusi keluaran terbarunya, SUUNTO 5 Peak.
Direka bentuk untuk membimbing pencinta kecergasan ke arah mencapai matlamat kecergasan mereka, ia padat dengan mod dan ciri yang mudah untuk dinavigasi dan juga merupakan salah satu model jam tangan paling ringan dengan berat hanya 39 gram!
Jam tangan ringan itu juga menawarkan hayat bateri sehingga 100 jam, menampilkan reka bentuk anggun sesuai dengan warisan Nordic SUUNTO dan pilihan aksesori tali jam bergaya yang boleh ditukar dengan mudah.
Dihasilkan sepenuhnya di Finland, evolusi model jam tangan SUUNTO 5 ini direka untuk mereka yang sentiasa aktif di luar dan ingin meneroka rupa bumi baharu serta mencapai matlamat kecergasan peribadi dengan selamat dan yakin.
Sama ada untuk berlari, mendaki, berjalan kaki, berbasikal atau larian denai, SUUNTO 5 Peak memastikan anda
mempunyai segala-galanya di pergelangan tangan anda untuk menemani anda pada setiap masa.
Ciri menarik pada jam ini ialah kawalan muziknya yang memastikan anda mempunyai kawalan lagu yang tepat ketika memakainya manakala ciri navigasi GPSnya turut termasuk petunjuk navigasi lengkap memastikan anda selamat di laluan anda tanpa perlu risau terpesong atau tersesat.
Jam ini digabungkan dengan aplikasi SUUNTO dan peta 3Dnya, membolehkan seseorang menemui laluan popular dengan mudah, merancang dan kemudian memindahkannya ke jam tangan.
Sesuai dengan ciri DNA SUUNTO, jam tangan SUUNTO 5 Peak dibina untuk menahan semua keadaan cuaca dengan bezel keluli tahan karat yang tahan lama dan kalis air sehingga 30m.
Ia juga serasi dengan sensor basikal SUUNTO dan tali pinggang pintar supaya penggunanya boleh mendapat lebih banyak kelebihan daripada setiap pengembaraan mereka.
Sebagaimana setiap orang mempunyai corak pengembaraan yang berbeza, SUUNTO 5 Peak didatangkan dengan enam warna tali jam yang berbeza, termasuk tali pertama SUUNTO yang dibuat dengan bahan buangan dalam pengeluaran tali jam.
Jika pilihan itu tidak mencukupi, terdapat sembilan lagi aksesori tali jam bersaiz 22mm yang serasi untuk disesuaikan dengan mood anda.
Untuk tempoh masa yang terhad sahaja, pelanggan akan menerima tikar yoga dengan pembelian SUUNTO 5 Peak. Jam tangan berharga RM1,499 itu boleh didapati untuk pembelian dalam talian di Lazada.