March 29, 2024

Tawaran Menarik Dari foodpanda Sepanjang Ramadan

FoodPanda

foodpanda Malaysia menyambut bulan Ramadan dengan pelbagai tawaran yang menarik bagi masa terhad sahaja!

Para pengguna kini boleh menikmati tawaran sukar ditolak sepanjang bulan April apabila membuat pesanan untuk hidangan berbuka puasa.

Berikut adalah beberapa tawaran untuk masa terhad sahaja yang menarik bagi mereka yang ingin menikmati sepanjang bulan Ramadan:

Honest Bowl – Dapatkan Kari Ayam Hijau Thai istimewa bersama nasi, Kari Ikan Merah Thai dengan nasi lemak, nasi sambal paru atau nasi sambal udang sepanjang bulan Ramadan dari Honest Bowl.

Juga boleh didapati adalah Kombo untuk 2, di mana para pengguna boleh memilih mana-mana 2 daripada hidangan terhad Ramadan ini dengan minuman, kurma dan berliner (donat berinti).

Starbucks – Minuman edisi terhad ini adalah khas untuk peminat strawberi. Tingkatkan pengalaman kopi Starbucks anda dengan Strawberry Dream Crème Frappuccino.

Minumam Instagrammable ini bukan sahaja manis dan berbuah, tetapi ia diperbuat daripada lapisan Krim Vanila Frappuccino, Strawberi Dream dan diakhiri dengan taburan gula manik berwarna pastel di atasnya.

The Chicken Rice Shop – Tak tahu nak berbuka dengan apa? Nikmati rasa ayam yang lembut, berjus dan berperisa apabila anda memesan set Ayam Mubarak istimewa dari Chicken Rice Shop. Percayalah, anda tidak akan dapat yang lebih baik daripada ini!

Old Town – Hidangan Buka Puasa anda akan lebih hebat dengan Kombo Istimewa Ramadan dari Old Town. Jangan lepaskan peluang ini! Mereka juga memberi satu tin Kopi Hazelnut percuma dengan pesanan terpilih.

Hidangan ready-to-eat (RTE) dari pandamart

Nikmati sajian kegemaran rakyat Malaysia untuk berbuka puasa dengan hidangan yang ready-to-eat (RTE) dari pandamart. Nikmati Warisan Bonda Pau Pau Bandung yang menyegarkan untuk berbuka puasa, Lekoria yang lazat dengan 3 sos berbeza, dan Satay Ayam, Lemak Salai Daging atau Paru Berempah dengan Nasi Putih dari Warisan Bonda.

Untuk pengalaman nostalgia, Rendang Tok dan Ketupat palas juga boleh didapati dalam mangkuk tingkat (tiffin) pandamart eksklusif.

Mulai 1 April 2022, pandamart akan membuat penghantaran 24 jam di lokasi-lokasi terpilih. Anda boleh temui ini dan banyak lagi hanya di pandamart.

Bukan itu sahaja! Kami ada banyak lagi untuk anda nikmati di Shops juga. Lebihkan penjimatan anda dengan promosi berikut:

Lotus’s – Dengan pelbagai produk segar hingga barangan keperluan harian serta hadiah Ramadan dan Raya, nikmati diskaun sehingga 20% untuk barangan terpilih apabila anda membuat pesanan melalui foodpanda.

7-Eleven – Merasa lapar ketika lewat malam? 7-Eleven kini boleh didapati di foodpanda selama 24 jam di negeri-negeri terpilih. Nikmati diskaun sehingga 35% untuk barangan terpilih termasuk minuman Dutch Lady, Skittles, Slurpee, Bubble Gum dan banyaklagi sepanjang Ramadan ini.

#SpendAndWin di foodpanda Shops Sepanjang April

Dapatkan peluang untuk memenangi Pengering Rambut Dyson Supersonic, Nintendo Switch dan Cornell Hotpot Grill apabila anda #SpendAndWin di foodpanda Shops sepanjang bulan April ini.

Untuk setiap 3 pesanan bernilai RM35 dan ke atas, para pelanggan layak untuk menebus satu penyertaan peraduan. Peraduan akan berakhir pada 30 April 2022 dan pengumuman para pemenang akan diumumkan pada 16 Mei 2022. Pada masa yang sama, pengguna juga berpeluang memenangi baucar foodpanda daripada peraduan mingguan di Facebook rasmi foodpanda.

Bukapuasa foodpanda

Akhir sekali, jangan lepaskan peluang ke Bazar Ramadan foodpanda @ Stadium Perak dan nikmati pilihan dengan lebih 150 vendor tersedia sepanjang Ramadan ini. Jangan risau, jika anda lebih suka membuat tempahan pengambilan, hanya gunakan kod promo BUKAPUASA untuk menikmati diskaun 15% untuk semua pesanan.

Untuk membuat tempahan, kunjungi Bazar Ramadan foodpanda @ Stadium Perak.

Bermula 1 April, foodpanda akan beroperasi 24 jam di sekitar Lembah Klang, Johor, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu. Waktu operasi di Sabah, Perak, Sarawak (Miri dan Kuching), Negeri Sembilan, Kedah, Melaka, Pahang dan Perlis akan bermula dari 7 pagi hingga 2 pagi setiap hari.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai promosi terkini dari foodpanda, sila layari laman web tawaran foodpanda.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *