November 28, 2021

Siri Infinix Hot 10S Akan Dilancarkan Secara Eksklusif di Shopee

Infinix Hot 10S Black Green

Masih tercari telefon pintar terbaik untuk hiburan dan bermain game pada harga yang murah?

Bro nak kongsikan info terkini dimana Infinix Mobility bakal melancarkan telefon pintar terkini mereka, yakni siri Hot 10S di Malaysia pada 13 Julai 2021 ini.

Siri telefon pintar ini didedikasikan untuk permainan video dan hiburan akan dilancarkan dengan casing telefon eksklusif dan penutup belakang kolaborasi bersama Mobile Legends: Bang Bang (MLBB).

Bagaimanapun anda boleh jadi antara yang terawal untuk mendapatkannya secara eksklusif di Shopee dan anda boleh mula ‘add to cart’ pada 7 Julai 2021!

Klik : Infinix Official Store di Shopee.

Infinix Hot 10S Green

Direka khas untuk peminat teknologi, pengemar permainan video, pelajar, dan generasi muda yang akan datang, Hot 10S yang menarik dengan harga yang berpatutan adalah penambahan baru kepada portfolio Hot 10.

Telefon pintar ini membolehkan pengguna bermain permainan video dengan lancar dan ikuti trend terkini dengan lebih mudah.

Infininix X Mobile Legends: Bang Bang (MLBB)

Infinix Hot 10S Coming Soon

Untuk memeriahkan lagi pelancaran di kalangan peminatnya, Infinix dengan kolaborasi permainan video Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), mencipta penutup belakang telefon bimbit edisi terhad yang diukir dengan reka bentuk MLBB serta casing telefon MLBB estetik yang didedikasikan untuk siri Hot 10S.

Buat masa ini, Infinix belum mendedahkan lebih banyak lagi maklumat tentang spesifikasi telefon dan ciri-cirinya. Apa-apa pun, kita tunggu pada hari pelancarannya nanti.

Untuk maklumat lanjut mengenai siri Hot 10S dari Infinix, anda boleh layari :-

Laman Web Infinix Malaysia : https://www.infinixmobility.com/my/
Facebook : Infinix Mobile
Instagram : @infinixmobilemalaysia
Shopee : Infinix Official Store

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *