Siapa kata Ribena hanya sekadar Blackcurrant je? Kini anda boleh nikmati kebaikan Strawberi yang rangkaian minuman Ribena Simply Strawberry yang menyegarkan!
Rangkaian Ribena Simply Strawberry memberikan cetusan rasa strawberi yang enak, berjus dalam setiap hidangan. Sesuai diminum sejuk, Ribena Simply Strawberry adalah minuman penghilang dahaga yang mengandungi kebaikan semula jadi Strawberi Eropah!
Selain daripada itu, minuman ini kaya dengan vitamin C dan tidak mengandungi pemanis tiruan, menjamin hidangan yang enak dan sihat untuk anda dan orang yang anda sayangi.
“Ribena disukai ramai kerana rasanya yang hebat dan padat dengan Vitamin C, yang mana semua itu telah meletakkan Ribena di suatu tempat yang istimewa di dalam hati rakyat Malaysia.
Dengan Simply Strawberry, para pengguna boleh menikmati detik gembira dalam kehidupan dengan rasa strawberi yang semula jadi, enak dan menyegarkan,” – Ketua Pemasaran Minuman, Suntory Baverage & Food Malaysia Sdn Bhd, Lam Hui Min.
Sama ada anda mencampurkan kordial ini ke dalam segelas air sejuk yang menyegarkan untuk dikongsi dengan orang yang tersayang atau menikmati sendiri rasa beri yang padat dengan kebaikan, Ribena Simply Strawberry BAHARU ini sememangnya sesuai untuk semua gaya hidup!
Rangkaian terbaru ini terdiri daripada kordial Ribena 1 Liter, yang mana hanya satu hidangan (200ml) sudah cukup untuk memenuhi 100% keperluan vitamin C harian kita, sesuai untuk dikongsi dengan ahli keluarga dan rakan-rakan.
Manakala minuman Ribena Strawberry sedia diminum (RTD) didatangkan dalam tiga saiz hidangan iaitu botol 450ml, pek ceria 330ml dan paket 200ml, masing-masing berharga RM3.40, RM2.90 dan RM1.60.
Pertandingan “The Best Strawberry Moments”
Ribena juga sedang mencari 30 pemenang bertuah menerusi pertandingan istimewa “The Best Strawberry Moments” di Instagram.
Untuk mengambil bahagian, anda hanya perlu memuat naik foto bertemakan warna merah strawberi terbaik ke dalam profil Instagram awam anda dengan kapsyen kenapa anda perlu memenangi Ribena Simply Strawberry. Jangan lupa untuk tag @RibenaMalaysia dan memasukkan tanda pagar: #RibenaSimplyStrawberry dan #SimplyBerryJoyful.
Foto paling kreatif akan membolehkan anda memenangi bekalan kordial 1L Ribena Simply Strawberry untuk selama 3 bulan!
Nikmati sendiri detik gembira dengan keenakan rasa strawberi hari ini! Rangkaian Ribena Simply Strawberry baharu yang menyegarkan boleh didapati di semua pasar raya AEON dan Lotus’s di seluruh Malaysia, serta di 99 Speedmart dan Shopee Malaysia!
Untuk mendapatkan berita terkini daripada Ribena, sila kunjungi Facebook Ribena Malaysia dan Instagram @RibenaMalaysia.