Kepada peminat teater, jangan lepaskan peluang menyaksikan pementasan Teater Neo-Romantik di DPAC, Damansara Performing Art Centre, Empire Mall, Damansara Perdana pada 4 – 7 September 2014.
Neo-Romantik sebuah teater minimalis yang mengambil konsep dan pendekatan rancangan bual-bicara.
Teater selama satu jam setengah ini menggalakkan keterlibatan penonton semasa persembahan sedang berlangsung, dan menerapkan unsur live tweeting untuk penonton berinteraksi bersama pelakon.
Pastikan anda selaku penonton berinterkasi bersama dalam menjayakan teater ini.
Bawa powerbank dan pastikan akaun twitter anda aktif (jangan privatekan) orang ramai (yang tak follow anda) yang terlibat dalam pementasan teater ini tidak dapat berinteraksi dengan anda.
Menampilkan gandingan lakonan duo Aloy Paradoks dan Aisya Hasnaa, teater ini mengetengahkan isu gender, femenisme, dan percintaan.
Semua isu dikupas mengikut persepsi yang berbeza dari sudut pandangan lelaki dan wanita, namun ia telah diolah sehabis baik agar mampu disampai secara santai dan bersahaja.
Selain Aloy dan Aisya, Neo-Romantik juga menampilkan Fathie Shafie selaku floor manager yang akan bertanggungjawab mengawal mood dan energi penonton.
Sinopsis Teater Neo-Romantik
Pada minggu ini. Pasangan selebriti Asyraf Maliki dan Najua Nazirah menjadi mengacara jemputan untuk sebuah rancangan bual-bicara Neo-Romantik.
Selama 1 jam rancangan ke udara, banyak rahsia perhubungan mereka yang selama ini terselindung dari pengetahuan umum mula terdedah satu persatu.
Pasangan ini menceritakan kembali detik-detik perkenalan dan awal perkahwinan mereka hingga ke hari ini, seterusnya mereka juga akan menjawab segala soalan-soalan
yang bakal diajukan secara terus oleh penonton secara langsung atau tweeting.
Dalam persembahan ini juga penonton bertuah akan dipilih secara rawak untuk berkongsi kisah pengalaman mereka dan bercerita secara spontan. Namun itu semua bergantung kepada sejauh mana kerjasama yang diberikan oleh penonton, dan sejauh mana mereka ingin terlibat di dalam persembahan.
Tarikh : 4,5,6 dan 7 September 2014
Tempat : Black Box, Damansara Performing Art Centre (DPAC), Empire Mall, Damansara Perdana.
Masa : 8.30 p.m (setiap hari)
Tiket : RM30
Untuk tempahan anda boleh layari www.dpac.com.my atau 017-2455448 (whatsapp) – Tiket pada hari Ahad telah SOLD OUT (updated : 1.30 PM 4 Sept 2014)
kiranya ni teater interaktif la..ada komunikasi dua hala..macam hebat
Kebanyakan teater under Aloy memang best…
dh lama giler xtgk teater…tgk dulu zmn stdy kt kolej..skrg dh ade anak2 susah la..tmbh anak2 kecik..kang menangis dlm tu, ank2 plak jdi pelakon teater nye..hehhehe
Sama la kita, sejak ada anak ini susah nak support teater kawan2 nie