May 22, 2025

Dugaan Bila Nak Dekat Dengan Majlis Perkahwinan

setelah 2 bulan berkahwin
Bro baru-baru ini ada kongsikan beberapa dugaan yang dihadapi oleh bakal pengantin bila nak dekat dengan majlis perkahwinan mereka di laman sosial.

Kali ini, Bro kongsikan di blog dengan huraian ringkas dan padat. Harap mampu memberi manfaat kepada bakal pengantin.

Tapi tak semua dugaan ini anda akan hadapi. Ini based dari apa yang pernah Bro dengar dan hadapi

Antara dugaan yang mungkin bakal pengantin dihadapi :-

  • Duit tak cukup tertiba : Walaupun anda sudah buat perancangan awal dalam pengurusan belanja, pasti ada yang terkurang bila nak dekat dengan tarikh majlis. Contoh : kereta rosak etc.
  • Kerja pula tiba-tiba bertambah banyak  dan perlu disettlekan sebelum cuti kahwin : Lebih-lebih lagi, kerja ini hanya anda sorang sahaja yang uruskan. Tiada rakan kerja yang boleh ambil alih tugas anda.
  • Orang katering buat perangai : Lain yang kita mintak, lain yang dia buat. Belum lagi yang tiba-tiba batallast minit sebab kita gagal nak hulurkan deposit seperti yang diminta.
  • Baju pengantin ada masalah : Terutama yang disewa, lain yang diukur, lain yang diadjustnya. Tertiba ada part yang sendat atau tak padan dengan tubuh badan.
  • Kekasih lama datang kembali : Dan-dan time ini, dia nak datang balik. Merayu nak kita kembali kepada mereka.
  • Bakal pengantin tiba-tiba menghilang he…23x

Semua benda ini gua pernah alami,

Kecuali part yang last tue. Akan datang tak tahu la kan he…23x

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

16 thoughts on “Dugaan Bila Nak Dekat Dengan Majlis Perkahwinan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *