Huawei telah melancarkan peranti terbaru mereka, iaitu Huawei Nova 5T untuk pasaran global. Ia boleh dipratempah untuk pasaran Malaysia pada harga bermula RM1599.
Telefon pintar yang hadir dengan 5 lensa kamera bersama fungsi AI ini membawakan rekaan skrin berlubang 6.25 inci IPS LCD beresolusi FHD+ dan kerangka belakang berwarna cerun yang berkilau.
Dari segi kebolehan kamera Huawei Nova 5T ini, ia dikatakan mampu menghasilkan gambar yang jelas walaupun berada di persekitaran yang kurang pencahayaan.
Ciri-Ciri Pada HUAWEI nova 5T
- 5 CAMERA ( 4 di belakang , 1 di hadapan). Bahagian belakang 48MP, 16MP, 2 MP, 2MP. Bahagian depan pula guna 32 MP
- 128GB ROM + KIRIN 980 Chip : Sesuai untuk para gamers, anda boleh main games sepuas hati tanpa lagging, graphic yang tinggi & features paling abam suka.
- SUPER CHARGING – Cas handphone anda sehingga 50% dalam masa 30 minit.
- WARNA : Midsummer Purple, Black & Crush Blue
- LIGHT WEIGHT : Size yang ringan seberat 174g (termasuk bateri).
- WIDE SCREEN : 6.26 inches
- RESOLUTION : FHD (2340 X 1080 )
Huawei Nova 5T menawarkan prestasi CPU 75% dan prestasi AI 120% lebih baik daripada versi sebelumnya.
Dikuasakan oleh bateri berkapasiti 3750mAh bersama teknologi 22.5W SuperCharge yang mampu untuk membuat pengecasan sehingga 50% dalam masa yang singkat iaitu sepantas 30 minit sahaja.
Ia ditawarkan dengan tiga pilihan warna, iaitu warna hitam, Crush Blue, dan Midsummer Purple.
Sesi pra tempahan akan dibuka bermula 29 Ogos 2019 hingga 5 September ini pada harga RM1599 sahaja dengan jaminan selama 1 tahun.
Bagi anda yang membuat pra tempahan untuk telefon pintar ini, anda berpeluang untuk menerima Huawei Mini Speaker dan pengecas dalam kereta Huawei SuperCharge yang bernilai RM325.
Pra tempahan boleh di buat di HUAWEI Online Official Store.
Nota Kaki : Ada yang kata HUAWEI nova 5T merupakan versi Honor 20 yang lebih murah.
Menarik spec Huawei Nova 5T ni , dengan 128GB ROM + KIRIN 980 Chip layan game memang asyik :-)