Taco Bell kini boleh didapati di foodpanda bagi mereka yang mengidam dan ingin memenuhi keinginan untuk merasai makanan Mexico.
Dengan salah satu piawaian yang paling ketat untuk penghantaran pesanan, Taco Bell sebelum ini mencari platform penghantaran yang boleh memberi mereka jaminan yang diperlukan.
Komited untuk menyahut cabaran ini, foodpanda Malaysia kini bekerjasama rapat dengan cawangan Taco Bell yang berbeza untuk menyediakan logistik yang lebih baik dan memberikan pengalaman makanan yang terbaik kepada para pelanggan.
“Dengan adanya Taco Bell di foodpanda, kami berharap ini dapat memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk merasai makanan Mexico yang unik dan digemari oleh semua di seluruh dunia ini dengan penghantaran terus ke rumah.
Ini boleh dilakukan dengan hanya beberapa sentuhan melalui telefon bimbit masing-masing. Selain itu, kami juga merasakan kerjasama ini sesuai untuk kedua-dua jenama bagi memanfaatkan kekuatan satu sama lain untuk memberikan kegembiraan kepada pelanggan.” – Jay Ar Juan, Pengarah Komersial foodpanda Malaysia
Dengan pilihan penghantaraan terbaharu untuk Taco Bell yang kini tersedia di foodpanda, para pelanggan sekarang boleh membuat pesanan pelbagai makanan Mexico dengan mudah pada bila-bila masa sahaja.
Beberapa makanan yang popular yang terdapat dalam menu yang disediakan di foodpanda termasuk Crunchy Taco Supreme TM , Crunchwrap Supreme TM , Chicken Quesadilla TM , Grilled Stuft Burrito TM , Loaded Nachos TM dan resepi ciptaan Taco Bell yang tersendiri, Bell TM Rice Bowl yang digandingkan dengan sambal yang dicipta khas untuk pasaran Malaysia.
Buat masa ini, Taco Bell Malaysia mempunyai restoran di Cyberjaya, Bandar Sri Permaisuri, Cheras; Tropicana Gardens Mall dan Setiawangsa. Nantikan restoran yang seterusnya di Wangsa Maju dan pembukaan menarik yang lain tahun ini.
Jangan lepaskan peluang ini dan tempah pesanan anda daripada foodpanda sekarang!