September 25, 2023

Perkenalkan Pau-Pau, Duta Jenama foodpanda

foodpanda Pau Pau

Bagi meraikan ulang tahunn yang ke-10 sebagai perintis platform penghantaran makanan dan barangan runcit di Asia, foodpanda memperkenalkan wajah segar untuk jenamanya – Pau-Pau!

Panda yang sukakan keseronokan dan sentiasa bersemangat, Pau-Pau ialah duta jenama pertama seumpamanya, memperjuangkan pemerkasaan dan kelestarian di seluruh rantau ini.

Identiti Pau-Pau sebagai duta jenama foodpanda akan dihidupkan sepenuhnya – daripada mempunyai bahasa dan ceritanya yang tersendiri, kepada nilai penuh seperti menjaga alam sekitar, pemerkasaan dan kepercayaan dalam menjalani kehidupan mengikut gayanya tersendiri. Dengan Pau-Pau, foodpanda telah mencipta personaliti yang mudah didekati oleh berjuta-juta pengguna di seluruh Asia.

Panda berwarna merah jambu ini, yang telah membuat penampilan pertamanya di Jepun, Taiwan dan Kemboja pada Disember 2021 yang lalu, telah pun dilancarkan di Singapura, Malaysia, Thailand, Hong Kong dan Laos sebelum meliputo ke seluruh rangkaian foodpanda.

Fasa seterusnya, Pau-Pau akan diperkenalkan di Filipina, Myanmar, Pakistan dan Bangladesh.

Mewartakan wilayah baharu dengan pendekatan baharu untuk pembinaan jenama

Pau-Pau akan mengetuai usaha foodpanda ke dalam persekitaran media yang sentiasa berubah dan aktif. Dalam memperkenalkan personaliti baharu yang mewakili jenama foodpanda sepenuhnya, foodpanda mengembangkan pemasaran digitalnya untuk melangkaui platform tradisional.

Para pelanggan juga akan menemui Pau-Pau di aplikasi LINE dan Instagram sebagai emoji dan stickers untuk komunikasi yang meriah dan kebebasan bersuara.

Pau-Pau akan dilancarkan secara progresif di semua saluran dan interface foodpanda, daripada aplikasi hinggalah laman sesawang, kepada platform digital dan media sosial, pengaktifan out-of-home dan banyak lagi.

Pau Pau Mural foodpanda

Sebagai sebahagian daripada pengumuman ini, foodpanda Malaysia turut bekerjasama dengan Cloakword Studio untuk mencipta karya seni di sekitar jalan di Kuala Lumpur – Jalan Tun Tan Cheng Lock (Petaling Street) dan Jalan Tun Siew Sin.

Karya seni ini adalah cerminan kreativiti artis tentang pengembaraan maskot foodpanda yang baharu diperkenalkan ini. Ia juga mempamerkan perjalanan Pau-Pau ketika menghantar pesanan ke depan pintu rumah anda, selain daripada memaparkan alam kopitiam Pau-Pau – diilhamkan daripada budaya makanan kopitiam di sekitar kawasan tersebut.

Pau-Pau paling menggemari tiga perkara –

  1. pemerkasaan dan menjalani kehidupan mengikut gaya tersendiri;
  2. alam sekitar, sebagai juara kelestarian foodpanda; dan
  3. minat yang mendalam terhadap makanan dan keseronokkan.

Sebagai sebuah perintis platform makanan dan barangan runcit, foodpanda memberi kemudahan kepada para pelanggan,
dengan memudahkan penghantaran makanan dan barangan runcit dengan cepat, 24/7.

Sebagai juara kelestarian foodpanda, Pau-Pau juga merupakan sebahagian daripada agenda hijau foodpanda, menyokong inisiatif kelestarian seperti ciri pilihan tanpa kutleri yang sudah ditetapkan, dimana ia telah menjimatkan penggunaan sebanyak 544 juta helai plastik pada 2021.

Baru-baru ini pada Ogos 2021, foodpanda telah melancarkan program Global Sustainable Packaging dalam usaha mereka untuk menggalakkan peniaga bertukar kepada bebas plastik, pembungkusan berasaskan tumbuhan untuk mengurangkan kesan terhadap alam sekitar dalam usaha mereka untuk menjadi organisasi neutral karbon.

Pengenalan Pau-Pau dibina berdasarkan penjenamaan semula foodpanda yang menyaksikan foodpanda menghidupkan semula wajah dan visual yang segar dengan palet warna yang lebih ceria untuk setiap cirinya. Ia juga lebih mesra pengguna, lebih-lebih lagi apabila platform ini berkembang melangkaui penghantaran makanan sahaja.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *