January 18, 2022

Kawan Facebook

Infinity Tranz 700 Review

Ada orang dia suka baca je status kita. Tapi tak nak like.

Ada orang dia suka baca, dia like.
Tapi tak nak komen.
Ada orang suka baca, lepas to rajin komen dan like.
Sebab orang tu someone or somebody.

Ada orang suka baca, tapi dia pilih bulu kalau nak komen.
Ada orang lepas kita komen status dia, baru dia komen status kita.
Ada orang dia baca, tapi dia tak nak like dan komen.
Sebab kita bukan siapa siapa.

Ada orang dia baca, dia like dan dia komen.
Sebab dia support kita walaupun kita bukan siapa siapa.

Ada orang kita selalu komen status dia, tapi dia langsung tak pernah like, apatah lagi komen status kita.
FB pandai. FB rasa dia dah taknak kawan kita.
Sebab tu FB auto unfriend.
Jadi, kita tak perlu susah susah nak unfriend.

Kawan Facebook ni. Ibarat jiran tetangga.
Seolah dia jalan depan rumah kita, dia nampak kita tapi dia tegur jiran kita.
Kita dia tak tegur.
Begitulah. Faham kan?
Dapat sesuatu?

Kita sebenarnya perhati dan kita sebenarnya perasan je.
Tapi tak mengapa.

Mungkin kawan yang ada ni adalah yang terbaik untuk kita.
Macam awak yang sedang baca ni.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *