July 14, 2024

Jom Ke MAHA BUFFET Berbuka / Iftar Terbesar Di Malaysia Tahun 2023

MAHA BUFFET 2023

Anda mencari lokasi berbuka puasa / iftar yang mampu menampung jumlah tetamu yang besar?

Jom kita hadir ke MAHA BUFFET Berbuka / Iftar Terbesar Malaysia 2023 yang akan berlangsung pada Ramadan kedua iaitu 25 March 2023 sehingga 20 April 2023 bermula 6.30pm – 9.30pm di Dewan C, MAEPS Serdang.

Ianya mampu menampung kehadiran tetamu hingga 1,500 orang menjadikan ia lokasi berbuka puasa / iftar terbesar untuk anda kunjungi.

Owner Experiment Kitchen dan Restoran Mak Kimbong
Pemilik Experiment Kitchen dan Restoran Mak Kimbong berkerjasama menjayakan MAHA BUFFET 2023

Projek MAHA BUFFET ini melibatkan dua usahawan yang berpengalaman luas dalam dunia FNB iaitu Experiment Kitchen dan Restoran Mak Kimbong yang terlibat lebih sedekad dalam bidang masakan.

Mereka yang terkenal dengan menu tengahari seperti sotong giant bakar & western food, telah bergabung bagi menjayakan projek mega Ramadan ini.

Sotong Bakar MAHA BUFFET 2023
Salah satu gerai yang pasti menjadi tumpuan tetamu yang hadir ke MAHA BUFFET 2023

Juadah MAHA BUFFET 2023

Juadah Sampingan MAHA BUFFET 2023

Pencuci Mulut MAHA BUFFET 2023

MAHA BUFFET mempunyai lebih 200 jenis menu disajikan setiap hari dan 20 stall live cooking menu yang terdiri dari bakar-bakar, masakan kampung, western dan street food, pencuci mulut & kuih-muih.

Menariknya di MAHA BUFFET turut menyediakan Kids Food Station supaya kanak-kanak juga turut menikmati menu berbuka yang lazat & menepati citarasa anak-anak.

Ruang makan yang luas dan berhawa dingin sepenuhnya pasti akan memberi keselesaan kepada keluarga yang datang untuk meluangkan masa iftar bersama.

Kemudahan lain seperti surau yang luas, ruang parking percuma seluas 1 ekar, malah MAHA BUFFET turut menyediakan ruang parking VIP & Valet Parking untuk memudahkan semua pengunjung yang datang.

Dengan tagline “Family Friendly Buffet”, terdapat pelbagai aktiviti menarik untuk dilakukan seisi keluarga sebelum waktu berbuka. Antaranya seperti Arcade Game, Bouncing Castle, PS4 Game Station, Origami & pelbagai lagi aktiviti menarik.

Artis Penceramah MAHA BUFFET Maeps

Lebih menarik setiap hari akan diserikan dengan persembahan dari LIVE BAND, artis nasyid & perkongsian dari penceramah-penceramah serta ustaz terkenal tanah air seperti Ustaz Shamsul Debat, Ustazah Siti Nor Bahyah dan ramai lagi sepanjang bulan Ramadan.

MAHA BUFFET turut menganjurkan program tadarus Al -Quran yang akan diadakan setiap hari sebelum berbuka. Ia memberi peluang kepada semua muslimin muslimat untuk bertadarus sementara menunggu waktu berbuka.

Harga MAHA BUFFET Maeps

Harga yang ditawarkan juga sangat berbaloi.

Hanya RM89.90 SAHAJA untuk dewasa & RM49.90 untuk kanak-kanak/OKU/Warga emas serta PERCUMA bagi kanak-kanak berumur 4 tahun kebawah.

Projek MAHA BUFFET ini akan bermula pada Ramadan kedua iaitu 25 March 2023 sehingga 20 April 2023 bermula 6.30pm – 9.30pm di Dewan C, MAEPS Serdang.

Tempahan boleh dibuat melalui https://linktr.ee/munstermalaysia.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

One thought on “Jom Ke MAHA BUFFET Berbuka / Iftar Terbesar Di Malaysia Tahun 2023

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *