February 22, 2024

Pementasan Teater Komedi Seram Anti Dadah : Dari Cherok Tok Kun ke Putrajaya

Teater Komedi Seram Anti Dadah Dari Cherok Tok Kun ke Putrajaya

Teater Komedi Seram Anti Dadah : Dari Cherok Tok Kun ke Putrajaya akan dipentaskan di Auditorium Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, Shah Alam pada 26 Mei 2023.

Teater ini merupakan anjuran Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Selangor bersama Rakan Strategik iaitu Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) dan dengan kerjasama Sajian Sejati Sdn Bhd dan Resdongs Entertainment.

Pementasan ini diadakan selepas kejayaan Teater Komedi Seram Anti Dadah : Dari Cherok Tok Kun ke Gombak yang dibawakan khas oleh Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Selangor pada tahun 2019 dengan kehadiran lebih 1,000 penonton ketika itu.

Pementasan kali ini akan disertai oleh para pelakon seperti Pelawak Lagenda Negara Imuda, Abu Mamu, Kumpulan Kiut Juara Gegarlawak musim pertama, Caca Raja Lawak, Azmir Cuit Raja Lawak, Che Mat Raja Lawak, Lanun Resdongs dan ramai lagi bakat istimewa dari Resdongs Entertainment.

Sekali lagi Lanun Resdongs akan bertanggungjawab selaku Pengarah untuk teater ini.

Teater ini turut akan digegarkan lagi dengan penampilan khas Ratu Rock Malaysia ELLA bersama suami tercinta Kapten Azhar dan kakak serta Pengurusnya iaitu JOJIE. Begitu juga dengan kemunculan pemain gitar lagenda Malaysia iaitu JO BRANKO (ex Wings).

Untuk pengetahuan anda, ini merupakan penampilan pertama JO BRANKO di pentas teater tanahair.

Bakal menggamatkan lagi suasana apabila Selebriti Chef Malaysia iaitu Chef Yang Jamil dan Khairul Nizam, pemenang musim kedua program televisyen All Together Now Malaysia juga akan membuat penampilan istimewa pada malam tersebut.

Persatuan Mencegah Dadah Malaysia

Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Selangor percaya bahawa penyampaian mesej anti dadah kepada masyarakat perlu diperluaskan lagi bukan hanya melalui medium yang telah menjadi kebiasaan sejak dahulu tetapi mesej anti dadah ini dapat juga disampaikan melalui medium yang lain dari kebiasaan iaitu pementasan teater.

Penampilan selebriti hebat tanahair seperti Ella, Jojie, Imuda, Jo Branko dan artis artis yang lain juga menunjukkan semangat yang cukup kuat dalam usaha membasmi gejala dadah
yang semakin menular hari demi hari di negara tercinta kita.

Sinopsis Teater Komedi Seram Anti Dadah : Dari Cherok Tok Kun ke Putrajaya

Teater Dari Cherok Tok Kun ke Putrajaya

Ia mengisahkan tentang Danish Mikhael anak muda dari Cherok Tok Kun yang mendapat peluang bekerja di Putrajaya tetapi dihalang oleh ayahnya yang hanya mahu dia bekerja di kampung.

Manakala di kampung pula ada sekumpulan anak muda iaitu rakan rakan Danish Mikhael yang terlibat dalam gejala dadah. Tidak cukup dengan masalah dadah, Cherok Tok Kun juga diganggu oleh entiti makhluk halus.

Dapatkah Danish Mikhael mengubah nasibnya untuk ke Putrajaya dan dalam masa yang sama membantu rakan rakan kampung yang terlibat dalam gejala dadah serta dapatkah masalah entiti makhluk halus diselesaikan?

Jom kita saksikan pementasan Dari Cherok Tok Kun ke Putrajaya untuk mencari jawapan kepada semua di atas.

Teater Komedi Seram Anti Dadah : Dari Cherok Tok Kun ke Putrajaya

Tarikh : 26 Mei 2023 (Jumaat) jam 8.45 malam
Lokasi : Auditorium Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Tiket pementasan Teater Komedi Seram Anti Dadah : Dari Cherok Tok Kun ke Putrajaya yang berharga RM 60 (Kategori 1), RM 80 (Kategori 2) dan RM 120 (VIP) boleh dibeli secara atas talian di www.myticketempire.com bermula dari hari ini (15 Mac 2023).

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh berhubung melalui aplikasi Whatsapp di 017-705 4996

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *