Tahun ini, CITTA Mall berkaloborasi bersama Lions Club of Sunway Damansara Metro bagi mendapat kutipan dalam membantu mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur.
Selain itu setiap kutipan derma dari pengunjung di Pesta Malam Tahun Baru (NYE) CITTA Mall akan terus disalurkan kepada Tabung Bantuan Bencana Negara.
Setelah 2 tahun, tiada pesta tahun baru diadakan di Citta Mall.
Kini bagi membuka lembaran baru, Pesta Malam Tahun Baru (NYE) CITTA Mall bakal dianjurkan pada hari Sabtu 31 Disember 2022 tanpa persembahan bunga api. Namun terdapat ramai artis Malaysia yang hadir membuat persembahan.
Antara yang hadir kumpulan underground Lost Radio serta selebriti hebat yang lain seperti Hazami, Dina Nadzir, 6ixth Sense dan Baki Zainal.
Sepanjang acara akan diselang-selikan dengan persembahan tarian K-street oleh kumpulan tarian K-Pop tempatan. Nak tahu siapa, kena datanglah ke Pesta Malam Tahun Baru (NYE) CITTA Mall.
Selain itu, penonton yang hadir juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah dan ini termasuklah tiga TV Android yang ditaja oleh penaja utama Parti NYE, iaitu Viu Malaysia.
Untuk info hadiah yang ditawarkan bernilai sehingga RM15,000 tajaan dari kedai-kedai di CITTA Mall, antaranya seperti Sofana Hearing Care Centre, The Chicken Rice Shop, Chilli’s, Happy Lemon dan pelbagai lagi.
Pesta Malam Tahun Baru (NYE) CITTA Mall akan bermula pada 8:00 malam, namun begitu anda digalakkan untuk tiba awal bagi mendapatkan tempat menonton yang lebih hebat iatu berdekatan dengan pentas.
Beberapa kedai F&B CITTA Mall juga akan dibuka sehingga lewat malam bagi memenuhi keperluan orang ramai mungkin kelaparan selepas persembahan.
Meraikan tahun baru di CITTA Mall adalah satu alternatif terbaik terutama buat penduduk kejiranan tanpa mereka perlu untuk keluar meraikannya di kawasan yang jauh dan mengambil masa untuk ke tempat tersebut.
Pastinya Pesta Malam Tahun Baru (NYE) CITTA Mall dapat memberi rasa kegembiraan dan keselesaan.
Untuk maklumat lanjut boleh lawati halaman Facebook CITTA Mall di https://www.facebook.com/CITTMall.