April 24, 2024

Hadiah Bernilai RM60,000 Untuk Pemenang Pertandingan ‘Gayamu, Caramu’ – Jual di Lazada

Lazada Malaysia melancarkan Pertandingan ‘Gayamu, Caramu’ – Jual di Lazada bermula awal bulan ini sehingga 28 Februari 2023.

Ia diadakan demi menggalakkan lebih ramai para usahawan yang menjual pelbagai produk fesyen untuk melangkah ke alam digital, memulakan kedai dalam talian mereka di Lazada dan menjangkau jutaan pelanggan di platform perintis eDagang di rantau Asia.

Tiga pemenang Hadiah Utama bakal memenangi hadiah tunai keseluruhan bernilai RM60,000
(RM20,000 setiap seorang).

Lazada Gayamu Caramu

Pertandingan ini terbuka kepada semua penjual individu dan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana
(PMKS) yang baharu menyertai Lazada Marketplace di bawah kategori fesyen.

Melalui pertandingan ini, ia akan memperkasakan usahawan fesyen untuk maju berkembang menerusi teknologi digital dan eDagang dengan memaksimumkan penggunaan perkakasan digital melalui Lazada Seller Center apabila mereka menjual beraneka produk bergaya yang mengikut trend terkini, termasuklah pakaian dan aksesori.

Setiap penjual yang menyertai pertandingan tersebut juga layak menerima kredit Lazada Sponsored Solution (LSS) bernilai RM1,000, subsidi selama sebulan untuk Program Penghantaran Percuma Maksima, kredit iklan bernilai RM150, pendedahan dan anjakan trafik eksklusif bagi penjual baharu, serta akses percuma selama sebulan untuk menggunakan perkakasan Customer Engagement Management (CEM), di samping bantuan memuatnaik produk baharu dan juga akses kepada sumber dan bimbingan daripada Lazada University.

Malahan, di bawah program Seller Affiliate, penjual kategori fesyen juga boleh meraih pendapatan tambahan dengan setiap produk yang berjaya dijual menerusi pautan unik produk kedai dalam talian mereka yang dipromosikan di media sosial masing-masing.

Tunggu apa lagi, mari mula berniaga di Lazada dan kembangkan bisnes fesyen anda. Bagi usahawan yang berminat untuk mengambil bahagian dalam Pertandingan Gayamu, Caramu.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *