Kempen dana amal ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’, dengan kerjasama MYDIN, melengkapkan seramai 200 murid Tahun Satu dengan barangan kembali ke sekolah bagi sesi persekolahan 2023/2024.
Murid-murid ini terdiri daripada keluarga miskin dan daif yang menetap di flat-flat PPR sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Pulau Pinang.
Sebahagian jualan daripada produk-produk detergen TOP terpilih di pasar raya MYDIN di seluruh negara dari 15 Disember 2022 sehingga 15 Januari 2023 akan disalurkan untuk menyediakan keperluan 200 murid Tahun Satu ini.
Kelengkapan yang disediakan untuk setiap murid termasuk pakaian seragam, kasut dan stokin sekolah, set alat tulis, kotak pensil dan pensil warna.
TOP akan menghantar pek-pek kembali ke sekolah khusus kepada keluarga terlibat sebelum bermulanya sesi baru persekolahan, memberikan ibu bapa dan kanak-kanak terlibat ketenangan minda bahawa mereka juga mempunyai kelengkapan baru yang sama dengan rakan-rakan kelas yang lain.
Sejak diwujudkan pada tahun 2015, kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP telah memberi manfaat kelengkapan kembali ke sekolah kepada 3,206 pelajar daripada 97 komuniti di seluruh negara, pada masa sama menyumbang produk-produk detergen TOP kepada keluarga dan penjaga mereka.
TOP Colour Signature
TOP baru-baru ini memperkenalkan rangkaian TOP Colour Signature yang terdiri daripada serbuk detergen premium Super Colour dan cecair detergen premium Colour Protect dengan teknologi terkini 5D Colour ProTech yang membenarkan pengguna mencuci kesemua pakaian mereka sekali gus dengan penuh yakin kerana warna pakaian tidak akan turun dan menjejaskan pakaian lain.
Ia juga memastikan warna pakaian terus cerah berseri dan pakaian berwarna gelap kekal gelap.
Rangkaian terbaharu ini turut mencegah fabrik daripada kelihatan lusuh lebih awal dan memastikan ia sentiasa kelihatan baru. Ini seterusnya membantu memanjangkan hayat pakaian dan menggalakkan kehidupan yang lestari.
Setiap keluarga yang terlibat dalam program Cerahi Kehidupan Bersama TOP akan menerima pek 2.1kg serbuk detergen TOP Super Colour dan sebuah dispenser detergen boleh diguna semula.
Kesemua detergen TOP, termasuk rangkaian Colour Signature, dikuasai oleh Advanced Micro-Clean Tech dengan Anti-Mikrobial Tech oleh Lion Japan yang menggunakan teknologi detergen generasi baharu dengan kemampuan menyingkirkan 99.9% virus berbahaya termasuk (COVID-19, Influenza A dan Coxsackie) serta bakteria secara berkesan.
Formulasi pelbagai teknologi yang khusus ini merangkumi fungsi Anti-Hapak, Anti-Hama dan Anti-Sebum, dipertingkatkan dengan Teknologi Haruman Menyerlah (Bolder Scent), iaitu wangian khusus dengan keberkesanan terbukti menyingkirkan bau hapak dan meningkatkan mood si pemakai.
TOP turut bekerjasama dengan Kloth Cares dan INTI untuk memperkenalkan rangkaian detergen Colour Signature dan pada masa sama, mengumpul lebih 700 kilogram pakaian terpakai elok yang disumbangkan oleh masyarakat umum yang prihatin. Pakaian-pakaian ini akan dibersihkan dan disediakan kepada keluarga mengambil bahagian yang berminat dalam projek-projek kitar semula.
Untuk menyokong kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP dalam menyediakan kelengkapan kembali ke sekolah kepada 200 pelajar Tahun Satu daripada keluarga miskin bandar, orang ramai boleh membeli produk detergen TOP dari mana-mana pasar raya MYDIN yang mengambil bahagian dari 15 Disember 2022 sehingga 15 Januari 2023.
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.facebook.com/TOPdetergentMY.