October 10, 2024

Pelbagai Ganjaran di Lotus’s Sempena Tahun Naga Sehingga 14 Februari 2024

Prosperous Year of the Dragon at Lotus

Lotuss Stores Malaysia Sdn Bhd (Lotus’s Malaysia) memulakan perayaan tahun baharu kalender lunar dengan kempen Sama-Sama Huat Looong Long (SSHLL) untuk menyambut kedatangan tahun Naga berunsur kayu.

Mulai hari ini sehingga 14 Febuari 2024, pelanggan akan menikmati promosi istimewa Tahun Baru Cina, ganjaran-ganjaran hebat dan pelbagai aktiviti semasa membeli-belah di stor dan pusat beli-belah Lotus’s.

Tahun Naga dianggap sebagai tahun yang membawa kesejahteraan. Tema kempen tahun ini mencerminkan potensi untuk keberhasilan jangka masa panjang, kemajuan dan keberkatan yang melimpah bersama-sama dengan pelanggan, rakan kongsi dan komuniti.

“Sempena mengalukan kedatangan Tahun Naga, kami perlu memahami maksud yang tersirat, iaitu tahun yang penuh dengan peluang, kebaikan dan keuntungan.

Kami berharap dapat menarik perhatian lebih ramai pelanggan yang mengenali Lotus’s sebagai sebuah peruncit yang boleh memenuhi keperluan mereka dan seisi keluarga dengan pelbagai tawaran dan pilihan yang melebihi 1,000 jenis produk khas untuk Tahun Baru Cina, dan pelbagai akitiviti yang menyeronokkan untuk disertai bersama.” – Lee May Li, Pengarah Komersial Lotus’s Malaysia

Lotus’s CNY Pavillion

Sepanjang tempoh kempen SSHLL ini, pelanggan boleh mencuba sampel produk, memenangi hadiah dan juga membeli pelbagai jenis barangan jenama terkenal pada harga promosi di CNY Pavilion.

Beberapa barangan yang menerima permintaan tinggi di stor dan dalam talian adalah udang harimau XL – XXL, udang galah Kanada yang dimasak sejuk beku & udang pisang Australia, salmon segar Yee Sang, Set Hadiah Premium New Moon Abalone dan pelbagai jenis minuman.

Lokasi CNY Pavilion Lotus’s Malaysia :

  • Lembah Klang: Kepong, Ampang, Cheras, Bukit Beruntung, Puncak Alam, IOI City, Puchong, Jenjarom, Parit Raja
  • Utara: Penang E-Gate, Ipoh Garden, Penang Sg Dua, Bandar Puteri Jaya, Stargate, Manjung, Bertam Perdana, Bagan Ajam, Seri Iskandar
  • Selatan: Desa Tebrau, Melaka, Mergong, Bahau
  • Pantai Timur: Indera Makhota

Musim perayaan ini, Pengarah Eksekutif Pelanggan Lotus’s Malaysia, Vivian Yap turut menjelaskan bahawa ahli My Lotus’s akan dapat menikmati penjimatan sepajang tahun dengan baucar eksklusif yang berjumlah lebih daripada RM3.8 juta di atas mata ganjaran yang diperolehi sewaktu membeli-belah di stor Lotus’s, Lotus’s Shop Online dan juga medan selera.

Selain itu, ahli My Lotus’s juga akan menerima enam kupon produk yang diperibadikan setiap bulan sehingga Disember 2024, manakala pendaftaran ahli My Lotus’s yang baharu akan menikmati empat kupon diskaun pada bulan pendaftaran yang pertama.

Augmented Reality (AI) Looong Long Dragon

Bagi menyeronokkan lagi perayaan Tahun Bau Cina di Lotus’s, pelanggan boleh bersama-sama keluarga mencuba Augmented Reality (AR) Looong Long Dragon Lotus’s Malaysia di 62 pusat beli-belah Lotus’s dari 11 Januari sehingga 24 Januari 2024.

Dengan penggunaan peranti digital, peribadi pengguna, mereka boleh mengimbas kod QR yang disediakan dan mengikuti langkah mudah untuk mengesan naga di pelbagai lokasi dalam pusat beli-belah Lotus’s untuk menikmati baucar-baucar diskaun daripada rakan niaga yang terpilih.

Aktiviti lain yang turut disediakan sepanjang kempen SHLL adalah mengesan Lotus’s Looong Long Truck di empat lokasi (Lotus’s Kepong, Lotus’s Desa Tebrau, Lotus’s Melaka and Lotus’s Penang E-Gate) pada tarikh yang terpilih untuk meraih hadiah bernilai RM38 hingga RM188, secara keseluruhannya bernilai RM30,000.

Pelanggan juga berpeluang untuk berjumpa dengan influencer yang terkenal dan juga DJ radio di CNY Roadshow Lotus’s. Di antara permainan yang disediakan adalah: The Longest Prizes Pull, The Longest Dragon Prizes, The Longest Grocery Line and The Longest Basket Hold.

Maklumat lanjut boleh didapati di sini: http://tinyurl.com/SSHLL.

Senarai aktiviti-aktiviti lain sempena kempen SSHLL Lotus’s Malaysia:

  • Penampilan God of Prosperity: 19 January – 4 February 2024
  • Pertunjukan Fesyen kanak-kanak: 27 January 2024
  • Penampilan Tarian Singa dan Naga

Lotus's Looong Long Recycling Treasure Chest

Bagi mengukuhkan komitmennya untuk memperjuangkan kelestarian, Lotus’s Malaysia menggalakkan para pelanggan untuk mengitar semula tin minuman aluminium dan bekas biskut plastic untuk tujuan amal di Looong Long Recycling Treasure Chest yang terletak di enam stor Lotus’s yang terpilih iaitu Lotus's Bandar Puteri Jaya, Lotus's Kepong, Lotus's Bahau, Lotus's Penang E-Gate, Lotus's Indera Makhota dan Lotus's Desa Tebrau.

Hasil kutipan yang diperolehi daripada barangan yang dikitar semula akan disalurkan kepada program pemulihan dan fisioterapi yang dikendalikan oleh Tender Touch Pediatric Rehab, pakar dalam rehabilitasi kanak-kanak dari keluarga berpendapatan rendah yang mengalami limitasi dari segi pergerakan untuk mencapai potensi sepenuhnya.

Dengan megitar semula di Looong Long Recycling Treasure Chest, pelanggan akan menikmati ganjaran potongan 50 peratus untuk satu hidangan di medan selera Lotus’s pada masa dan tarikh yang telah diperuntukkan.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *