September 10, 2024

Muzik Video “Welcome to My World” Alukan Pengunjung ke Resorts World Genting

Welcome to My World Resorts World Genting

Penampilan sulung video muzik baharu, “Welcome to My World” dari Resorts World Genting (RWG) sebagai salah satu daya tarikan buat pengunjung mereka ke pusat peranginan bersepadu yang paling menarik di Asia ini.

Lagu yang dicipta untuk menyemarakkan lagi keterujaan dan mengalu-alukan para pengunjung ke pusat peranginan itu menampilkan artis-artis tempatan terkenal seperti Zee Avi, Jestinna Kuan, Nana Sheme, As’ad Motawh dan Alyssa Dezek.

Mereka turut menyampaikan lagu itu secara langsung di majlis pelancaran yang berlangsung di Resorts World Genting hari ini.

“Sejak berdekad lamanya, para pengunjung pelbagai generasi – dari Malaysia dan luar negara – telah mengenali dan jatuh cinta kepada RWG yang tiada tempat lain yang seumpamanya.

Kami sentiasa proaktif dalam memperbaharui dan menambah baik pusat peranginan kami untuk memberikan pengalaman baharu kepada para pengunjung kami,” – Spencer Lee, Naib Presiden Kanan Jualan dan Pemasaran di Genting Malaysia Berhad.

Sebahagian daripada kempen “Welcome to My World” adalah untuk memberikan para pengunjung satu perasaan yang mana dunia RWG adalah milik mereka dan boleh memanggilnya sebagai ‘My World’.

Dipenuhi dengan pelbagai tarikan untuk dinikmati, setiap pengalaman ke RWG akan dirasai perbezaanya berbanding dengan yang sebelumnya. Para pengunjung juga boleh menantikan tahun 2023 yang bakal membawa lebih banyak acara menarik dan produk baharu daripada Resorts World Genting.

Melalui kempen ini, RWG juga turut mempromosikan pengalaman unik yang tinggi di awan untuk semua pengunjung di Taman Tema Genting SkyWorlds yang baru dibuka. Selain itu, para pengunjung juga boleh menikmati tarikan-tarikan lain seperti Taman Tema Tertutup Skytropolis, Ripley’s Adventureland, Vision City Games Park dan BigTop Video Games Park.

Untuk menikmati pengalaman yang sepenuhnya – para pengunjung boleh menjamu selera di pelbagai restoran yang unik di RWG; membeli-belah di beraneka kedai-kedai yang tersedia; dan bermalam di rangkaian hotel RWG. Pusat peranginan ini juga menawarkan persembahan secara langsung bertaraf dunia, acara-acara ikonik dan juga laluan denai semula jadi – semua ini terletak di 6,000 kaki dari aras laut!

Dengan adanya penawaran yang menyeluruh bagi semua lapisan umur, pastinya ada sesuatu yang menarik bagi setiap individu di RWG. Rancanglah percutian ke RWG bersama keluarga atau rakan-rakan anda – sebuah tempat yang anda boleh gelarkan “My World”!

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *