April 30, 2024

Tingkatkan Kecergasan Dengan Sari Pati Ayam BRAND’S®

Tingkat Kecergasan Sari Pati Ayam BRAND’S®

Sari Pati Ayam BRAND’S® merupakan jenama pati ayam pilihan nombor satu yang digunakan untuk meningkatkan kecergasan, berasaskan Nielsen’s Retail Audit.

Kini, lebih ramai rakyat Malaysia boleh menikmati khasiat kebaikan dan rasa yang ditambah baik dengan formulasi baharu Sari Pati Ayam BRAND’S® yang meningkatkan kecergasan sambil menghadapi hiruk-pikuk kehidupan dunia.

Formulasi baharu Sari Pati Ayam BRAND’S® mengekalkan manfaat-manfaat yang sedia ada boleh meningkatkan metabolisme sambil mengurangkan keletihan dan menambah aliran oksigen kepada otak untuk meningkatkan daya tumpuan mereka.

Minum Sari Pati Ayam Brand's

Untuk pengetahuan anda,

Hasil penemuan satu kajian dalam talian baru-baru ini mendapati bahawa 7 daripada 10 rakyat Malaysia memerlukan pemangkin untuk mengembalikan kecergasan mereka. Di samping rakyat Malaysia menempuh kehidupan harian dalam dunia yang bergerak pantas, mereka sering mengejar masa untuk menunaikan tuntutan kerja dan komitmen peribadi.

Tinjauan yang sama juga mendapati bahawa 31% daripada responden menghadapi cabaran untuk mencapai keseimbangan bagi memenuhi matlamat kerjaya dan peribadi kerana terlalu fokus pada tarikh tamat kerja dan pelbagai tugasan untuk diselesaikan setiap hari, manakala 22% daripada mereka adalah ibu bapa bekerja dengan jadual kerja yang padat tetapi terus sibuk menguruskan anak-anak mereka selepas waktu kerja.

Formulasi Baharu dengan Rasa Lebih Enak Diminum berserta Khasiat Kebaikan yang Sama

Formulasi baharu Sari Pati Ayam BRAND’S® kini disediakan dengan rasa yang lebih enak untuk diminum berserta khasiat kebaikan sama yang dijanjikan oleh jenama BRAND’S®.

Berasaskan ujian rasa yang dikendalikan oleh Home Tester Club, 92% bersetuju BRAND’S® Sari Pati Ayam baharu mempunyai rasa yang lebih halus, dan 96% bersetuju BRAND’S® Sari Pati Ayam sesuai diambil untuk mereka yang ingin kekal produktif di sepanjang hari.

Wong Wee Leong Pengurus Besar, Suntory Beverage and Food Malaysia
En. Wong Wee Leong Pengurus Besar, Suntory Beverage and Food Malaysia

“Di BRAND’S, kami memahami desakan gaya hidup pantas rakyat Malaysia di mana kita sentiasa bergerak untuk mengimbangi tuntutan kerja, komitmen peribadi dan pelbagai tanggungjawab lain. Dengan formulasi baharu ini, kami yakin bahawa lebih ramai rakyat Malaysia akan mendapat manfaat daripadanya dengan rasa yang lebih enak diminum ini.

Sari Pati Ayam BRAND’S® dengan formulasi baharu akan meningkatkan kecergasan setiap hari untuk memenuhi tuntutan gaya hidup mereka yang sibuk,” – Wong Wee Leong, Pengurus Besar, Suntory Beverage and Food Malaysia.

Jaminan Kualiti Unggul Sari Pati Ayam BRAND’S®

Sari Pati Ayam BRAND’S

Apa yang membezakan Sari Pati Ayam BRAND’S® ialah proses pengeluaran hak miliknya, yang menjamin produk bermutu tinggi bagi rakyat Malaysia yang mahu meningkatkan tenaga untuk menempuh kehidupan harian.

Sari pati ayam baharu ini diperbuat daripada ekstrak semula jadi sepenuhnya yang terdiri daripada ayam premium bermutu tinggi yang diproses secara bersih di bawah suhu tinggi dan tekanan yang dipantau rapi, sambil mengekalkan pelbagai nutrien semula jadinya.

Setiap kelompok produk perlu menjalani lebih daripada 200 pemeriksaan kualiti yang ketat. Tambahan lagi, Sari Pati Ayam BRAND’S® juga menerima sijil Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), untuk memenuhi keperluan pemakanan penduduk yang pelbagai.

Dengan pelancaran formulasi baharu ini, rakyat Malaysia kini boleh memanfaatkan khasiat kebaikan Sari Pati Ayam BRAND’S® untuk menghilangkan keletihan, meningkatkan tenaga dan fokus untuk menyahut cabaran harian masing-masing.

Sama ada hari kerja yang mencabar atau jadual peribadi yang padat, Sari Pati Ayam BRAND’S® adalah teman terbaik untuk membantu sesiapa sahaja untuk terus fokus dari segi mental dan memberikan yang terbaik untuk kekal bertenaga dalam kehidupan mereka.

Anda kini boleh membeli Sari Pati Ayam BRAND’S® dengan formulasi terbaharu daripada gedung runcit dan kedai farmasi utama dan juga di dalam talian menerusi Shopee dan Lazada.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *