Ayam Bakar Oh-semm dari The Chicken Rice Shop kini kembali untuk kenikmatan semua dan akan kekal dalam menu sempena sambutan ulang tahun ke-23 TCRS!
Berikutan permintaan peminat yang menggalakkan, hidangan istimewa ini kini boleh dinikmati di seluruh negara sepanjang tahun!
Bro juga tidak melepaskan peluang untuk nikmati Ayam Bakar Oh-Semm dari The Chicken Rice Shop
Untuk pengetahuan anda,
Ayam Bakar Oh-Semm ialah karya kulinari yang dicipta dengan adunan rempah ratus dan dipanggang sempurna untuk menghasilkan aroma yang menggiurkan dan kelazatan yang tak terhingga.
Digabungkan dengan ‘Ayam Bakar Oh-Semm Sauce’ yang lain daripada yang lain, hidangan ikonik ini menjanjikan pengalaman santapan yang tidak dapat dilupakan yang pasti membuat anda inginkan lagi.
Ayam Bakar Oh-Semm kini tersedia dalam tiga set berbeza yang sesuai untuk dinikmati secara berkumpulan atau individu.
Bro ambil set untuk 2 orang yang menawarkan :-
- Ayam Bakar Oh-Semm (1/4)
- Single Serve Chicken (Bro pilih Roasted)
- Nyonya Pai Tee (Regular)
- Sai To Fish Ball Soup (Regular)
- Spicy Savoury Ladies’ Fingers (Fav Bro ni)
- 2x pingan nasi
- 2x soups of the day
“The Chicken Rice Shop 23rd Anniversary Contest”
Sempena sambutan ulang tahun ke-23, The Chicken Rice Shop menjemput para pelanggan untuk mengunjungi cawangan TCRS terdekat untuk menikmati kelazatan Ayam Bakar Oh-Semm.
Dengan perbelanjaan minimum RM30 dalam satu resit, anda berpeluang memenangi hadiah menarik dalam peraduan Ayam Bakar Oh-Semm yang sedang berlangsung dari 12 Jun hingga 6 Ogos 2023!
Jom kita sama-sama menikmati warisan masakan tempatan yang pasti menambat hati dan menjamu selera macam bos dengan ABOS!
Untuk maklumat lanjut mengenai menu & peraduan Ayam Bakar Oh-Semm, sila layari www.thechickenriceshop.com atau halaman Facebook The Chicken Rice Shop.