“Bang… Teringinlah nak makan masakan itali. Dah lama tak makan”, luahan dari Puan Isteri. Termenung juga aku seketika. Nak bawa dia makan dekat mana la pula kali ini.
Hahahaha
OK, kali ini Bro bawa puan isteri ke Don’s Diner yang terletak di Seksyen 17, Petaling Jaya. Terletak jauh sedikit dari kesesakan Bandar Petaling Jaya menjadikan ia port terbaik untuk anda luangkan masa untuk seisi keluarga berkumpul dan makan bersama.
Hadir dengan tema ‘Mafia Itali’, Pasti buat anda tertanya-tanya….
“Kedai apa ini?”
“Mahal ke idak?”
“Halal ke?”
Ia merupakan restoran masakan Itali yang menawarkan pelbagai hidangan yang pasti buat anda tidak akan menolaknya. Sama seperti tagline yang mereka gunakan, “We Serve Food You Can’t Refuse”.
Harga yang ditawarkan agak berpatutan, berbaloi dengan kualiti hidangan yang disajikan di sini.
Lebih mengejutkan lagi, ia di miliki oleh orang Melayu yang miliki karisma sebagai ‘Ketua Mafia’ yang memastikan hanya makanan halal sahaja disajikan di sini.
Mafia, ‘gangster‘ @ geng kongsi gelap dari Itali yang mementingkan kesetiaan, kehormatan serta kekeluargaan. Mereka akan sentiasa berkumpul untuk makan bersama, sambil berbincang hal ke’mafian’an mereka.
Konsep yang sama diterapkan di Don’s Diner…
Menjadi tempat untuk ‘mafia family‘ yakni anda sekeluarga berkumpul berbual tentang keluarga anda sambil menerapkan sifat kesetiaan, kehormatan serta mengeratkan hubungan kekeluargaan. Lebih-lebih lagi jika datang bersama keluarga besar anda.
Waktu ini, anak anda akan kenali lebih rapat siapa pakcik makcik mereka. Siapa sepupu, sedara atau rakan kepada ibubapa / atok nenek mereka dan ‘mafia‘ mengambarkan ikatan kekeluargaan yang besar.
View this post on Instagram

Bro faham, sebagai Mafia pasti korang bukan jenis yang boleh bersabar.
Seeloknya buat tempahan awal sebelum datang ke sini, lebih-lebih lagi jika anda datang dalam keluarga yang besar. Jangan risau, private room disediakan dan anda boleh tempah makanan untuk kuantiti yang ramai.
Untuk tempahan, anda boleh hubungi +603-7932 1339 atau Whatapps +6011 – 1035 1339
Apa Yang Menarik Ada di Don’s Diner, Petaling Jaya

Don’s Diner, Petaling Jaya menyajikan hidangan Itali dengan sentuhan tempatan seperti sup, pizza, pasta, stik dan pencuci mulut yang lazat.
Apa yang terlintas difikiran Bro, hanya nak makan pasta, stik dan juga sup mereka.

Betul-betul di pintu masuk Don’s Diner terdapat Premium Meat Counter, dimana beberapa bahagian daging premium dipamerkan dalam keadaan sejuk.
Anda boleh buat pilihan, bahagian mana yang anda inginkan & mereka akan memasaknya. Antara yang disajikan di sini adalah :-
- French Cut Lamb Rack
- Prime Chilled Ribeye
- Tomahawk ~ RM3++
- Op Ribs
- Wagyu Striploin

Selain steak / daging, Don Diner juga turut menyajikan hidangan ayam seperti Chicken Roulade, Confit Chicken dan Maple Roasted Chicken (Menu yang wajib anda cuba).
Tetapi jika anda lebih berminat dengan makanan laut, anda boleh mencuba Seabass with Tomato Salsa atau Salmon Confit.
Menu Istimewa Don’s Diner ~ X-Mas Eve
Hujung tahun ini, Don’s Diner menyediakan menu istimewa X-Mas Eve bermula 24 Dis 2019 pada pelangannya pada harga yang cukup istimewa.
Antara hidangan yang disajikan dari menu ini adalah :-
- Pumpkin Soup
- Maple Roasted Chicken
- Bread Butter Pudding with Vanilla Ice Cream
- Fruit Punch
- Black Coffee


Semuanya sekali berharga RM85 per pax.
Atau anda boleh dapatkan pada harga diskaun RM75 per pax atau RM150 per couple dengan membuat tempahan awal sebelum 21 Disember 2019.
Untuk tempahan, call +603-7932 1339 atau Whatapps +6011 – 1035 1339
Hanya tempahan beserta bayaran awal akan diterima. Harga dinyatakan diatas tidak termasuk cukai & cas perkhidmatan.
Lunch Set di Don’s Dinner, Petaling Jaya
Don’s Diner turut menyajikan hidangan tengahari (Lunch Set), dari pukul 12 tengahari ~ 3 petang. Antara menu yang and boleh dapatkan adalah :-
- Laksa Johor (Ramai yang cakap sedap)
- Goat Father Fried Rice
- Mee Rebus Mak Tam
- Fish Parmigiana
- Spicy Chicken Fried Rice
- Oriental Chicken Chop.
Apa macam? Semua nampak menarik bukan?
Jika anda teringin nak makan di Don’s Diner, tetapi tiada masa nak ke sana. Anda boleh buat tempahan melalui FoodPanda di link ini. Jangan risau, rider FoodPanda yang akan hantar makanan, bukannya Mafia.
Don’s Diner
22 Jalan 17/54, Seksyen 17,
46400 Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi : 12 tengahari ~ 11 malam
Untuk tempahan, call +603-7932 1339 atau Whatapps +6011 – 1035 1339
Facebook : Don’s Diner PJ | Instagram : @dons.diner
semua menarik je menu dia ya
Amboi, menjejes air liur kita tengok lamb rack tu ha. Terliur, nanti nak ajak husband try makan kat sini jugak la. Kot la kena dengan tekak ni.
canteekkk! boleh saya paw laki utk treat saya kat sini sempena celebrate tahun baru. haha
dekat je la..slelau gak jjcm n cari tmpt makan western lain tapi mcm x teringin nak try..
kali ni wajib cuba!
Sesekali ubah selera la bro.. Asyik tekak melayu je..hihi..btw Hidangan dekat sini nampak mewah dan berstyle la.. Harga pun berpatutan..must try nie..thanks bro share port makan italian..
Nampak gaya boleh la menyinggah ke sini next time singgah area PJ nie. Boleh la nak ajak sepupu yang tinggal di PJ tu sekali – dia tu bukannya jenis yang suka explore. Ada juga rupanya juadah Malaysia kan.
Wahh itali mari sudahhh .. hehehe yang suka makanan itali blh la singgah makan kat sini. Menu pon nampak menarik dan pastinya sedap..
Hmm interesting concept, bkn tentang violence tapi more to kekeluargaan.
Lunch set nampak bebaloi jugak.
Takut pula nak pergi bila baca karisma ‘Ketua Mafia’. Ye la dah namanya berkumpul reramai nak makan kan. Haruslah kena ada sifat kekeluargaan begitu.
Ok, kalau ke sini mesti nak cuba western/menu Itali dorang lah. Harga pun ok.
Nampak menarik makanan yang dihidangkan. Kawan pun ada promote tempat ni cuma saya je tak sampai lagi.
Nampak menarik makanan yang dihidangkan. Kawan pun ada promote tempat ni cuma saya je tak sampai lagi.
Dekat je kisahnya gan rumah sis. Tak tahu pun ada kat sana. Bro next time mana2 yg dekat pj ajak le kita..kita leh berlari berdezuppp ke sana tau..:D. Nanti nak gi try lah makan kat sini
Nama restoran dah boleh agak eksklusif hidangan kat sini. Nampak sedap menu2 kat situ ya bro. Nanti nak cuba jugaklah.
Pergh. Untungla dpt jumpa owner terus. Memang hari2 dia ada dekat sana ke? Selalu tgk dia dkm short filem vocket tu je
Rezeki dapat jumpa owner dia….
wahhhh diner ala ala dalam filem filem omputih laaa. tema pun menarik!
nakkk pergi lahh.
thanks bro sebab share. menarik nih. boleh ambik banyak banyak pic.
Sedapnyaaaaa.. tengok.makanan kat sini semua menarik. Memang makan boleh kenyang sampai esok hehehe
Uish mafia habis ni. Tapi menu dia nampak sedap la. Klu stakat kat pj ni boleh la try balik KL nanti.
wahh sedapnya makanan tu! dah lama jugak tak pergi area PJ belah sana. in shaa Allah bolehlah pgi nnti ngn member. :)
repeat lagi please
So nice laa nampk this place. Hari tu pergi KL so many nice food! Maybe can try this next time go KL XD
hahaha….makan kt sini mesti terasa kita cm mafia family yang sedang membincangkan next mission….segala ayahanda masa ni berjabat tangan….