November 14, 2024

2 Pasang Kasut Sekolah Hitam BATA Dengan Ciri Anti-Bakteria Pada Harga RM79

Kasut Sekolah BATA Anti-bakteria
Pejam celik, tahun 2019 akan melabuhkan tirainya.

Tak lama lagi, sesi persekolahan bagi tahun 2020 akan bermula. Korang dah persiapkan kelengkapan persekolahan anak anda?

Jika anak korang belum beli kasut sekolah lagi, Bro nak cadangkan korang beli kasut sekolah terbaru dari BATA yang dilengkapi ciri anti-bakteria.

Dato Dr Sheikh Muszaphar Duta Bata

Koleksi kasut sekolah antibakteria dari BATA ini, mempunyai dua reka bentuk kasut sekolah warna hitam yang dilengkapi dengan bahan hidup semula jadi (Life Natural) berasaskan bakteria tumbuhan yang mampu melawan / mengawal bakteria penyebab bau peluh.

Bahan revolusioner ini mampu menghapuskan 99% bau yang disebabkan oleh bakteria serta memberi kesegaran kekal pada kaki sepanjang hari.

Ianya telah diuji oleh makmal untuk memberikan perlindungan dan prestasi yang maksimum.

Oleh itu, ia menjadi pilihan utama angkasawan pertama Malaysia, Dato Dr. Sheikh Muszaphar Shukor sebagai kasut sekolah untuk anak-anaknya. Beliau juga turut dipilih sebagai Bata Social Media Influencer untuk kempen Back to School terkini.

Solusi Kepada Kaki Berbau Akibat Peluh Berlebihan

Kasut Sekolah Hitam Bata Anti-bakteria

Bro terpengaruh nak beli kasut ini sebab Dato Dr. Sheikh Muszaphar Shukor.

Lagi satu, kerana ia dilengkapi dengan bahan Life Natural yang mampu mengawal bau peluh.

Kita sebagai ibubapa harus peka tentang faktor ini kerana kanak-kanak menghabiskan purata enam jam sehari di sekolah yang sekali gus membawa kepada kaki berpeluh kerana diperap untuk tempoh masa yang lama.

Sekurang-kurangnya, kaki tak berbau ketika mereka pulang dari sekolah. Kalau tidak, boleh pitam orang yang terciumnya hahahaha.

Kaki berbau biasanya terjadi apabila peluh berlebihan dan tiada tempat untuk peluh itu dilepaskan.

Kelembapan ini akan diserap ke dalam lapisan kasut yang akan mewujudkan persekitaran yang ideal untuk bakteria membiak dan akhirnya menghasilkan bau yang kurang enak.

Oleh itu, Kita perlu percaya bahawa ia adalah sangat penting bagi kanak-kanak untuk mempunyai kasut sekolah yang kelihatan elok dan juga memberikan keselesaan dan sokongan kerana ini secara drastik dapat meningkatkan postur dan tumpuan di dalam kelas.

Sama seperti matlamat / tujuan BATA menghasilkan kasut sekolah anti-bakteria ini.

BATA Smart Kombo ~ 2 Pasang Kasut Sekolah Hitam Pada Harga RM79

Kasut Sekolah Hitam Anti-Bakteria Bata
2 pasang Kasut Sekolah Hitam Anti-Bakteria Bata Pada Harga RM79. Tambah RM1 dapat 1 pasang Kasut Sekolah Putih.

Seperti mana yang Bro cadangkan tadi,

BATA tengah mengadakan beberapa tawaran istimewa yang pasti menjimatkan bagi semua ibu bapa yang memilih kasut sekolah BATA anti-bakteria melalui pakej ‘Smart Kombo’.

Melalui pakej ini, anda boleh dapatkan dua pasang kasut sekolah hitam ini pada harga RM79 sahaja (Harga asal untuk sepasang kasut sekolah hitam adalah RM49.90. Nampak tak berapa banyak penjimatan yang anda akan perolehi).

Sewaktu Bro beli, jurujual offer kasut sekolah putih pada harga RM1 dengan setiap pembelian 2 pasang kasut sekolah hitam.

Maka, total Bro spend hanya RM80 untuk 2 pasang kasut sekolah hitam dan sepasang kasut sekolah putih. Kiranya RM80 untuk 3 pasang kasut sekolah (Lagipun, tahun 2020 masih boleh lagi pakai kasut sekolah berwarna putih).

Pakej Smart Kombo Bata

Bukan itu sahaja.

BATA turut menawarkan Pekej Istimewa Pembelian dengan Pembelian di mana anda boleh dapatkan sebuah bag sandang North Star pada harga RM49 dengan pembelian mana-mana 2 pasang kasut sekolah hitam.

Atau anda boleh memilih 2 stokin pek berkembar pada harga RM29 dengan pembelian mana-mana 2 pasang kasut sekolah hitam.

So, apa tunggu lagi.

Jom dapatkan tawaran istimewa ini, dan pergi terus ke kedai BATA terdekat anda secepat mungkin kerana promosi hanya sah sehingga 5 Januari 2020 (Selagi stock masih ada).

Untuk maklumat lanjut mengenai koleksi BATA atau sebarang promosi, anda boleh layari laman Facebook BATA Malaysia atau Instagram @batamalaysia.

Beli Kasut Sekolah Bata
Yeahh…!! Fisha dah beli kasut sekolah anti-bakteria dari BATA.

Nota Kaki : Dengan setiap pembelian RM50 ke atas, anda layak mendaftar sebagai ahli BATA Club. Anda akan dapat e-voucher bernilai RM10 untuk digunakan pada pembelian seterusnya.

Terdapat pelbagai kelebihan bila menjadi ahli BATA Club, info lanjut di https://www.bata.com.my/bata-club.

Bro sudah daftar, anda bila lagi?

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

23 thoughts on “2 Pasang Kasut Sekolah Hitam BATA Dengan Ciri Anti-Bakteria Pada Harga RM79

  1. Tahun ni maq dah start tak sibuk lagi nak shopping barang sekolah sebab anak semua dah habis sekolah. Tapi jujur cakap, kasut bata memang kasut pilihan terbaik.

  2. Wow…ada pembelian secara kombo dan promosi pun sehingga awal Januari . Harap stok mencukupi la sebab berbaloi sangat dah harga tu . BATA pun not bad dari segi kualiti ya dan anti daki lagi.

  3. Memang bagus kasut ini sebab dilengkapi ciri antibakteria. Kak hadir masa majlis pelancarannya baru baru ini yang menyaksikan Amgkasawan Negara menyanpaikan sumbangan kasut tersebut kepada kanak2 kurang berkemampuan.

  4. Wah hebat betul inovasi kasut sekolah sekarang. Bagus la boleh beri kesegaran pada kaki dan elak kasut busuk. Bolehlah suggest kasut sekolah anti-bakteria kat kawan-kawan.

  5. Kita masih ingat lagi zaman sekolah dulu kasut sekolah pakai yang tak ada jenama pun sebab orang kampung susahkan hehehehe pulak tu kasut putih memang setiap minggu kena basuh wakakaka. Sekarang mudah dan banyak terutama jenama Bata yang dah memang popular ni kan untung budak sekarang ni..

  6. Ehh bagus gak kasut bata skrg ni ekk..siap ada fungsi tak berbau peluh. Budak2 skrg ni bila dah dapat kasut hitam..haaa tak tahu le bila dibasuhnya..tau2 dah berbau. Kalau cam gini boleh le rembat 1

  7. Tiba-tiba teringat pulak, dulu2 zaman sekolah susah betul nak dapat kasut jenama bata ni. Kira kalau dapat kasut jenama bata tu, dah mewah sangat dah rasa. Hehe

  8. bagus jgak ciri anti bakteria ni. budak budak ni lasak, kejap je dah kotor dan berbau. balik sekolah mesti busuk. haha. eh, makin stylish la kasut sekolah. jeles.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *