January 19, 2025

Marrybrown ‘Egg-stra Ong, Lagi Power’ Kembali Sempena Tahun Baru Cina

Marrybrown Egg-stra Ong, Lagi Power

Sempena perayaan Tahun Baru Cina yang bakal tiba, Marrybrown kembali dengan ‘Egg-stra Ong, Lagi Power’.

Hidangan menu bersama limpahan sos telur masin yang menyelerakan lagi ‘power’ boleh anda dapati di Marrybrown hingga 28 Februari 2022.

Marrybrown ‘Egg-stra Ong, Lagi Power’

Marrybrown Egg-stra Ong

Kali ini lagi power, dengan taburan kepingan cili kering pada roti burger dan egg-stra limpahan sos telur masin. Kombinasi ini sememangnya cukup sempurna dengan rasa pedas dan masin yang pasti akan memberikan ‘kejutan’ tambahan kepada para penggemarnya!

Anda boleh memilih sama ada dua atau tiga ketul ayam untuk Kombo Ayam Egg-stra Ong, dari harga RM17.90 dan RM22.90.

Semua kombo ayam disertakan dengan kentang lenyek, salad sayuran dan secawan Minute Maid® Refresh® Orange.

Bagi Kombo Burger Ayam Egg-stra Ong, ia dihidangkan bersama dengan Burger Ayam Egg-stra Ong, kentang goreng dan secawan Minute Maid® Refresh® Orange, dari harga RM14.90.

Kombo Burger Ayam Egg-stra Ong

Untuk menambah kelazatan, penggemar boleh menambah sos telur masin tambahan pada hidangan mereka dari harga RM2.50.

Anda juga boleh memilih Egg-stra Ong Big Box yang merangkumi Burger Ayam Egg-stra Ong dan dua ketul Ayam Egg-stra Ong. Hidangan ini dilengkapi dengan kentang goreng dan secawan Minute Maid® Refresh® Orange, dari harga RM25.80.

Satu lagi tawaran hebat untuk set besar ialah Egg-stra Ong Family Meal yang dilengkapi dua burger ayam, lapan ketul ayam goreng, satu mangkuk besar kentang lenyek dan 1.5 liter Coca-Cola® Rasa Asli dari harga RM80.00.

Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, promosi dan perkhidmatan penghantaran, anda boleh layari : http://mbdelivery.com.my/

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

One thought on “Marrybrown ‘Egg-stra Ong, Lagi Power’ Kembali Sempena Tahun Baru Cina

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *