September 25, 2023

Panik! Misi Mencari Telur Ayam Yang Kehabisan Stok

Bekalan Telur Ayam

Agak stress, bila terpaksa ke hulu ke hilir mencari telur ayam. Banyak pasaraya dan kedai runcit kehabisan telur dan ramai pengguna serta peniaga mencarinya.

Bro salah seorang yang terkesan juga sebenarnya.

Ye la… Bro kan niaga Char Kuey Teow. Macam pelik kalau Char Kuey Teow takde telurnya.

Kredit Gambar : Sumber (Klik kalau nak cari pembekal telur area Pulau Pinang).

Hampir 2 jam juga Bro pergi ke setiap kedai pembekal telur untuk check mereka ada jual telur atau tidak.

Nasib Bro baik, sebab ada satu kedai ada bekalan telur. Cuma harga dia sedikit mahal berbanding harga yang biasa Bro beli dekat tempat yang biasa Bro pergi.

Cuma, tak dapat nak ambil banyak sebab fikir orang lain pun nak juga.

Harap dalam masa terdekat ini, bekalan telur ayam kembali pulih. Begitu juga dengan bekalan ayam mentah & minyak paket.

Jemput tonton video Bro sewaktu dapat beli telur.

Punca Gangguan Bekalan Telur Ayam

Peningkatan permintaan dan pembelian telur ayam yang mendadak sebelum, semasa dan selepas cuti Tahun Baharu Cina menyumbang kepada gangguan bekalan telur ayam.

Menurut Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Azman Adam.

Terdapat juga ladang ternakan ayam dan telur serta syarikat logistik penghantaran yang tidak beroperasi sepanjang dua hari cuti umum Tahun Baharu Cina, malah ada yang cuti lebih lama sempena perayaan itu.

Misi Mencari Telur Ayam

Agak tertekan / stress juga bila nak berniaga. Tapi barang niaga tak cukup stock.

Bro pilih niaga Char Kuey Teow ini pun bersebab juga. Cuma terkesan juga bila susah nak dapat stock telur ayam dan udang juga naik harga.

Kadangkala udang pun kehabisan stock, begitu juga dengan minyak masak.

Minggu lepas, 6 hari juga bisnes tak jalan. So xde duit masuk dan baki duit yang ada pun hanya cukup-cukup untuk teruskan hidup.

Harap minggu ini bisnes lebih lancar. Amin…!!!

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *