April 24, 2024

Suci Najis Mughallazah Dengan Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria

Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria

Produk Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria – solusi mudah dan pantas bagi umat Islam menjalankan proses menyucikan najis mughallazah.

Produk yang telah mendapat persijilan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ini dirumus dengan 100% tanah liat sumber asli yang berkualiti tinggi, dan diperkaya dengan Habbatus Sauda dan Ekstrak Bidara.

Ia dihasilkan di kilang Safi yang merupakan pengeluar utama produk-produk kosmetik halal dan telah diuji secara dermatologi yang dapat membantu untuk membasmi kuman.

Sertu ialah menyucikan diri daripada najis mughallazah (anjing dan khinzir serta terbitannya) yang terkena pada badan, pakaian, tempat ataupun permukaan. Ia dilakukan secara tujuh kali basuhan dengan air mutlak, dan salah satunya air bercampur tanah (sebaiknya pada basuhan pertama).

Berbeza dengan sertu, samak ialah menyucikan kulit haiwan (selain anjing dan khinzir) untuk sebarang kegunaan dengan cara membersihkan sisa daging, bulu, kotoran dan lain-lain yang melekat di kulit dengan menggunakan air atau bahan-bahan lain.

Tidak dapat dinafikan segelintir umat Islam di Malaysia yang mempunyai masalah dalam proses sertu khususnya untuk mendapatkan sumber tanah yang sesuai, Safi telah berjaya memformulasikan Skrub Mandian Sertu Antibakteria.

Isu sertu seringkali menjadi permasalahan terutamanya bagi masyarakat Islam yang sering terdedah kepada najis mughallazah dan sukar mendapatkan tanah liat yang bersih dan suci.

Ini menjadi dorongan bagi Safi untuk memenuhi keperluan bersuci, sebagaimana yang diwajibkan dalam agama Islam dan Safi berasa bangga untuk berada di sisi mereka kala diperlukan.

Produk Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria

Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria dapat memudahkan masyarakat Islam dalam aplikasi sertu terutamanya jika terdapat situasi yang tidak diingini atau dielakkan yang melibatkan najis mughallazah, seperti di klinik veterinar, pekerja penghantaran makanan, anggota polis skuad anjing pengesan dan anggota bomba.

Kaedah mudah sertu menggunakan Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria telah disemak oleh panel Institut Fatwa dan Halal (IFFAH), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Antara panel penasihat Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria dari IFFAH diketuai oleh Pengarah IFFAH, Prof. Dr. Irwan Mohd Subri dan dianggotai Ketua Program, Sarjana Muda Syariah (Industri Halal), Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU) USIM, Dr. Mohd Mahyeddin bin Mohd Salleh dan Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU) USIM, Dr. Mohd Nasir bin Abd Majid.

Samak Atau Sertu Safi

Berikut adalah langkah-langkah mudah menggunakan Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria :

  1. Pastikan anggota badan yang terkena najis mughallazah telah dibersihkan daripada zat najis tersebut;
  2. Basuhan pertama adalah dengan campuran sedikit Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria dengan air mutlak dan sebatikan sehingga air menjadi keruh.
  3. Selepas itu, diikuti basuhan anggota badan/tempat yang ingin disucikan dengan air mutlak sebanyak 6 kali.

esemua produk Safi dibangunkan melalui kajian yang teliti oleh pasukan penyelidik berdedikasi di Safi Research Institute (SRI), sebuah makmal kemudahan penyelidikan dan pembangunan (R&D) bertaraf dunia yang dikhususkan untuk pembangunan produk Halal berkualiti tinggi, mengikut piawaian kualiti global.

Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria boleh didapati dalam pek tiub 300 gram.

Masyarakat Islam yang ingin melakukan proses sertu kini boleh #WashwashTanpaWasWas dengan mendapatkan Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria di pasar raya dan pasar raya besar atau secara atas talian melalui Shopee pada harga RM 15.90 sahaja.

Layari https://safi.com.my/skrub-sertu/ untuk maklumat lanjut mengenai Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

One thought on “Suci Najis Mughallazah Dengan Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria

  1. Waaa bagus ni, kalau travel bagus bawa ni, untuk sucikan diri kita dari najis yang tidak nampak.. nak cari laa.. kebetulan nanti nak travel jauh.. boleh guna ni..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *