November 11, 2024

Cabaran Tahun 2022 Beri Debaran Pada Peniaga

Owner Bro Char Kuey Teow

Tahun 2022, boleh dikatakan tahun mencabar bagi Bro yang baru nak mula berniaga selepas fasa pandemik melanda seluruh dunia.

Bukan bagi Bro sahaja, bahkan bagi rakan-rakan peniaga diluar sana juga.

Baru-baru ini isu kekurangan bekalan telur yang dihadapi seluruh Malaysia, sebelum itu bekalan ayam juga tidak mencukupi. Begitu juga dengan bekalan minyak masak.

Lebih ketara bila kenaikan harga barangan yang melampau sehingga membebankan peniaga, bahkan pengguna juga.

Ayam dijual pada harga yang tinggi. Begitu juga dengan harga minyak masak. Sekaligus peniaga terpaksa menaikan harga jualan dan ia memberi kesan kewangan kepada pembeli.

Mungkin ada yang menganggap masalah kenaikan harga barang ini merupakan satu perkara biasa, sedangkan untuk kalangan mereka yang kurang berpendapatan, ini boleh mengundang rasa sedih yang teramat sangat. Selain golongan biasa, adalah golongan para peniaga.

Datuk Wira Dr Azizan Osman

Debaran Peniaga Tahun 2022 – Datuk Wira Dr Azizan Osman

Jika barang naik harga mungkin pembekal akan menaikkan harga. Ini bermakna harga jualan juga terpaksa ditingkatkan. Sudahlah baru-baru ini banjir dan semua orang mahu berjimat cermat, harga barangan pula naik tinggi.

Bagaimana ini boleh berlaku, Datuk Wira Dr Azizan Osman ada menerangkan akan sebab musabab berkaitan bisnes ini menurut pandangan pendapat peribadinya.

Banyak perkara saya kaji dalam tempoh 2 minggu lalu antaranya sentimen pasaran, kadar inflasi dengan kenaikan harga barang yang telah jangka malah sebut pada Ogos tahun lalu lagi.

Kenaikan sesetengah barang dilihat sekitar 30% hingga lebih 100% ketika ini.

Kenaikan Harga Barang Tahun Depan

Sebab itu, kritikalnya untuk anda semua ada kesedaran ini, terutama mereka yang sedang jalankan bisnes kerana bukan mudah pada tahun ini.

Semalam, saya berpeluang bersama dengan kumpulan pemilik syarikat dan peniaga Cina bahawa memang banyak syarikat sedang tutup atau dah lingkup.

Walaupun peniaga ini ada kilang di China, mereka sudah tak nampak apa perlu dibuat, selain tak pandai soal pemasaran.

Saya juga sedar bahawa sebenarnya untuk mula semula bisnes dari kosong agak susah bila ditanya seorang usahawan dalam pembinaan, apa bisnes yang bagus ketika ini?

Pertama kali, saya tidak tahu memberikan jawapan apa.

Tapi saya sedar bahawa bagi mereka yang ada bisnes ketika ini dan kekal lakukan seperti biasa, maka dia akan ‘mati’!

Hal ini kerana pasaran bergerak perlahan dan orang ramai tidak berbelanja agresif seperti sebelum ini.

Kalau kekal dengan usaha normal, anda akan mati dan jika kekal kecil anda akan pupus.

Maka sebagai Titanium di bawah bimbingan saya, tak bersyukur jika anda tak buat betul-betul untuk berkembang.

Sedangkan ada sebahagian Titan yang sangat agresif, berjuang betul-betul untuk berkembang dan kekalkan momentum.

Saya ulang, pasaran kini perlahan dan orang lebih berjaga-jaga untuk membeli.

Kalau anda lagi slow dari pasaran maka tunggu saja untuk ‘mati’.

Hargai apa yang anda ada sekarang, buat dengan lebih baik dan agresif lagi.

Bayangkan jika anda sendiri terpaksa mulakan bisnes baru dari kosong, apa yang boleh dibuat?

Bagi yang dah ada bisnes, anda sudah tahu pasaran, cuma ‘malas’ nak engage lagi.

Bila pasaran perlahan maka anda perlu lebih pantas, guna semua platform yang ada. Jika takut-takut, anda akan ketinggalan.

Bersama dengan saya Ahad ini, khas buat bangsa usahawan terutama pemilik bisnes yang masih tak nampak jalan ketika ini.

Misi Lahirkan Ramai Usahawan Jutawan

Lahir Ramai Usahawan Jutawan
Inginkah anda menjadi usahawan yang jutawan?

Datuk Wira Dr Azizan telah melahirkan ramai usahawan jutawan yang cukup dikenali ramai dalam Malaysia. Antaranya adalah das Abdul Global, char kuetiau king, noir beauty, eskayvie doktor roket, PTTI dan banyak lagi.

Selain menganjurkan kelas dan program mesyuarat juga menyediakan video module usahawan sebagai platform dalam talian.

Misi Richworks adalah untuk menjadi Netflix pendidikan usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang tahun 2025 serta memudahkan akses kepada kandungan orang yang terhasil hasil dan penyelesaian

Datuk Wira juga selalu berkongsi akan kisah jutawan bimbingan beliau di dalam telegram banyak ilmu yang bermanfaat boleh kita pelajari dari situ.

Sesi Live Datuk Wira Dr Azizan Osman

Jangan lupa untuk sertai sesi voice chat di telegram Datuk Wira Dr Azizan Osman akan diadakan setiap hari Ahad jam 8 pagi.

Jom sertai sekarang untuk tambah ilmu dan tambahkan skill. Mana tahu, anda bakal menjadi usahawan jutawan kelak.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

3 thoughts on “Cabaran Tahun 2022 Beri Debaran Pada Peniaga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *