Sempena sambutan ulang tahunnya yang ke-50 di Malaysia, Kao hari ini telah mengesahkan komitmennya kepada rakyat Malaysia dengan pelbagai inisiatif menarik untuk mendekatkan Pelan Gaya Hidup Kirei kepada pelanggannya.
Kesemua inisiatif ini akan bermula menerusi Kempen ‘Together for Tomorrow’ di IPC dari 4 hingga 9 Julai.
Keselesaan. Keprihatinan. Kecantikan.
Ternyata Kao Corporation telah kian lama menawar kesemua kebaikan ini dan banyak lagi sejak penubuhannya di Malaysia dengan rangkaian luas produk kecantikan, rumahtangga dan penjagaan kebersihan.
“Dalam menghadapi cabaran global seperti perubahan iklim, masyarakat yang semakin uzur, kekurangan sumber dan pengurusan bahan seperti plastik, pengguna di seluruh dunia – termasuk di Malaysia – telah menunjukkan keinginan untuk menikmati gaya hidup yang lebih lestari lagi mampan.
Di Kao, kami namakan keinginan ini sebagai Kao Kirei Lifestyle, yang merupakan akar umbi strategi ESG kami,” – Encik Toru Nishiguchi, Pengarah, Presiden Pegawai Eksekutif Urusan Kanan, Produk Pengguna Global Kao Corporation.
Dekatkan Kao Kirei Lifestyle Kepada Rakyat Malaysia
Etos perniagaan Kao telah kian lama berpandukan falsafah korporatnya—The Kao Way—yang merangkumi prinsip seperti 'Kami bertindak dengan berani.'
Pelan Kirei Lifestyle menyegarkan falsafah ini menghadapi cabaran masa depan dan peranan yang perlu dimainkan oleh Kao Corporation untuk pelanggan, komuniti dan dunia secara keseluruhannya.
Daripada memperkenalkan inovasi produk sehinggalah kepada impak alam sekitar syarikat dan produknya, matlamat ini disokong dengan inisiatif selaras dengan pelbagai matlamat kemampanan seperti penyahkarbonan, mencapai sisa sifar, memulihara air dan mencegah pencemaran udara dan air.
Setakat ini, Kao berjaya mengekalkan pengiktirafannya sebagai salah satu Syarikat Paling Beretika di Dunia (dan satu-satunya syarikat Asia yang disenaraikan setiap tahun) selama 17 tahun berturut-turut oleh Institut Ethisphere, sebuah badan pemikir terkemuka AS.
Lebih-lebih lagi, visi Kirei Lifestyle KAO turut menangani keperluan kesihatan awam serta keperluan sosial yang pelbagai.
Menyambut 50 Tahun Menjaga Rakyat Malaysia
Di ketika Kao Malaysia meraikan ulang tahun ke-50, ia telah merancang pelbagai aktiviti menarik yang direka khusus untuk mendekatkan pelan ‘Kirei Lifestyle’nya kepada pengguna.
Together for Tomorrow di IPC dari 4 hingga 9 Julai bukan sahaja menampakkan segala- galanya yang diwakili Gaya Hidup Kirei tetapi juga akan berfungsi sebagai sumber pendidikan dan juga suatu jemputan kepada pelanggan Kao untuk menyertai perjalanan mengindahkan kehidupan secara menyeluruh.
Selain kempen tersebut, Kao Malaysia juga akan bekerjasama dengan beberapa NGO termasuk Biji-Biji Initiative dan Impactlution, selaras dengan komitmennya untuk mencapai Kirei Lifestyle.
Kerjasama ini termasuk aktiviti pembersihan bandar yang telah berlangsung dengan julung kalinya pada 9 hb Jun. Aktiviti ini melibatkan pembabitan 110 pekerja Kao Malaysia yang berjaya mengumpul sebanyak 275kg sampah sarap dari jalanan Kuala Lumpur.
Kao juga komited meneruskan kerjasama dengan Impaclution untuk mengurangkan impak produk keluarannya di sepanjang keseluruhan kitaran hayat menerusi proses yang dikenali sebagai Penilaian Kitaran Hayat (LCA).
Proses ini mengukur secara objektif impak sesuatu produk terhadap alam sekitar, daripada pilihan bahan buatan sehingga kepada pelupusan sisa.
“Dengan bimbingan Pelan Gaya Hidup Kirei kami, kami bercita-cita memperkembangkan lagi perniagaan kami, menawar produk dan perkhidmatan yang lebih baik untuk pengguna dan masyarakat supaya kami boleh bersama-sama mengindahkan kehidupan secara menyeluruh untuk hari ini dan seterusnya.” – Encik Nishimaki Akira, Presiden of Kao Malaysia.
Untuk maklumat lanjut tentang Pelan Kirei Lifestyle Kao, sila layari: https://www.kao.com/global/en/sustainability/klp/