April 17, 2024

Pelancaran GINTELL S6 Plus 8-Hands Wellness Chair Bersama Simon Yam

GINTELL S6 Plus 8-Hands Wellness Chair Simon Yam

Wah, GINTELL telah melancarkan kerusi urut Siri Wellness Chair, iaitu GINTELL S6 Plus, 8-Hand Wellness Chair sempena Roadshow GINTELL di Pavillion Kuala Lumpur.

Majlis pelancaran ini turut dihadiri oleh Duta Antarabangsa GINTELL; Simon Yam – Artis Antarabangsa, Duta GINTELL; Amber Chia dan Dato’ Seri Master Chris Leong bersama pengurusan GINTELL, pihak pengurusan Pavilion Kuala Lumpur dan juga pihak media.

GINTELL Simon Yam

Dalam majlis yang sama, turut diadakan sesi menandatangani pengendorsan duta antara Simon Yam, Artis Antarabangsa, dengan pihak GINTELL.??

Simon Yam turut berkongsi testimoni beliau mengenai GINTELL S6 Plus 8-Hands Wellness Chair, dan juga sesi “meet & greet” bersama peminatnya.

GINTELL S6 Plus 8-Hands Wellness Chair

GINTELL S6 Plus

GINTELL S6 Plus merupakan kerusi urut yang pertama di pasaran yang memiliki fungsi “8-Hands Twin Rollers” iaitu fungsi urutan 8D dwi-tangan.

Roda urut dwi-tangan ini dibahagikan kepada dua iaitu pada bahagian atas badan (bahu & leher) dan bahagian bawah (pinggang & punggung) untuk melegakan seluruh badan.

Urutannya seperti 4 tukang urut sedang mengurut seluruh badan pada masa yang sama. Urutan 8D Dwi-Tangan ini direka khas melalui program auto untuk membantu mengurangkan tekanan mental, mengurangkan sakit otot dan kekakuan otot.

Ia juga mempunyai sistem AI Fatigue Bio-Scan. Sistem BIO-Senses ini boleh mengimbas dan mengesan kadar denyutan jantung (nadi), oksigen darah, dan indeks kelesuan badan anda.

Pengguna cuma perlu letakkan jari pada panel biometrik selama 30 saat untuk mengaktifkan sistem ini. Selepas kadar denyutan dan indeks badan dikesan, ia akan menyediakan program urutan automatik yang bersesuaian dengan kadar indeks semasa.

Pengalaman Mencuba GINTELL S6 Plus

Program Thai Stretch 230° sangat disyorkan kerana ia memberikan regangan seluruh badan untuk melonggarkan ketegangan otot pada sudut 230°.

Program ini telah dirujuk dan disahkan sepenuhnya oleh Tit-Tar Master, Dato’ Seri Master Chris Leong.

Bahagian badan yang difokuskan adalah leher, bahu, belakang, pinggang, lumbar dan kaki. Program ini secara tidak langsung dapat membantu anda membuat senaman regangan bagi penjajaran struktur badan untuk meningkatkan kekuatan otot serta fleksibiliti sendi.

GINTELL S6 Plus turut dilengkapi dengan Spa Terapi Haba 360°. Terapi ini merupakan salah satu ciptaan inovatif terbaru di mana ia menggunakan beg udara haba yang mampat.

Ia juga mempunyai tali pengikat bersilang yang lembut dan ringan yang diperbuat daripada “graphene” untuk pemanasan dan penyerapan lebih baik di bahagian abdomen. Spa terapi haba dapat membantu melegakan ketegangan otot secara keseluruhan dan mengurangkan kesakitan yang disebabkan oleh kekejangan otot atau sengugut.

Program “Brain Relief Therapy” dalam GINTELL S6 Plus adalah ciri unik yang direka khas untuk meningkatkan kualiti tidur dan mengurangkan tekanan mental.

Program ini dapat mewujudkan suasana yang tenang dimana muzik latar yang lembut akan dimainkan sepanjang sesi urutan bagi menenangkan pemikiran dan secara tidak langsung merehatkan saraf.

GINTELL S6 Plus, 8-Hands Wellness Chair juga menawarkan sambungan Bluetooth, di mana pengguna boleh mengawal kerusi urut dengan lancar melalui telefon pintar mereka. Pengguna hanya perlu memuat turun aplikasi GINTELL Super App OS di Google Playstore atau AppStore.

GINTELL Signature Showroom

GINTELL juga turut melancarkan pembukaan “Signature Showroom” mereka yang merupakan cawangan ke-117 yang terletak di aras 6, Lot 6.16.00.

Sempena pelancaran GINTELL S6 Plus, 8-Hands Wellness Chair, GINTELL menawarkan promosi khas. Tawaran hanya sah untuk masa terhad sahaja pada RM14,988 dengan hadiah percuma bernilai RM8,988. Secara amnya, harga jualan di pasaran ialah RM29,988.

Untuk pertanyaan lanjut atau pra-pesanan, sila hubungi +60124046033 atau layari www.gintell.com atau lawati bilik pameran GINTELL terdekat.

Untuk pengetahuan anda,

Roadshow” GINTELL akan berlangsung dari 3 Julai 2023 – 16 Julai 2023, 10 pagi-10 malam di Pavillion Kuala Lumpur. Antara produk yang dipamerkan ialah kerusi urut, mesin larian dan lain-lain.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *